CAFE
2 sahabat Becky kini sedang menunggunya di cafe. Tetapi keadaan cafe bising dengan kedua2nya sedang asyik beradu mulut.
"Kau single. Werkk." Noey sedari tadi hanya mengusik Nam. Pada awalnya mereka melihat sepasang kekasih saling suap menyuap di dalam cafe. Namun, akhirnya berlakulah pergaduhan di antara mereka.
"Kau pun single. Nak kata aku tapi kau pun sama. Single terlajak juga." Balas Nam yang tidak puas hati dengan ucapan Noey
"Aku single pun, still ada orang nak dekat aku. Aku je yang tak nak. Sebab ramai yang fake. Kau tu single sebab memang orang tak nak." Noey membela dirinya.
"Kau bab mengata aku sedap je kan. Kau pun tak laku kan. Sebab tu tak ada siapa2 nak. Janda sebelah rumah kau pun belum tentu dia nak." Nam kembali beradu mulut.
Suara mereka semakin kuat membuatkan beberapa pelanggan di cafe melihat ke arah mereka.
Becky dan Freen yang baru sahaja masuk ke dalam cafe memandang sekeliling mereka dengan bingung. Kerana semua orang hanya memandang ke satu arah. Mereka juga turut melihat ke arah yang sama dan alangkag terkejutnya Becky melihat Noey dan Nam yang sudah mula mencengkam baju satu sama lain.
"Oh shit." Becky yang melihat kejadian itu dengan cepat mendekati mereka.
"Hei. Apa korang berdua buat ni. Tak malu ke bergaduh dekat sini." Becky memisahkan keduanya.
"Noey mula dulu."
"Mana ada. Kau dulu."
Nam baru hendak membuka mulutnya dicelah oleh Becky.
"Cukup. Korang ni buat malu je lah. Dah besar macam ni still nak gaduh? Sudah duduk." Nam dan Noey mengikuti arahan Becky lalu duduk dengan senyap.
"Sorry. Hal rumah tangga." Becky membongkok kan badannya tanda minta maaf kepada pelanggan dan staf dalam cafe itu.
Becky yang perasan bahawa Freen masih berdiri di pintu masuk cafe, dia mendekati Freen lalu menarik tangan Freen menuju meja yang diduduki Noey dan Nam.
Becky menarik kerusi dan mempersilakan Freen duduk.
"Kenalkan, Freen. PA sekaligus kawan aku." Becky memperkenalkan Freen kepada Nam dan Noey.
"What the.... Macam mana kau ada kawan baru. Cantik pula tu. Kau culik dia dekat mana?" Soal Nam yang tertarik untuk mendengar cerita Becky.
"Seriously Nam. Right now? Kau tak habis-habis cari pasal. First, aku ada kawan baru sebab ayah. Second aku tak culik dia. And last please behave." Becky mengetuk dahi Nam menggunakan sudu di atas meja.
"Oh Freen right? Macam mana awak boleh kawan dengan si kucing batu ni?" Soal Noey.
"Saya kenal dia dari dia kecil lagi. Cuma baru sekarang baru betul2 kenal. Dia pun dah lupa saya siapa." Freen tersenyum kepada Noey dan Nam.
"Oh, Tak apa. Dia memang pelupa." Nam menampar bahu Becky. Lalu bangun dan duduk di sebelah Freen. Dia menarik Noey untuk menukar tempat dengannya.
"Freen, awak kena biasakan dengan perangai saya ya. From now, awak kawan saya juga. So, jangan segan silu." Ucap Nam.
"Okay jom order. Aku lapar. Banyak lagi masa nak sembang." Becky mengangkat tangan untuk memanggil waiter. Setelah mereka memesan makanan, mereka terus bersembang pelbagai jenis topik.
Kini mereka pun telah selesai makan bersama dan bergerak keluar dari cafe.
"Nam, Noey, please jangan gaduh macam tadi. Korang dah besar. Ok?" Nasihat Freen lembut.
"Okay." Jawab mereka berdua sambil tersenyum.
Becky yang melihat kedua2 sahabatnya terkejut kerana Freen dapat membuat mereka berdua akur dalam sekelip mata.
"What the heck. Aku cakap diorang tak nak dengar. Freen cakap ok pula diorang ikut." Becky memutarkan matanya malas.
"Dah. Pergi balik." Becky mengusir sahabatnya.
Setelah memastikan Nam dan Noey sudahpun masuk ke dalam kereta, Becky memusingkan badannya menghadap Freen.
"So, kita balik juga?" -Freen
"Kalau nak pergi somewhere, jom lah. Saya bawa." Becky memegang tangan Freen dan menariknya. Namun Freen menahan langkah Becky.
"No, saya tak nak pergi mana-mana. Kalau awak pon tak ada, apa kata kita balik. Saya ada kerja nak buat." Freen melangkah menuju ke arah kereta Becky dan diikuti oleh Becky
TBC
YOU ARE READING
Satu Rasa Hati
FanfictionKarya pertamaku, maaf jika kurang ekspektasi kalian. Becky seorang gadis introvert yang mula berjumpa dengan Freen yang mulanya bersahabat sehingga muncullah kasih sayang di antara mereka. Becky yang awalnya mempunyai rasa cinta dan sayang terhadap...