Part 20

439 20 3
                                    

Weekend

Becky seawal pagi sudahpun bangun dan bersiap untuk joging. Dia merancang hari ini dia nak berehat dan ajak kawan-kawannya lepak. Dah hampir 4 minggu becky tak jumpa dengan kawan2nya.

Hampir sejam Becky berjoging, namun setelah dia balik, Freen masih lagi berselimut di atas katil. Becky kembali turun untuk membuat sarapan setelah melihat Freen.

"Bik, pagi ni, Becky masak eh. Becky dah lama tak buat nasi goreng."

"Bibik baru nak masak. Kalau macam tu, bibik nak pergi kemas dekat luar. Masak sedap2 ya. Masaklah untuk bibik sekali." Bibik pun keluar sambil tersenyum kepada Becky.

"Okay. Start dengan bahan. Let's go baby. Cooking time." Walaupun Becky sangat jarang masak, tapi kemahiran dia dalam memasak sangatlah tinggi kerana sejak kecil, Becky selalu membantu ibunya di dapur.

Becky memasak beberapa jenis hidangan dengan cepat. Tidak sampai satu jam, semua masakan sudahpun siap di atas meja. Setelah melihat jam yang sudahpun hampir jam 9, Becky naik ke tingkat atas untuk mandi.

Becky berendam sebentar di dalam 🛁.. "Hah. Lega. Joging lepas tu berendam. Bestnya."

Becky memejamkan matanya sebentar menikmati air yang menyentuh tubuhnya. Namun beberapa minit kemudian, pintu bilik air dibuka. Becky mengangkat kepalanya melihat gerangan yang masuk ke bilik air tersebut.

"What the... Freen. Kenapa dia masuk. Kejap, dia tak sedar ke aku dekat dalam" Batin Becky

Becky melihat Freen yang hanya masuk dan terus ke sinki sambil menggosok gigi dan membasuh muka. Setelah selesai mencuci muka, Freen membuka baju tidurnya dan meletakkannya ke dalam bakul baju.

"Hah. Sejuknya. Becky ni pergi mana. Pagi2 dah hilang. Ke dia buat kerja." Freen membebel sendiri dan masih belum menyedari kehadiran Becky yang masih menatap Freen. Sedari tadi Becky hanya melihat tingkah Freen. Dari basuh muka, buka baju, sampailah sekrang dia mendekati shower. Baru sahaja Freen mahu membuka pili shower, Becky membuat suara.

"Ekhem." Freen menoleh ke arah suara Becky dan menutup badannya dengan tangan dan matanya apabila melihat Becky tanpa sehelai benang.

"Bec. Bi.. bila awak dekat sini."

"5 minit sebelum awak masuk. Saya tongkol kayu ke dekat sini sampai awak tak sedar. Rasanya boleh nampak dari tadi." Becky bersandar pada bathtub.

"Bec, jangan tengok saya." Freen yang sedari tadi menutup mata hanya mampu menahan malu.

"Awak malu? Bukan saya dah tengok semua. And lagipun saya tak kisah awak tengok badan saya. Hak awak."

Becky keluar dari bathtub dan mendekati Freen. Freen tidak mendengar apa2 suara terus membuka matanya dan terkejut dengan kehadiran Becky yang sangat dekat dengannya.

Becky memaut tangannya di pinggang Freen perlahan-lahan membuatkan freen merinding. Seperti dipukau oleh Becky, Freen hanya menerima setiap perlakuan Becky.

Becky merapatkan badannya pada badan Freen. Sedikit menurunkan kepalanya menuju ke bibir Freen. Seakan memahami keinginan Becky, Freen memejamkan mata dan meletakkan tangannya di dada Becky.

Belum sempat bibir mereka bertemu, Becky membuka pili shower di belakang Freen.

"Mandi, lepas tu kita sarapan." Ucap Becky lalu mengambil bathrobe yang tergantung lalu memakainya sambil tersenyum kecil sementara Freen geram dengan sikap Becky yang membuatkan dia malu sendiri.

MEJA MAKAN

"Jom makan." Becky menghidangkan nasi goreng buatannya di pinggan Freen lalu menuangkan minuman lalu duduk di kerusinya.

"Freen, hari ni kita keluar ya. Jumpa kawan2 saya. Dah lama saya tak pergi." Ujar Becky sambil menyuap makanan ke mulutnya

"Tak nak pergi boleh tak. Saya seganlah nak jumpa kawan-kawan awak."

"Nope. Awak kena ikut. Saya nak kenalkan awak. Ikut eh. Boleh ya.. ya" Becky membuat muka baby face untuk memohon pada Freen.

"Dia buat dah muka tu." Batin Freen

"Baiklah. Tak payah buat muka macam tu. Ingat comellah tu " Freen melanjutkan makannya.

"Comel kan. Saya tau saya comel. Awak selalu puji macam tu.

"Perasan. By the way. Lain pula rasa nasi ni hari ni. Bibik masak kan." Freen melihat makanan2 di atas meja.

"Bukan bibik yang masak Freen. Tu ha. Si Becky. Entah mimpi apa dia masuk dapur hari ni." Bibik yang baru sahaja muncul di balik dapur mendekati Freen dan Becky di meja makan.

"Oh. Really? Sedap. Pandai juga awak masak " Puji Freen.

"Mestilah. See the leg lah." Becky mengangkat keningnya tanda bangga.

Freen yang malas melayan Becky, hanya meneruskan sarapannya sementara bibik turut sertai mereka bersarapan. Memandangkan Freen memaksa bibik untuk makan bersama mereka.

TBC

Satu Rasa HatiWhere stories live. Discover now