Part 35

322 28 0
                                    

Hospital

Becky dan Freen berada di dalam bilik Doctor Nick. Becky mempunyai temu janji untuk memeriksa lukanya yang kemungkinan akan sembuh.

Mereka berbincang2 terlebih dahulu sebelum melakukan dressing pada Becky. Namun doctor Nick tiba2 mendapat panggilan dan dia meminta izin untuk keluar sebentar.

"Becky, Freen kamu berdua tunggu saya dekat sini dulu ya. Saya ada kecemasan kejap. Nanti saya datang balik." Setelah itu, doctor Nick terus keluar dari biliknya.

Becky dan Freen hanya duduk santai sambil berbual sementara menunggu kedatangan doctor Nick. Namun 20 minit kemudian, seorang jururawat masuk ke dalam bilik doctor Nick.

"Rebecca?" Panggil jururawat itu.

"Saya. Kenapa?" Becky dan Freen dua2 berpaling menatap jururawat tersebut.

"Maaf mengganggu. Saya diminta doctor Nick untuk bantu dressing awak." Ucap jururawat itu lalu bergerak ke arah katil di dalam bilik itu.

"Oh. Baik." Becky bangun dari duduknya lalu membuka hoodie yang dipakainya lalu bergerak ke arah katil diikuti oleh Freen dan berbaring.

Setelah melihat Becky baring, jururawat itu mencapai hujung baju Becky dan ingin menyelaknya sedikit namun dihadang Freen.

"Aits. Buat apa?" Tanya Freen dengan tatapan tajamnya pada jururawat itu.

"Ha?" Jururawat itu mengerutkan keningnya bengong dengan pertanyaan Freen.

"Nak buat apa bukak baju dia." Soal Freen.

Becky yang mendengar memandang Freen dengan tanda tanya.

"Baby. Kan dia nk tukar pembalut ni. Memanglah kena buka." Terang Becky cuba memahamkan Freen.

"Tapi sayang." - Freen.

"Jangan risau, saya buka dekat mana yang perlu. Kalau cik tak percaya, cik tunggu dekat sini ya." Jururawat itu melemparkan senyumannya pada Freen.

Mahu tak mahu, Freen hanya membiarkan saja. Dia melihat setiap tindakan yang dilakukan jururawat itu. Sesekali jururawat itu bertanya beberapa soalan pada Becky dan dirinya. Setelah siap dengan dressing, dia meminta Becky untuk bangun.

"Okay siap. Saya tengok luka tu dah kering. Cuma kita berjaga2 saja. Nanti saya inform doctor Nick tentang keadaan cik Rebecca. Saya keluar dulu." Jururawat itupun keluar dari bilik itu diikuti Freen dan Becky. Mereka berterima kasih lalu keluar dari hospital.

Kini mereka berdua berada di dalam kereta untuk menuju ke rumah. Memandangkan hari ini mereka masih bercuti, jadi mereka hanya menghabiskan masa di rumah. Namun, sepanjang perjalanan tidak ada satu perbialan pun di antara Becky dan Freen.

"Baby." Panggil Becky.

"Hmm" - Freen

"Aikk. Dah kenapa. Aku buat salah ke?" Gumam Becky di dalam hati.

"Baby." Sekali lagi Becky memanggil namun jawapan Freen masih sama.

"Baby kenapa? Sayang ada buat salah?" Tanya Becky yang sesekali memandang Freen.

Bukan menjawab, malah Freen mencubit lengan Becky membuatkan Becky menjerit kesakitan.

"Babyyy.. Sakit.. Sakit. Lepas. Sakit babyyyy." Jerit Becky.

"Padan muka." Freen membuang muka memadang ke arah luar tingkap.

"Kenapa. Apa sayang buat. Sayang tak buat apa2 pun." Becky mengusap lengan kirinya yang terasa sakit.

"Tak buat apa2. Yang awak bela nurse tu kenapa? Gatal sangat bela2." Ucap Freen kasar

"Baby, dia kan nak buat kerja. Kalau dia tak buka, macam mana dia nak buat. Kalau dia salah cuci ka, lagi bahaya." Becky menggenggam tangan Freen. Cuba memahamkan Freen dengan situasi di hospital tadi.

"Your body is mine. So, kalau saya tak suka. Still saya tak suka. Sekali saya tak suka, sampai bila2 tak." Freen menatap Becky tajam.

"Okay2. Saya minta maaf. Lepas ni kita tunggu doctor Nick ja yang rawat saya. Saya tak bagi orang lain. Okay?" Becky cuba memujuk Freen. Kalau dibiarkan, Freen boleh diamkannya sehari suntuk. Untuk mengelakkan perkara itu terjadi, lebih baik Becky mengalah.

Freen hanya diam mendengar ucapan Becky. Dia hanya memandang pemandangan luar tingkap.

"Haih. Nasib kaulah Bec. Nasib sayang. Kalau tak, dah cubit balik." Becky tersenyum sorang2 dan kembali fokus memandu.

Rumah Becky

Becky sedari tadi hanya menonton TV. Sejak balik dari hospital, Freen lebih sibuk di dapur menyiapkan pelbagai jenis makanan. Katanya belajar masak. Akhirnya Becky hanya membiarkannya dan dia duduk di ruang tamu seorang diri.

Sedang asyik menonton movie, telefonnya berbunyi dan tertera nama Nam di skrin telefon dan Becky terus mengangkatnya.

"Hello baby. Dah balik hospital?" Sapa Nam di seberang.

"Dah. Kenapa call?" Soal Becky malas.

"Nak cakap dengan Freen. Aku call dia tadi tak dapat. Dia pergi mana." Balas Nam. Dia sedang berada bersama Noey di cafe. Mereka sedang berbincang2 sambil lunch.

"Freen ada. Dia dekat dapur dengan bibik. Jap." Becky menjauhkan telefon itu dari telinganya lalu jerit memanggil Freen.

"Baby. Nam call. Nak cakap dengan awak." Mendengar jeritan Becky, Freen terus datang ke ruang tamu.

"Kenapa?" - Freen.

"Nam nak cakap." Balas Becky lalu memberikan telefonnya pada Freen. Lalu Freen bergerak ke arah kolam renang untuk bercakap dengan Nam.

Setelah beberapa minit, Freen mengembalikan telefonnya pada Becky dan terus naik ke atas.

"Baby. Nam cakap apa?" Jerit Becky yang melihat Freen naik ke atas tanpa sebarang suara.

Tidak mendapat sebarang jawapan, Becky melepaskan keluhannya lalu sambung menonton movienya. Sesekali dia melihat ke arah tangga kalau2 Freen turun ke bawah. Namun tidak sama sekali. Alhasilnya Becky tertidur di sofa ketika menunggu Freen.

TBC

Satu Rasa HatiWhere stories live. Discover now