Part 27

421 27 0
                                    

RUMAH BECKY

Neo, Becky, Freen, Mami Freen dan Daddynya kini berkumpul di ruang tamu sambil menonton TV.

"Sayang, sayang okay?" Freen yang berada di sebelah Becky bertanya kerana merasakan bahawa Becky sedari tadi hanya diam dan bersandar padanya.

(Dua hari yang lalu, mami Freen menceritakan tentang hubungan Becky dan Freen kepada Neo dan suaminya. Untungnya mereka tidak mempermasalahkannya selagi itu adalah kebahagiaan yang putri-putri mereka inginkan.)

Sejak dua tiga hari yang lepas, Becky seperti hilang berat badan. Badannya susut, mukanya sedikit pucat dan jalannya sedikit perlahan dari biasa. Tambahan lagi Becky tidak banyak bercakap mahupun dengan Freen.

"Haah Bec, ayah tengok kamu dua tiga hari ni macam tak sihat je." Sampuk Neo.

"Bec okay je ayah. Busy sikit dua tiga hari ni. Banyak projek nak kena settlekan cepat." Jawab Becky namun kali ni dia memejamkan matanya.

"Kerja tu kerja juga, tapi tak adalah sampai kesihatan terjejas. Ni ayah tengok malam baru balik" Neo memandang muka anaknya yang pucat lesu.

"Betul cakap ayah. Pucat sangat muka awak. Kita rest dekat atas eh." Pujuk Freen sambil memainkan ubun2 kepala Becky.

"Tak apa. Saya okay. Kita tengok TV eh. Tapi saya nak tidur kejap. Nanti nak makan tengah hari, kejut." Balas Becky lalu menguatkan pelukannya di tubuh Freen.

Dengan kedegilan Becky, tiada siapa mampu berbuat apa2 bahkan itu Freen. Alhasilnya, mereka hanya menurut.

Setelah 2 jam mereka menonton TV, akhirnya selesailah movie mereka. Sedari tadi begitu banyak gelak tawa yang didengari, namun Becky sedikitpun tidak terusik.

Neo mendekati Becky yang memeluk Freen lalu membangunkannya.

"Bec, bangun. Kita makan dulu. Kesian Freen dari tadi tak bergerak. Mesti dia lenguh." Panggilan dari Neo tidak diendahkan Becky. Malah tidak bergerak walaupun seinci. Kening Neo berkerut kerana Becky bukanlah seorang yang tidur mati. Tetapi kali ini berbeza.

"Hei sayang. Bangun. Dan tengah hari." Freen turut membantu Neo membangunkan Becky namun amsih tidak bergerak.

"Ayah." Panggil Freen sambil menatap ayahnya.

"Hei Bec." Kali ni suara Neo sedikit kuat sambil menarik tangan Becky. Namun hasilnya nihil. Tubuh yang ditarik malah jatuh melemah dan terbaring di atas sofa.

"Becccc. Hei. Jangan bergurau." Neo menampar pelan pipi Becky. Tiada satupun sahutan dari Becky membuatkan semua di ruang tamu mulai risau.

"Alexxxx!" Jerit Tuan Neo.. Jeritan yang membuatkan sesiapa sahaja yang mendengarnya berlari ke ruang tamu.

"Tuan." Alex yang berlari dari luar segera masuk kedalam rumah.

"Sayang.. Buka mata. Ni baby." Freen yang mendengar jeritan tuan Neo sebentar tadi terus mengalirkan air mata. Melihat si jantung hatinya yang tidak sedarkan diri.

"Alex start kereta sekarang. Hospital." Alex yang melihat Becky sudar terbaring tidak sedarkan diri, menganggukkan kepalanya lalu bergegas menghidupkan kereta.

"Freen kita bawa pergi hospital." Neo mencepung tubuh Becky lalu membawanya ke kereta. Diikuti oleh Freen dari belakang yang sudah dibasahi air mata.

Freen masuk terlebih dahulu lalu Neo merebahkan kepala Becky di atas paha Freen. Kemudian Neo pun bergegas ke kerusi penumpang.

"Jalan Alex. Make it fast." Ucap Neo sambil melihat ke belakang.

"Sayang. Baby takut. Jangan macam ni. Sayang kenapa." Freen mengusap pipi Becky dan beberapa kali mencium ubun2 Becky.

Satu Rasa HatiWhere stories live. Discover now