Part 37

542 36 5
                                    

Keesokkan harinya mereka kembali bermain di tepi pantai. Melepaskan lelah bekerja dengan hanya bermain.

"Bec. Malam ni kita bbq nak? Dah lama tak buat macam tu. Last kita buat time zaman belajar." Nam baru sahaja menghampiri Becky yang berehat di tepi pantai setelah penat bermain. Begitu juga dengan yang lain.

"Boleh ja. Nanti aku dengan Noey cari bahan. Kau dengan yang lain siapkan apa yang patut kat sini." Becky hanya setuju. Daripada mereka tidak buat apa2, lebih baik adakan aktiviti

"Okay. Nanti aku list barang. Jom Freen, Irin, kita masuk siap2. Dah panas." Mereka pun masuk ke dalam villa diikuti Noey dan Becky.

Setelah itu, Noey dan Becky pun keluar untuk kencari barang2 untuk membuat bbq pada malam hari. Mereka mengambil masa yang cukup lama untuk membeli barang2 tersebut. Memandangkan mereka kurang pengetahuan dalam hal2 barang dapur.

Sementara itu di villa, mereka bertiga sudahpun menyediakan tempat untuk bbq. Segala peralatan sudahpun disiapkan. Malah mereka sempat menghabiskan satu movie sementara menunggu Becky dan Noey.

"Lamanya dua ketul ni. Beli apa lama sangat." Ujar Nam yang sedikit tak berpuas hati. Dia melirik jam di dinding yang hampir menunjukkan jam 5 petang.

"Itu lah. Lama betul. Takkan sesat kut. Kedai tak jauh sangat kan." Sambung Freen dan dibalas anggukan oleh Irin.

"Kejap aku call Becky." Freen meengeluarkan telefonnya dari poket seluar lalu berjalan ke luar villa.

Baru saja menekan ingin menekan tombol panggilan, Freen melihat Noey dan Becky berjalan bersama seorang perempuan menuju ke arah villa.

"Siapa tu?" Batin Freen.

"Nam, Irin. Sini." Panggil Freen. Dengan cepat mereka berdua mendekati Freen.

Nam yang nelihat Becky dan Noey sedang asyik bersembang dengan perempuan, seketika mengetap giginya dan menjerit.

"Oii mangkuk. Ini kerja kau dua orang. Kami tunggu punya lama dekat sini. Kau sedap2 je bergelak sakan." Nam sedikit marah. Mana tidaknya, dia risau dengan sahabatnya yang keluar sangat lama. Macam2 yang difikirnya tadi. Rupanya mereka tengah jalan santai dengan seorang perempuan.

Becky dan Noey yang melihat Freen, Nam dan Irin menatap mereka tajam terus berlari ke arah mereka bertiga.

"Sorry. Tadi dia.." Baru saja Noey dan Becky nak jelaskan, Nam memotong.

"Sudahlah kau. Bawak masuk barang." Ucap Nam malas. Dia berpalig dan meninggalkan Noey dan Becky.

"Baby." Panggil Becky lembut kerana Freen menatap tajam ke arahnya.

"Masuk." Pendek dan kasar. Hanya itu jawapan Freen. Becky dan Noey pula menelan air liur dengan susah. Seakan2 mereka akan dicincang hidup2 kalau cakap lebih banyak. Akhirnya mereka hanya menurut.

Irin yang melihat hanya mampu berdiam. Kini suasana hati Nam dan Freen berada dalam keadaan yang tidak bagus. Jadi lebih baik dia diam.

Freen dan Becky sudahpun berada di dalam bilik mereka. Freen hanya fokus pada telefonnya dan tidak menghiraukan Becky. Kesemua panggilan Becky tidak ada satupun yang dia jawab.

"Baby. Sorry. Tadi masa dekat kedai, dia minta tolong. Dia cakap dia tak ingat jalan. Lepas tu time otw balik, Noey berhenti dekat kedai baju. Saya ikut je." Becky cuba menjelaskan apa yang berlaku tadi namun, Freen hanya diam.

"Baby. Janganlah macam ni. Saya tak sengaja. Saya salah. Okay. Saya minta maaf. Jangan diamkan saya." Becky menggenggam tangan Freen namun masih tidak ada sebarang suara dari Freen.

"Babyyy." Rengek Becky.

Freen bangun dari katil dan terus keluar dari bilik. Becky yang melihat hanya melepaskan keluhan berat.

"Huh. Kena lagi." Gumam Becky.

Dia dah tak tahu nak buat apa. Marah Freen boleh lanjut sampai 2 hari. Jadi yang dia boleh buat, hanya mencuba.

Setelah itu dia masuk ke bilik air dan membersihkan badannya. Memandangkan jam sudah menunjukkan jam 7 malam jadi dia akan bersiap2 untuk bbq malam.


TBC

Pendek sikit kali ni. Min nak settlekan hal min dulu. Minggu dpn min sambung. Maybe dah nak mula roller coaster kehidupan Beckfreen. Para readers nak gaduh2 manja ke macam mana. Komen yer apa yang korang nak.. Min cuba tunaikan.

Satu Rasa HatiWhere stories live. Discover now