Sambungan...
"Hello masyara... Oiiii Beccc." Jerit Nam dan Noey yang baru saja sampai di depan pintu rumah Becky. Melihat Becky yang mengurung Freen membelakangkan pintu rumah. Noey yang melihat pemandangan itu hanya menjilati bibirnya.
Becky dan Freen automatik melihat ke arah pintu rumahnya yang masih terbuka luas menampakkan kedua2 sahabat Becky yang melihat ke arah mereka.
Becky dan Freen saling menatap antara satu sama lain. Freen yang mukanya sudah sangat merah, menyembunyikan mukanya di dada Becky.
"Oi Bec, tengoklah tempat kalau nak gatal2." Ujar Noey yang mula membukakan kasutnya dan ingin masuk. Namun dihentikan Becky.
"Aip. Stop situ. Pusing ke belakang.kau dua orang." Arah Becky dengan tatapan tajam.
Setelah itu, Nam dan Noey pun memusingkan badan mereka ke arah berlawanan.
"Kejap lagi kita sambung. Muach." Bisik Becky lalu mencium sekilas bibir Freen lalu mendudukkan badannya di sebelah Freen yang turut membetulkan duduknya.
"Ha masuklah." Mendengar pelawaan Becky, Nam dan Noey berbalik dan masuk ke dalam rumah dan duduk di sofa sebelah Becky.
"Kau ni, agak2 lah nak ehem2 pun. Tengah2 rumah ni." Nam mula berleter sambil meletakkan buah tangan yang dibawanya di atas meja.
"Entah kau ni. Kalau bibik nampak macam mana?" Sampuk Noey yang turut memandang Freen dan Becky.
Becky hanya mengangkat kedua bahunya lalu mengambil remote TV.
"Freen. Kau sihat?" Soal Nam.
"Eh kau. Yang sakit aku. Kenapa tanya Freen." Sampuk tidak terima.
"Buat apa tanya kau kalau dari kita orang sampai kau dah macam2 dengan Freen. Maknanya dah sihatlah tu." Balas Nam.
"Ha Freen. Sihat? Dah lama kau jaga budak hingusan ni dekat hospital." Soalan itu kembali ditanya oleh Noey.
"Sihat je. Tak ada apa pun. Sikit ja jaga dia ni. Lagipun luka dia dah makin kering. Dua tiga hari nanti kering betul2 lah tu." Senyum Freen pada Nam dan Noey.
"Yang kau datang sini kenapa? Selalu busy memanjang. Ni ada masa pula." Becky memandang malas kedua sahabatnya itu. Kalau tidak ada hal, mereka tidak akan pernah muncul di rumah Becky.
Freen yang berasa tidak selesa tetamunya tidak dihidangkan minuman, terus bangun dari duduknya dan terus berlalu ke dapur. Memandangkan bibik sibuk menanam di belakang, dia tidak mahu menyusahkan bibik. Jadi dia pergi menyediakan minuman sendiri.
"Ha bagus soalan kau." Kini Noey menjawab.
"Aku dengan Nam plan nak pergi bercuti tepi pantai hujung minggu depan. Kau nak pergi?" Ujar Noey dengan nada gembira. Memandangkan mereka bertiga sudah lama tidak meluangkan masa bersama. Jadi dia dan Nam merancang untuk bercuti bersama2.
"Kalau pasal tu, kau kena tanya Freen. Sebab sekarang ni dia doctor aku. Kalau dia bagi, aku on. Kalau tak, lain kali ja la."
Tidak lama selepas itu, Freen pun datang membawa sedulang cawan berisi jus oren kepada Nam dan Noey.
"Freen. Aku dengan Noey nak ajak kau dengan Becky pergi bercuti. Kau nak ikut tak." Soal Nam.
"Tapi Becky tak sihat lagi. Susah sikit." Jawab Freen lalu duduk di samping Becky yang melihatnya.
"Aku nak ajak pergi minggu depan. Sempatlah luka Becky tu kering dulu. Dah lama tak bercuti. Kita pergi eh." Kini Nam memulakan sesi pujuk memujuk supaya Freen setuju dengan rancangan mereka.
Freen yang melihat Nam memohon berasa serba salah untuk menolak. Akhirnya dia melepaskan keluhannya.
"Okay macam ni, bagi Becky jumpa doctor dulu lusa. Kita tengok macam mana. Kalau doctor izinkan, saya izinkan. Tapi kalau tak, kita tunda bulan dpn. Boleh?" Freen cuba bernegosasi dengan Nam. Membuatkan Nam sedikit cemberut.
"Dahlah Nam. Kita tunggu je lah. Lagipun bukan lama." Ujar Noey pada Nam lalu dia menatap Freen.
"Okey Freen. Nanti apa2 kau update aku. Kalau on, aku bookingkan tempat. Cuma..." Mendengar percakapan Noey membuatkan Becky mengerutkan keningnya.
"Cuma apa. Ada syarat pula?" Soal Becky tidak puas hati.
"Bukan syaratlah. Cuma permintaan kecil untuk kau." Noey tersengih kepada Becky menunjukkan deretan giginya.
"Dah tu. Kau nak apa." Soal Becky lagi.
"Apa lagi. Dia nak suruh ajak Irinlah. Kau macam tak tau dia usya Irin dari dulu lagi. Tapi sayang, kena reject." Bukan Noey yang menjawab malah Nam yang menyampuk dan diakhiri dengan ketawa bersama Becky.
Freen yang tidak sampai hati hanya tersenyum kecil.
"Tak apa noey. Nanti aku tolong kau." Ujar Freen membuatkan Noey tersenyum senang.
"Thanks Freen. Sayang kau." Baru sedar dengan perkataannya, Noey terus menatap Becky yang sudah menatapnya dengan mata yang kejam.
"Sorry2. Terlepas. Sayang as kawan. Tak lebih. Janji." Noey menggaru kepalanya yang tidak gatal kerana takut dengan tatapan Becky.
Freen dan Nam hanya mampu menggeleng melihat kejelesan Becky dan tatapannya yang seakan2 ingin membunuh Noey.
Kemudian Freen merangkul lengan Becky dan meletakkan kepalanya di bahu Becky membuatkan kekesalan Becky terus hilang begitu sahaja.
TBC
YOU ARE READING
Satu Rasa Hati
FanfictionKarya pertamaku, maaf jika kurang ekspektasi kalian. Becky seorang gadis introvert yang mula berjumpa dengan Freen yang mulanya bersahabat sehingga muncullah kasih sayang di antara mereka. Becky yang awalnya mempunyai rasa cinta dan sayang terhadap...