Hampir 2 minggu Becky terlantar di katil hospital, kini dia sudahpun pulang ke rumahnya.
Kereta milik Neo baru sahaja masuk ke pintu utama rumahnya. Alex keluar dari tempat pemandu dan terus membuka pintu penumpang di mana Becky duduk.
Alex membantu Becky keluar dari kereta dan memapah Becky masuk ke dalam rumah.
"Kau nak masuk bilik ke macam mana?" Tanya Alex setelah mereka berdiri di muka pintu.
"Ruang tamu. Aku nak duduk situ dulu. Kejap lagi aku naik lepas makan." Mendengar jawapan Becky, Alex membawanya ke arah sofa dan mendudukkan Becky perlahan-lahan lalu pergi ke luar rumah.
"Baby, sini." Becky yang melihat Freen kembali dari dapur memanggilnya. Freen baru sahaja keluar dari dapur setelah meletakkan ubat-ubatan Becky di meja dapur.
"Kenapa tak nak naik? Boleh baring. Selesa sikit." Freen duduk di sebelah Becky.
Alex pula terus balik ke rumahnya. Memandangkan di rumah Becky sudah ada bibik dan pembantu yang lain. Mami dan daddy Freen sudah pulang ke kampung seminggu yang lalu.
"Saja. Bosan baring terus. Lagipun dah nak lunch. Kita makan dululah. Baru naik atas." Becky mengenggam tangan Freen.
Mereka terus berbual berdua. Neo sejak sampai ke rumah terus masuk ke biliknya. Jadi tinggallah mereka berdua di ruang tamu rumah itu. Seketika mereka menonton TV kemudian mereka kembali berbual kosong.
"Bec." Neo turun dari tingkat atas sambil membawa beg bajunya.
"Ayah, nak pergi mana. Beg baju bagai." Becky menatap ayahnya yang sudahpun bersiap kemas.
"Ayah minta maaf sangat2, tadi daddy Freen call. Dia bagitau nenek tak berapa sihat. Dah dua hari demam tak baik2. Jadi ayah nak balik kampung tengok nenek kamu macam mana. Lepas dah settle, ayah balik sini semula." -Neo
"Tak apa ayah. Ayah baliklah. Lagipun ada Freen. Nanti apa2 Becky minta tolong Alex. Apa2 pasal nenek, ayah bagitau Becky ya." Becky menyalami ayahnya setelah ayahnya mendekatinya.
"Ya lah. Jaga diri. Jaga makan. Jangan skip. Freen jaga budak bertuah ni. Ada apa2 call ayah." Ucap Neo kepada Freen dan Becky. Setelah itu, Neo terus memandu keretanya keluar dari perkarangan rumah mereka.
Sementara Freen dan Becky kini masing2 terdiam sekejap. "Hmm, tinggal kita berdua lah ni. Sunyi dah rumah ni." Keluh Becky perlahan.
"It's okay. Nanti awak dah sihat sikit lagi, kita balik kampung. For now, fokus sembuhkan bekas luka tu." Freen mengacak2 rambut Becky.
Namun, tiba2 Becky tersenyum menatap ke arah Freen. Freen yang melihat senyuman Becky berasa hairan.
"Kenapa?" Freen semakin tertanya2 apabila senyuman Becky semakin melebar.
"Memandangkan kita dah berdua kan, why not, kita ehem2." Becky mendekatkan badannya ke arah Freen. Tapi...
"Auu, Auu, sakit." Becky memegang tempat lukanya perlahan sambil mendudukkan badannya dengan betul.
Freen terkekeh perlahan. "Itulah. Gatal lagi. Tak sedar diri tu sakit. Tapi menggatal tak reti kawal." Freen menyelak baju Becky di bahagian perut untuk melihat kapas yang ditampal di perut Becky. Takut2 terjadi sesuatu. Tapi keadaannnya baik2 sahaja dan Freen terus menurunkan baju Becky.
"Sayang dah lama tahan tau." Becky mendekap tangannya di dada.
Melihat Becky seakan merajuk, Freen mendekat ke telinga Becky dan berbisik. "Malam ni kita main." Setelah berbisik, Freen menjilat sedikit leher Becky membuatkan Becky kembali tersenyum lebar lalu melihat ke arah Freen.
"Dah. Saya nak pergi tolong bibik berhidang. Awak tunggu sini." Freen meninggalkan Becky lalu terus ke dapur dan melihat2 apa yang perlu ditolong.
Sementara itu, Becky yang sedari tadi tersenyum beberapa kali melihat ke arah dapur kalau2 Freen keluar dari dapur. Becky menangkup kedua pipinya kerana tiba2 merasakan kebas di bahagian pipi kerana tersenyum terlampau lebar.
"Bec, kawal Bec. Stop senyum. Sakit2 pun gatal." Gumam Becky sambil menekan2 pipinya. Namun hanya seketika, kemudian dia kembali tersenyum bahagia.
Disebabkan dia tidak berhenti tersenyum, Becky mengeluarkan telefonnya dari poketnya lalu membuka email2 yang dihantar Irin. Terlihat beberapa email yang masih belum dibaca. Kini fikiran Becky seratus peratus pada kerjanya.
TBC
Lepas ni maybe banyak part hot. 2 minggu tahan kan. Kita bagi Becky lepaskan semua.
YOU ARE READING
Satu Rasa Hati
Hayran KurguKarya pertamaku, maaf jika kurang ekspektasi kalian. Becky seorang gadis introvert yang mula berjumpa dengan Freen yang mulanya bersahabat sehingga muncullah kasih sayang di antara mereka. Becky yang awalnya mempunyai rasa cinta dan sayang terhadap...