Part 38

316 30 0
                                    

Pada malam hari, mereka pun berkumpul di halaman belakang beramai2. Seperti yang dirancang, akan ada acara bbq malam ini. Noey dan Becky mereka terus menerus membakar ayam dan makanan2 lain. Mereka hanya berdua kerana Nam, Freen dan Irin mendiamkan mereka sejak hal petang tadi.

"Bec, Freen macam mana?" Noey menepuk bahu Becky sedikit sambil membalik2 ayam.

"Macam yang kau nampak. Dia senyap je dari tadi. Aku pujuk pun x jalan." Becky mengeluh sedikit.

"Aku nak tegur Nam pun takut." Sejak petang tadi, Noey cuba berbaik dengan Nam. Namun ketika dia memandang wajah Nam, seketika kakinya bergetar. Wajah Nam yang serious membuatkan dia lebih seram dari biasa.

Noey menyambung tugasnya. Kembali fokus membakar makanan2. Sementara itu, Becky hanya memandang Freen yang sedang bergelak tawa dengan Nam dan Irin. Mereka bertiga bersembang di tepi kolam membiarkan Noey dan Becky membakar makanan itu sendiri tanda protes.

"BEC." Tiba2 Noey menjerit sedikit tinggi membuatkan Becky yang menatap Freen terkejut dan mengurut dadanya.

"Kau dah kenapa gila. Jerit2. Nak bagi aku mati sebelum kahwin dengan Freen ke. Aku bakar kau nanti." Marah Becky lalu melemparkan pinggan ke arah Noey.

Noey menangkap pinggan itu sebelum mengenai wajahnya dengan sengihannya

"Sorry. Aku dapat idea tadi." Noey meletak pengepit yang dipegang di atas meja lalu berlari mendekati Becky.

"Apa kata kita minta tolong Irin." Noey merangkul bahu Becky.

"Dia nak tolong ke?" Becky seperti tertarik dengan cadangan Noey.

"Kita try dulu. Kalau tak, kita guna cara kita. Mesti settle semua." Becky hanya bersetuju dengan cadangan Noey. Macam mana pun, mereka perlu cuba. Kalau tidak, perkara ini akan berlarutan.

"Dah. Kau relax je. Nanti aku cakap dengan Irin." Noey kembali ke tempatnya lalu mengangkat kesemua makanan yang dibakar ke dalam pinggan lalu menghidangkan di atas meja diikuti Becky yang membawa beberapa botol sos di tangan.

"Girls. Jom makan. Dah siap." Jerit Noey. Mereka bertiga yang sedang asyik berbual menoleh ke arah Noey lalu mendekati Noey dan Becky dan mula memakan satu persatu. Mereka terus berbual mengendahkan kehadiran Noey dan Becky. Akhirnya, Noey dan Becky hanya fokus melahap makanan yang ada di atas meja.

"Irin, Nam. Jom masuk. Kau dua orang, kemas." Arah Freen. Setelah mereka selesai makan, Freen dan Nam masih lagi sama. Irin yang seperti berada di tengah2 hanya mampu menurut.

"What the. Woii." Noey sedikit menjerit.

"Sudah. Kita buat. Nanti lagi diorang marah. Kita kemas ja lah." Becky mengutip semua bekas2 makanan yang digunakan dan terus mengemas meja makan. Noey pula hanya pasrah.

Sementara itu di dalam villa, Freen, Nam dan Irin berada di bilik tingkat bawah kembali bersembang.

"Freen, kau betul ka nak biar dua orang tu buat semua. Kesian juga aku tengok tadi. Dari tadi buat kerja." Walaupun Nam sedari tadi memasang muka marahnya, namun dia sedikit kasihan dengan kedua sahabatnya itu yang tidak diendahkan.

"Betul tu Freen. Dari diorang membakar tadi, aku tengok resah semacam je. Tambah2 Becky. Dia tengok kau je dari awal." Sampuk Irin. Dia juga sedar dengan sikap Noey dan Becky yang cuba berbaik.

"Aku kesian juga. Tapi aku nak ajar si Becky tu sikit. Sedap dia je tengok perempuan lain." Freen bukannya tidak sedar yang sedari awal Becky cuba memujuknya. Namun kerana sedikit ego dan marah, dia layankan perasaannya.

"Tak apalah. Aku nak tidur dulu. Nanti apa2 kau dengan Nam contact aku." Irin keluar dari bilik itu dan terus melangkah ke arah tangga. Namun belum sempat dia menaiki tangga, dia ditarik oleh Noey.

"Aaaaaaa.. tol.." Jerit Irin

"Oii.. oii.. diam. Aku ni." Noey menekup mulut Irin kerana takut didengari Freen dan Nam.

"Hish. Kau dah kenapa. Aku ingat penculik tadi." Irin menolak tubuh Noey menjauh darinya. "Kau nak apa?"

"Amboii. Kasarnya. Tapi aku suka." Noey tersenyum

"Aku mengantuk ni. Kau nak apa?" Suara Irin sedikit melembut.

"Oh aku lupa. Tengok kau cantik sangat habis lupa tujuan asal." Irin memutar bola matanya malas mendengar godaan Noey.

"Aku nak minta tolong baikkan aku dan Becky dengan Freen dan Nam. Kau tengok sendiri kan dua orang tu tak layan aku dengan Becky. Lagi satu, kau tengok bos kau tu. Dah macam hilang bini. Tolong eh " Noey merayu pada Irin. Irin yang sememangnya sedari tadi memiliki rasa kasihan pada Noey dan Becky hanya bersetuju.

"Okey aku tolong. Tapi make sure kita balik esok. Kau tau Becky mengidolakan someone kan. Kita buat dekat situ." Setelah itu, Irin terus meninggalkan Noey dan naik ke tingkat atas.

"Terima kasih Irin cantik." Noey sangat happy kerana dia dapat menolong Becky. Mengenai Nam, dia tahu Nam seorang yang cepat sejuk. Nam akan baik dengan sendiri namun Freen, sedikit keras kepala. Jadi dia memerlukan rancangan yang terbaik untuk Becky dan Freen.



TBC

Satu Rasa HatiWhere stories live. Discover now