"Eugh." Freen pun terjaga dari tidurnya. Dan menggosok matanya. "Pukul brp ni?"
Tanpa dia sedar yang dia masih berada di atas tubuh Becky sambil melirik di sekelilingnya, Freen tersedar yang dia berada di ruang tamu dan ketika itulah dia sedar yang dia tidur di atas Becky. Tanpa dia sedar, dia tersenyum tipis sambil merenung muka Becky.
"Comel. Kalau dulu, muka ketat. Tapi bila tengok dekat2 macam ni, comel ja. Kenapalah awak comel sangat." Batin Freen. Freen memainkan jarinya di muka Becky.
Becky yang telah pun sedar, hanya membiarkan Freen melakukan apa yang sedang dia buat.
"Thanks sebab ada dalam hidup saya. Saya sayang awak." Ujar Freen.
Becky yang masih pejam pun membalas. "Saya sayang awak juga."
"Bec." Freen terkejut lalu bangun dari tubuh Becky.
"Yes. Kenapa bangun. Dah puas main muka saya?" Becky bangun dan meregangkan badannya lalu melihat ke arah Freen dan tersenyum.
"Saya naik dulu." Freen berlari meninggalkan Becky. Sampai sahaja di bilik, Freen mengutuk dirinya kerana malu.
Ruang makan
Kini Becky dan Freen sudahpun duduk di meja makan untuk makan malam.
"Bi, jom makan sekali."
Becky sememangnya akan memanggil pembantu rumahnya untuk makan dengannya sekiranya ayahnya tidak ada di rumah. Pembantu rumahnya hanya akan menurut. Jika dibantah pun hanya percuma kerana Becky akan memaksa sampailah dia duduk.
Sepanjang makan, mereka berbual sedikit untuk memecah sunyi di meja makan itu.
"Bec, tadi Tuan Neo bagitahu, dia balik minggu depan. Dia call, tapi becky tak angkat. Jadi dia call dekat rumah and minta bibik untuk bagitahu kamu."
"Okey bi."
"So Freen, awak nak stay sini lagi or nak balik rumah awak." Becky melihat ke arah Freen yang masih fokus dengan makanannya.
"Awak nak saya balik ke? Kalau nak, saya balik je esok." Freen hanya membalas selamba. Dia tahu Becky hanya asal tanya. Sedangkan dia mahu Freen stay di rumahnya.
"Mana ada. Saya tanya. Bukan suruh awak balik." Becky protes apabila Freen tidak menjawab soalannya malah Freen memilih untuk balik.
"So i stay." Freen melemparkan senyumnya ke arah Becky.
"Good. Tak perlu balik. Bukan ada orang dekat rumah awak. Baik duduk dengan saya. Lagi selamat."
Selepas itu, hanya keheningan yanga da di meja makan tersebut. Selesai sahaja makan malam, mereka terus pergi ke bilik kerana makan malam mereka pun dilakukan sangat lambat. Jadi mereka hanya makan dan terus naik ke bilik mereka.
Bilik Becky
"Freen, kita tengok movie nak?" Becky yang sudahpun duduk di sofa, memanggil Freen yang duduk di atas katil sambil membaca novel. Freen hanya mengikuti apa yang Becky mahukan. Dia mendekati Becky lalu duduk di samping Freen.
Pada awalnya, mereka fokus ke arah TV, namun tidak lama selepas itu, mereka hanya berbual dengan TV yang masih menyala. Bermacam cerita yang diceritakan oleh Freen dan Becky.
"Bec, kenapa saya tak pernah nampak awak dengan kawan2 awak."
"Saya tak banyak kawan. Macam saya pernah cakap. Saya hanya ada beberapa. Saya tak pernah ada kawan yang kekal dengan saya. Dari saya kecil sampai sekarang tak ada yang kekal. So susah awak nak tengok saya ada kawan. Lagipun, saya tak suka nak ada kawan yang fake. Ada bila senang saja. Baik saya hidup macam ni. Lagi bagus."
Freen yang melihat Becky bercerita tersenyum kecil. Kerana baginya Becky terlalu comel untuk dilihat. Tanpa basa basi, Freen mencium pipi Becky yang hampir sahaja mengena bibirnya. Becky yang masih bercerita terus menghentikan ceritanya lalu melihat ke arah Freen.
"Kenapa cium saya?" Becky hairan dengan sikap Freen yang selalu menciumnya dan mengena sudut bibirnya. Freen hanya tersenyum dan ingin mencium Becky kembali. Becky yang melihat Freen kembali mendekat, dia mengambil peluang untuk memusingkan kepalanya sedikit menyebabkan ciuman Freen turun di bibirnya.
Freen yang sedar ke mana ciuman tersebut terkejut dan melihat Becky. "Bec"
"What. Awak selalu cium pipi saya tapi selalu kena hujung bibir saya. Saya ingat awak nak cium bibir saya tapi awak takut. So saya mulakan je la." Jelas Becky. Namun dalam hatinya sudah takut. Takut jika Freen marah padanya. Melihat tidak ada balasan dari Freen, Becky meminta maaf pada Freen
"Sorry. Saya tak buat dah." Becky menundukkan kepalanya.
Freen yang melihat Becky menunduk, kembali melekapkan bibirnya dengan bibir Becky. Becky melebarkan matanya mendapat serangan dari Freen.
"Awak cium saya?" Becky yang masih terkejut melihat ke arah Freen dan tertanya2 apakah Freen marah ataupun tidak.
"Saya ok ja. Awak nak cium, cium je la." Freen melemparkan senyumnya kepada Becky.
Seakan mendapat kekuatan, dengan cepat Becky mendekat ke arah Freen dan menempelkan bibirnya dengan bibir Freen. Berkali2 dia menempelkan bibirnya. Setelah selesai, Freen hanya mampu tertawa dengan gelagat Becky.
Pada akhirnya mereka bergerak menuju katil untuk tidur. Sebelum Becky memejamkan matanya, dia kembali mengecup bibir Freen lalu memejamkan matanya sambil tersenyum bahagia lalu terus tidur kerana seperti janji Becky, dia akan membawa Freen keluar pada hujung minggu. Kini, kedua2nya telahpun dibuai mimpi indah.
![](https://img.wattpad.com/cover/362251479-288-k277417.jpg)
YOU ARE READING
Satu Rasa Hati
FanfictionKarya pertamaku, maaf jika kurang ekspektasi kalian. Becky seorang gadis introvert yang mula berjumpa dengan Freen yang mulanya bersahabat sehingga muncullah kasih sayang di antara mereka. Becky yang awalnya mempunyai rasa cinta dan sayang terhadap...