Sambungan...
Hampir 2 jam Becky berada di bilik pembedahan. Freen, Neo dan Alex setia menanti berdekatan dengan bilik itu.
Freen yang sedari tadi penat mengalirkan air mata, kini terlelap bersandarkan bahu Neo. Neo hanya membiarkan Freen bersandar dibahunya tanpa bergerak sedikitpun.
Alex pula sudah berulang kali bangun dan duduk kerana gelisah dengan keadaan Becky. Di sini terlihat dialah yang lebih gelisah kerana dia berasa tidak bagus dalak menjaga Becky. Sedangkan tugas itu adalah tugasnya memandangkan Becky seorang yang sangat keras kepala, Alex ditugaskan untuk menjaga Becky.
"Alex, sudah. Dah dekat dua jam kau bangun duduk. Penat aku tengok." Neo mula bersuara. Rimas dengan gelagat Alex.
"Saya tak tenang la tuan. Becky lama sangat."
"Dah. Dia okay tu. Kau tenang. Doctor tau tugas dia. Duduk." Ucap Neo tegas. Alex hanya menurut arahan Neo. Kini mereka bertiga hanya menunggu.
Satu jam kemudian, Doctor Nick pun keluar dari bilik bedah.
"Freen bangun." Neo membangunkan Freen.
"Neo. Pembedahan berjalan lancar. Becky okay. Kejap lagi dia dipindahkan ke bilik dia, lepas tu kau bolehlah jenguk dia. Dia dah sedar lepas aku jahit dia. Cuma maybe dia dah tidur balik. Nanti bila dia dah sedar, kau panggil aku." Terang Nick panjang lebar.
"Terima kasih Nick. Terima kasih sangat. Aku tak tahu macam mana nak balas." Neo menjabat tangan Doctor Nick dengan gembira.
"Tak apa. Dah tugas aku. Okeylah. Aku pergi dulu. Aku ada pembedahan lain." Nick melemparkan senyumannya.
"Terima kasih doctor." - Freen.
"Becky okay ayah." Sambung Freen gembira mendengar keadaan Becky. Lalu dia memeluk Neo.
Wad Becky
Hari sudahpun mulai gelap. Becky yang sudah beberapa jam di dalam wad masih belum membuka matanya. Mungkin effect dari ubat bius masih belum hilang. Freen masih setia menunggu Becky di sisinya.
Neo dan Alex sedari tadi sudahpun pulang. Freen memaksa Neo untuk pulang ke rumah memandangkan Neo tampak keletihan, jadi Freen memaksanya supaya Neo dapat berehat dengan cukup.
Freen yang sedari duduk di sisi Becky bangun dari duduknya lalu membetulkan selimut Becky sedikit lalu dia bergerak ke bilik air.
Belum sempat dia membuka pintu bilik air, dia mendengar keluhan dari Becky. Freen yang berdiri di depan pintu bilik air, berlari perlahan mendekati Becky.
"Sayang." Panggil Freen.
"Uh, Baby." Becky mengerjapkan matanya. Matanya terkena cahaya lampu membuatkan dia mengecilkan matanya.
Lalu dia menatap Freen di sebelahnya."Hai, tak tahu pula saya ada nurse cantik dekat sebelah." Ucap Becky lemah.
Freen tersenyum mendengar ucapan Becky.
"Awak okay? Sakit lagi?" Soal Freen sambil menggenggam tangan Becky.
"Sikit. Rasa ngilu campur pedih." Balas Becky.
"Baby." Panggil Becky.
"Ya." Freen merapat ke arah Becky.
"Nak air. Dahaga sangat2." Ucap Becky lemah. Becky memegang lehernya yang terasa kering dengan kening dikerutkan.
Freen terus menuangkan air ke dalam gelas dan mengambil straw yang disediakan.
"Nah. Pelan2. Jangan bangun dulu." Ucap Freen lembut. Freen mendekatkan straw ke mulut Becky dan menahan kepala Becky supaya tetap terangkat walaupun sedikit.
Setelah habis Becky minum, dia meletakkan kepalanya kembali.
"Dah?" - Freen.
Becky menganggukkan kepalanya. Kini Becky menatap lekat wajah Freen.
"Kenapa tengok macam tu?" Freen mengusap pipi Becky laku mengusap kepala Becky.
"Sorry. Sebab buat awak dan semua orang risau." Kini diri Becky penuh dengan rasa bersalah.
"It's okay. Janji sayang kuat. Tapi, lain kali jangan bantah cakap Alex. Alex tu jaga awak je. Jadi dengar apa yang dia cakap. Okay?" Pesanan Freen diterima baik oleh Becky. Dia hanya mengangguk faham semua yang diperkatakan Freen.
Kemudian Becky melihat sekelilingnya dan mengerutkan dahinya. "Mana ayah?"
"Oh. Ayah balik. Dia nampak penat. Jadi saya suruh dia balik. Kejap lagi saya mesej dia bagitau awak dah sedar."
"Baby, boleh tak tolong mesej kawan2 sayang. Bagitau keadaan sayang. Diorang mesti risau. Tolong ya." Becky memaparkan muka memohonnya membuatkan freen mencubit pipi Becky.
"Yes baby. Nanti sayang buat. Dah tidur. Rest." Freen bangun dan ingin membetulkan selimut Becky namun Bevky menahan.
"Takkan tidur lagi. Penatlah tidur. Hmm." Becky memayunkan bibirnya ke depan.
"Habis tu sayang nak apa. Sayang tak sihat. So boleh tidur, makan dan main telefon tu je. Tapi telefon tu esok2 lah. Malam ni rehat." Freen mengecup bibir Becky sedikit.
"Kalau macam tu, apa kata kita main game." Ucap Becky. Namun mukanya tidak menunjukkan seperti dia sakit. Malah mukanya menunjukkan kegatalan dengan mengangkat sebelah keningnya sambil tersenyum sumbing.
"Jangan mengada. Sakit2 pun menggatal." Freen meninggikan sedikit suaranya membuatkan Becky memayunkan bibirnya kembali.
"Aloo. Kena marah. Tak apalah. Sayang nak tidur." Becky menarik selimutnya sampai je hujung kepala. Menunjukkan tanda merajuk.
Melihat Becky yang sudahpun merajuk, membuatkan Freen mengeluh seketika.
"Ye lah. Nak main apa." Dengan cepat Becky menurunkan selimutnya sambil tersenyum.
"Mula dah muka gatal dia." Gumam Freen.
"Simple je. Kita main teka perkataan berdasarkan huruf last dari perkataan yang lawan kita sebut. Siapa tak dapat jawab, kena denda cium. Org yg menang." Freen menganggukkan kepalanya selepas mendengar perkataan Becky.
"Tapikan sayang. Kalau nak kiss, kenapa tak kiss je. Kenapa kena main. Kan senang." Soal Freen selamba.
"Babyyy. Ni kan game. Memandangkan sayang tak boleh bangun, kita mainlah. Lepas sayang dah sihat, kita main game lain pula. Game yang boleh buat baby melayang2." Becky mengenyitkan matanya kepada Freen.
"Oh. Faham2. Ok jom. Sayang start dulu." Freen memberikan peluang kepada Becky untuk memulakan permainan ini.
Mereka mula bermain sehingga lewat malam. Tidak menyedari waktu yang sudahpun masuk jam 11 malam. Ketika jururawat masuk menghantarkan makanan sekalipun, mereka tidak menghentikan permainan mereka. Becky berulang kali pura2 kalah hanya untuk mendapatkan ciuman dari Freen. Sepanjang permainan mereka, penuh dengan gelak tawa.
Walaupun Becky berasa sakit di perutnya ketika ketawa, namun dia lebih menghargai waktu2 seperti ini. Bergelak tawa bersama orang yang tersayang. Mereka terus bermain sehingga penat dan membuatkan Becky terlelap begitu sahaja. Freen yang masih belum tidur, membenarkan selimut Becky lalu menuju ke sofa yang tersedia dan merebahkan badannya lalu dalam sekelip mata, dia mengikuti Becky ke alam mimpi..
TBC
YOU ARE READING
Satu Rasa Hati
FanfictionKarya pertamaku, maaf jika kurang ekspektasi kalian. Becky seorang gadis introvert yang mula berjumpa dengan Freen yang mulanya bersahabat sehingga muncullah kasih sayang di antara mereka. Becky yang awalnya mempunyai rasa cinta dan sayang terhadap...