Part 24

431 29 3
                                    

"Awak dah kenapa Bec. Berkasar macam tu. It's not you." Masuk sahaja ke dalam rumah, Freen terus menyerangnya.

"Awak tak tau apa2 Freen. Dia tu melampau. Lagi satu, saya memang bukan orang yang macam tu. Tapi saya akan jadi macam tu dengan orang yang cari masalah dengan saya." Becky membuka blazernya lalu melemparkan badannya ke atas sofa.

"Tapi tu bukan sebab untuk awak jadi tak ada hati perut macam tu. Jaga air muka dia walaupun dia buat awak macam2." Freen bercekak pinggang sambil menatap Becky yang berbaring.

"Freen, nak baik dengan orang, ada waktunya. Bukan semua benda yang orang tu buat, kita terima ja bulat2. Lagi satu, kalau awak tau apa dia buat, sah2 awak pon akan halau dia macam tu."

"Yes saya tak kenal dia, tak tau apa dia buat. Tapi, tolong jaga sikap awak. Apa orang akan cakap pasal perangai awak. Orang kenal awak seorang yang tegas, bukan kurang ajar. So, tengok tempat kalau nak buat macam tu." Freen duduk di sofa berhadapan dengan Becky.

"Ya2, baiklah. Sorry okay? Saya kawal lepas ni. Sorry." Cakap banyak2 pon tetap dia salah. Akhirnya Becky hanya mengalah.

"Naik mandi. Lepas tu turun makan. Malam ni saya tidur bilik lain." Freen mengambil beg tangannya dan ingin naik ke tingkat atas namun di tahan oleh Becky.

"Kenapa nak kena tidur bilik lain. Selalu okay ja tidur dengan saya." Dengan sigap Becky bangun dari baringnya dan memegang lengan Freen.

"Saja, bagi hukuman dekat awak. So, no me tonight. Tidur sorang." Freen melepaskan tangan Becky lalu naik ke atas.

"Disebabkan tu ja aku kena tidur sorang. Seriously Freen. Kalau aku tau, aku tak turun jumpa perempuan tu. Kenapa tidur sorangggg" Becky yang frust dengan tindakan Freen menghentakkan kakinya seperti budak kecil.

Keesokkannya

"Morning bik. Buatkan Becky kopi kaw." Becky yang kini sudahpun lengkap dengan pakaian kerjanya mendekati meja makan.

"Aik, awal2 dah minta yang kaw. Kenapa? Tak boleh tidur semalam?" Bibik menuangkan sedikit susu di gelas Becky untuk menghilangkan dahaga Becky.

"Hmm. Tak tahulah bik. Bibik tolong buatkan ya. Becky ada meeting lagi hari ni."

"Ya lah. Minum susu ni dulu. Basahkan tekak tu.. Nanti bibik hantar kopi." Bibik menghulurkan gelas yang dipenuhi susu kepada Becky lalu pergi ke arah dapur membuatkan kopi untuk Becky.

Becky mengambil beberapa keping roti dan telur hancur di depannya dan mula menyuap ke mulutnya.

Tidak perlu masa yang lama, bibik kembali muncul dari arah dapur dengan secawan kopi di tangan.

"Bec, gaduh ke dengan Freen. Semalam bibik tengok macam serious je bincang."

"Tak lah bik. Masalah kerja sikit. Bibik duduklah makan. Freen tu, dia turunlah kejap lagi tu. Bibik teman saya dulu ya." Tanpa basa basi, bibik pun duduk di sebelah Becky menemani Becky bersarapan.

Beberapa minit kemudian, Freen pun turun ke bawah dan duduk di meja makan.

"Tak kerja Freen?" Soal bibik.

"Tak bik. Saya nak cuti hari ni. Sakit semalam tak hilang lagi." Menyedari arah perbicaraan Freen. Becky menganggukkan kepala.

"Dia cuti bik. Nanti bibik masak tengah hari, Becky balik makan. Bec pergi dulu. Freen, rehat. Apa2 bagitau saya." Becky bangun lalu mengusap kepala Freen lalu keluar dari rumah.

Hilang sahaja tubuh Becky di balik pintu, bibik terus menyoal Freen.

"Kenapa semalam? Freen sakit apa?"

"Semalam kena tampar dengan perempuan mana tah dekat pejabat tu. Boleh tahan kebas jugalah pipi ni." Terang Freen.

"Lah. Dah kenapa kena tampar. Kamu bergaduh ke?" Bibik kembali bertanya.

"Bibik ni. Tak kanlah Freen nak bergaduh. Semalam ada perempuan nak jumpa Becky. Pastu Becky cakap apa tah pastu perempuan tu nak tampar. Tapi last2 kena Freen. Biasa la hero tak berbayar." Freen memasukkan roti ke mulutnya.

"Yang kamu gedik nak jadi hero tak berbayar kenapa. Kan dah mendapat. Padan muka." Ejek bibik.

"Eh bibik ni. Mengata depan2 nampak. Mengadu dekat uncle kang." Freen mengugut bibik yang tersengih di depannya.

"Janganlah. Bibik gurau sikit pun tak boleh?"

"Bukan tak boleh. Saja gurau juga. Hehehe." Freen dan bibik tertawa kecil. "Bik, tengah hari nanti kita masak sama2 ya. Freen ingat nak belajar buat kuihlah. Alang2 cuti ni. Teringin nak belajar."

"Boleh. Tak ada masalah. Janji lepas masak kemas sama2 juga. Bibik nak rehat juga." Bibik mengangkat keningnya.

"No hal lah. Freen tolong nanti." Selesai sahaja berbual, mereka kembali menikmati sarapan mereka. Setelah itu, mereka berdua pun melakukan aktiviti mereka di dapur. Bermula dengan mambuat kek dan sedikit puding dana akhirnya menyediakan makan tengah hari seperti yang diminta oleh Becky.

TBC

Satu Rasa HatiWhere stories live. Discover now