Pejabat Becky"Irin. Masuk bilik saya. Dan panggil Freen sekali." Becky yang baru sahaja selesai meetingnya di luar, berjalan dengan sangat cepat sehingga memanggil Irin dengan menjerit.
"Alamak. Bos aku dah kena rasuk hantu." Irin mengambil buku notanya dan pen lalu berlari kecil ke arah bilik Freen.
"Freen kita dalam masalah.. Bos hantu panggil masuk bilik dia."
"Bos hantu? Sejak bila pula bos kita bela hantu."
"Bodohlah kau ni Freen. Bukan bos bela hantu. Bos tu sendiri kena rasuk hantu. Dia masuk pejabat tadi terus jerit panggil aku dengan kau." Terang Irin panjang lebar.
"Oh. Mana aku tau." Freen memandang muka Irin lalu tersenyum.
"Senyum2 apa. Sebelum aku yang naik hantu, baik kau cepat. Bos panggil tu."
"Yer. Sabar." Freen mengemas dokumen yang memenuhi mejanya. Setelah selesai, mereka berdua pun berjalan cepat menuju ke bilik Becky.
Tok. Tok. Tok
"Masukkk". Jerit Becky deras.
"Bos." Tegur Irin dan Freen yang menatap Becky sedang memicit kepalanya.
"Duduk." Becky membetulkan duduknya lalu menatap keduanya.
"Irin. Aku nak kau ganti kerja aku dengan Freen untuk seminggu ni. Apa saja appointment untuk seminggu tu, kau tunda bulan depan. Aku tak nak minggu depan kau cari aku." Ucap Becky tegas.
"Baik boss. Appointment yang 3 hari ni macam mana pula?" Soal Irin.
"Tunda. Kalau tak boleh, kau cancel je. Aku malas nak fikir."
"Baik boss. Ada apa2 lagi ke?"
"No. Kau sambung kerja kau. And you Freen. Tunggu. Ada benda saya nak bincang."
"Okay bos. Saya keluar dulu." Irin bangun lalu menolak sedikit kerusi yang didudukinya lalu berbisik pada Freen.
"Hati2. Boss kalau dalam mood hantu mengerikan. Jangan lupa kunci pintu. Langkah berjaga2" Freen yang mendengar menatap Irin dengan tatapan tanda tanya.
"Kau bisik apa minah. Aku suruh buat kerja." Becky melemparkan pennya pada Irin
"Hehehe. Okay2. Saya keluar dulu."
Irin berjalan keluar lalu menutup pintu bilik Becky sementara Freen hanya menatap tubuh Irin yang sudahpun mulai hilang dari bilik Becky. Ketika dia berpaling semula untuk melihat Becky, dia melihat Becky yang sedang menatap tajam dirinya.
"Kenapa tengok saya macam tu?" Freen bergidik ngeri dengan tatapan tajam Becky.
Beberapa saat tidak mendapat jawapan dari Becky, Freen bangun dari duduknya lalu berjalan mendekati Becky.
"Sayang." Panggil Freen.
"Kenapa ni?" Soal Freen.
Baru sahaja dia mahu melanjutkan perkataannya, Freen ditarik dengan cepat dan akhirnya terduduk di atas meja Becky. Becky pula mengurung Freen di antara dua tangannya yang mana tangan Becky berada di sisi Freen.
"Sayangg." Jerit Freen dek terkejut dengan perlakuan Becky.
Tanpa basa basi, bibir mulus Freen disambar kasar oleh Becky. Becky melumatnya sedikit kasar.
"Hei. Sayang. Wait. Um." Freen berusaha menolak tubuh Becky sedikit supaya Becky menghentikan aksinya. Freen yang tidak siap dengan serangan Becky merasakan nafasnya tidak mencukupi.
"Sayang. Sayang." Freen masih lagi berusaha menyedarkan Becky yang menciumnya seperti tidak ada hari esok.
"Please." Freen meletakkan tangannya pada mulut Becky. Berharap cara ini mampu menghentikan Becky.
YOU ARE READING
Satu Rasa Hati
Fiksi PenggemarKarya pertamaku, maaf jika kurang ekspektasi kalian. Becky seorang gadis introvert yang mula berjumpa dengan Freen yang mulanya bersahabat sehingga muncullah kasih sayang di antara mereka. Becky yang awalnya mempunyai rasa cinta dan sayang terhadap...