Seharian ni, Freen hanya mengabaikan Becky. Tengah hari tadi dia balik ke rumah untuk makan tengah hari bersama mengharapkan Freen melayannya seperti biasa, namun nihil. Freen masih saja mengabaikannya. Kalau sebelum2 ini, Freen akan tanya sama ada dia penat atau tidak, tapi tadi dia hanya fokus berbual dengan bibik. Becky yang merasa diabaikan hanya makan dengan senyap tanpa sebarang suara. Selesai sahaja dia makan, dia terus keluar dari rumah menuju ke pejabatnya.
Sementara di dalam kereta, Becky masih memikirkan bagaimana caranya untuk membuat Freen tidak marah padanya.
"Sampai kena diam macam ni. Mana tahan. Tak boleh jadi ni. Aku kena buat something." Becky pun melajukan kenderaannya menuju ke pejabatnya.
"Irin, I need you help. Masuk bilik saya sekarang." Singkat dan pantas lalu Becky berjalan laju masuk ke biliknya diikuti Irin.
Skip malam
Memandangkan jam sudahpun menujukkan jam 10 malam, Freen sudahpun berada di dalam biliknya dan tidur dengan lena. Rumah yang kini gelap gelita tidak ada seorangpun yang berjaga.
Namun, Becky yang baru sahaja pulang ke rumah, masuk ke rumah dengan senyap. Mencebulkan kepalanya di balik pintu mengintai ke kiri dan kanan.
"Okay kosong." Becky masuk ke rumah dengan perlahan sambil membawa sesuatu di tangan.
Setelah itu, Becky menutup pintu rumah dengan perlahan tanpa sebarang bunyi. Disebabkan tangannya yang penuh dengan beg dan barang yang lain, dia sedikit mengeluh kerana tidak dapat mengunci pintu dengan mudah.
"Alah, kenapa susah sgt ni." Becky membiarkan pintu itu terbuka dan ingin meletakkan beg bimbitnya di atas meja bersebelahan dengan sofa di ruang tamu.
Baru sahaja dia meletakkan begnya, dia dipukul dengan kuat di bahagian kepalanya.
"Oii.. Stop.. oii"
"Pencuri."
"Freen" Batin Becky.
"Stop. Ni saya la Becky. Stop baby. Stop. Sakit."
"Baby?"
Seketika lampu ruang tamu menyala. Dan muncullah Freen di balik tangga. Dia bangun untuk ke bilik air, namun terdengar suara bising di bawah dan dia terus berlari untuk melihat keadaan di bawah.
"Yes, saya ba... Eh. Aunty." Mata Becky terbeliak seketika dia melihat ibu freen yang memukulnya tadi.
"Baby? Siapa baby kamu?" Freen yang mendengar soalan ibunya tadi turut membesarkan matanya.
"Mami, apa jadi? kenapa bising2 ni. Bec?" Freen mendekati mereka berdua.
"Mami dengar pintu terbuka tadi. Mami ingat ke pencuri. Mami keluar la. Tengok2 ada someone tengah jenguk2 dalam rumah lepas tu macam tengah cari something dekat meja ni, mami pukul la. Tak tahu pula Becky. Ingat ke dia dah balik dari tadi"
"Mami, lain kali bukalah lampu dulu." Balas Freen.
"Gila kamu. Kalau betul pencuri, macam mana."
"Ha, awak Bec, kenapa baru balik?" Soal Freen.
"Oh saya makan dengan client." Balas Becky sambil menggosok kepalanya yang dipukul mami Freen.
"Oh. Tapi jap. Siapa baby yang kamu cakap tadi."
"Mami, stop. Dah jom tidur. Kesian si Becky. Penat2 balik kena pukul."
"Sorry ya Bec, aunty tak sedar." Mami Freen mengusap kepala Becky perlahan.
"Tak apa aunty. Aunty masuklah. Selamat malam." Balas Becky.
Setelah mami Freen masuk ke dalam bilik, Freen kembali menatap Becky.
YOU ARE READING
Satu Rasa Hati
Fiksi PenggemarKarya pertamaku, maaf jika kurang ekspektasi kalian. Becky seorang gadis introvert yang mula berjumpa dengan Freen yang mulanya bersahabat sehingga muncullah kasih sayang di antara mereka. Becky yang awalnya mempunyai rasa cinta dan sayang terhadap...