Kini hujung minggu pun tiba. Becky dan Freen pun sudah siap2 untuk pulang ke bandar. Awalnya Becky akan stay di kampung selama seminggu. Tapi apakan daya, Irin hanya menelefon Becky selama 2 hari. Jadi, mahu tidak mahu, Becky terpaksa pulang bersama Freen.
"Becky, memandu hati2, jangan laju. Kamu bawa anak orang. Jadi jaga dia baik2." Tuan Neo menemani anaknya sementara menunggu Freen datang.
Setelah beberapa minit menunggu, Freen pun datang bersama mama dan papanya. Mereka sempat menyapa sesama sendiri dan terus bergerak pulang. Sepanjang perjalanan, Becky hanya fokus memandu. Freen pula sudah tertidur dari tadi.
Setelah beberapa jam berkendara, mereka pun sampai di pejabat Becky. Freen yang masih terlena, dibiarkan oleh Becky kerana dia hanya singgah untuk mengambil file yang Irin pesan tadi.
Freen yang berasa kereta tidak bergerak, terus membuka matanya dan melihat sekeliling. "Office? Kenapa kita dekat office Beck?" Soal Freen tanpa melihat ke sisi pemandu. Berasa tidak mendapatkan jawapan, barulah Freen melihat ke arah kanannya.
"Lah, aku cakap sorang-sorang." Freen pun turun dari kereta dan melihat Becky keluar dari pintu utama pejabat. Freen mengerutkan keningnya melihat Becky.
"Dah jom balik." Ajak Becky lalu dibalas anggukan oleh Freen.
"Freen, malam ni tidur rumah saya eh. Ayah tak ada, so, awak teman saya eh. Bosan sorang-sorang dekat rumah."
Setelah mendapat persetujuan dari Freen, Becky terus memandu menuju ke rumahnya. Memandangkan hari sudah menjelang pukul 4, Becky tidak mahu berlama-lama di pejabat.
Rumah Becky
Kini merekapun tiba di rumah Becky. Setelah penat berjalan jauh, mereka membersihkan diri dan makan bersama-sama di meja makan.
"Kenapa singgah office?" Tanya Freen memecahkan keheningan di meja makan.
"Tadi Irin call. Tuan Ray hantar dokumen projek. So singgah ambil sebab nak baca dokumen tu. Esok meeting."
"Banyak ke nak kena buat. Nak saya tolong?" Becky melihat ke arah Freen sambil tersenyum dan menggelengkan kepalanya.
"Awak rehat je lah. Kalau bosan, tengok tv. Kejap je ni."
"Okey." Mereka pun meneruskan makan sambil bersembang. Selepas habis makan, Freen terus menuju ke ruang tamu untuk menonton TV manakala Becky pula, awal-awal lagi sudah mengurung diri di bilik kerjanya di samping ruang tamu. Sehinggalah malam menjelang, Becky masih tidak keluar dari biliknya. Freen yang masih leka menonton TV berasa hairan dengan Becky kerana terlalu lama dia duduk di dalam bilik.
Sebagai inisiatif awal, Freen menuju dapur dan membuatkan air untuk Becky. Lalu Freen terus menuju ke bilik kerja Becky. Freen mengetuk pintu sebanyak 2 kali tapi masih tidak ada sahutan. Hasilnya, Freen terus masuk tanpa menunggu jawapan dari Becky. Rupa-rupanya, Becky sudahpun terlena dengan kepalanya diletakkan di atas meja. Freen yang melihat hanya tersenyum lalu membangunkannya.
"Bec, bangun." Becky yang berasa terusik, mengerjapkan matanya lalu melihat ke arah suara yang membangunkannya. Seketika pandangan Becky terkunci di muka Freen. Berasa ditenung, Freen menepuk tangannya tepat di depan muka Becky.
"Awak tengok apa? Ni sayalah. Freen. Dah lupa ke?" Soal Freen
"Ha Freen, Sorry. Awak nak apa?" Balas Becky lalu merenggangkan badannya lalu mengusap matanya sedikit.
"Saya bawa air. Kesian dekat awak lama-lama dalam ni. Rupanya tidur. Pergilah naik bilik. Tak elok tidur macam ni."
"Saya terlelap je. Dah ok dah. Lagipun dah siap." Balas Becky sambil mengemas mejanya. Tiba-tiba Becky menghentikan tangannya lalu menatap Freen.
"Awak lapar tak? Saya lapar. Jom makan luar."
"Boleh juga. Awak pergilah mandi, sia-siap. Saya kemaskan meja." Baru sahaja Freen nak menolong Becky sudah menolak.
"Tak apa. Biar saya kemas, awak pergi siap. Kejap lagi kita keluar." Balas Becky lalu sambung mengemaskan mejanya.
"Pergi siap Tuan Puteri Freen. Se.. Ka.. Rang.." Melihat Freen yang masih tidak berganjak, Becky menekankan perkatannya. Dengan cepat Freen berlari keluar dari bilik kerja Becky lalu menuju ke bilik untuk bersiap-siap. Becky yang melihat Freen berlari kecil hanya tertawa kecil lalu menyiapkan kerjanya.
Satu jam berikutnya, Becky dan Freen sudahpun berada di restaurant untuk makan malam bersama-sama. Selesai sahaja makan, Becky mengajak Freen berjalan-jalan di taman sambil mengambil angin malam.
"Bec. Emm.. Hari tu awak cakap, awak tak ada banyak kawan kan." Tanya Freen.
"Hmm." Becky hanya membalas pendek lalu mengambil tempat duduk di sebuah pondok.
"So, selama ni awak kawan dengan siapa?" Freen masih mempunyai tanda tanya, macam mana Becky anak Tuan Neo, tidak banyak kawan. Sedangkan hidupnya senang, dia baik tapi still tak ada kawan.
"Saya ada kawan cuma Ayah, Alex, Irin dengan Noey. So, dalam hidup saya, diorang je lah kawan saya. Yang lain tak ada. Lagipun saya susah nak selesa dengan orang. End up, saya ada 4 orang tu ja lah. Tapi saya ok je. Ayah seorangpun dah macam 2 orang. Penat."
"Dengan saya? Awak selesa?" Soal Freen lagi. Dia hanya ingin memastikan Becky selesa berkawan dengannya. Dia tak mahu, Becky terpaksa berkawan dengannya hanya disebabkan ayahnya dan Tuan Neo bershabat baik.
Becky tersenyum sambil menghadap ke langit melihat bitang-bintang. "Selesa. Awak lain. I just want to make a friendship with you. Saya suka usik awak. Bila awak merajuk. Comel."
Freen terkedu mendengar jawapan Becky. Tapi dalam masa yang sama dia tersipu kerana dipuji oleh Becky.
"Tapii ada satu benda yang tak ok..."
YOU ARE READING
Satu Rasa Hati
FanfictionKarya pertamaku, maaf jika kurang ekspektasi kalian. Becky seorang gadis introvert yang mula berjumpa dengan Freen yang mulanya bersahabat sehingga muncullah kasih sayang di antara mereka. Becky yang awalnya mempunyai rasa cinta dan sayang terhadap...