Part 7

450 24 0
                                    

"Eungh." Freen yang sudah mula terjaga melihat ke arah sekelilingnya, dan nampak bingung kerana setahunya dia tidur dalam kereta.

"Sejak bila pula aku ada dalam bilik. Aku mimpi lagi ke ni?" Ucap Freen di dalam hatinya sambil mengusap-usap matanya.

"Dah bangun tuan puteri?" Becky yang masih duduk di sofa dalam biliknya hanya melihat Freen dari tadi yang sedikit bingung.

"Eh boss. Sorry. Saya tak sengaja." Freen yang terkejut dengan kehadiran Freen, menggarukan kepalanya selepas di tegur oleh Becky.

"Tak sengaja eh tuan puteri. Berdengkur macam gajah kejut anak bangun tidur, tak sengaja eh. Penat sangat ke kerja? Banyak sangat kerja saya bagi?" Becky mula bangun dan terus keluar dari biliknya. Freen yang mendengar Becky menyamakannya dengan gajah hanya memayunkan bibirnya.

"Dasar boss hantu galah." Freen mengumpat dalam hati lalu terus menuju ke bilik air dan membasuh mukanya lalu mengikut Becky menuju ke ruang makan yang mana Nenek Becky dan Neo sudahpun menunggu kedatangan mereka.

"Duduk Freen. Malam ni, kamu tidur sini ya. Papa dengan mama kamu bagitahu, diorang tak sempat nak balik malam ni." Freen hanya mengangguk sambil melihat ke arah nenek Becky.

Selepas itu, mereka pun masing-masing hanya diam menjamu selera tanpa sepatah kata. Becky dan Freen pula, masih saling melempar pandang. Freen yang masih merasa kesal terhadap Becky kerana menyamakannya dengan gajah menjeling ketika matanya dan Becky bertemu.

Keesokan harinya, Freen yang sudah rindu dengan orang tuanya awal-awal pagi lagi sudah pulang ke rumahnya. Neo dan nenek Becky juga mengikuti Freen ke rumah orang tua Freen. Namun, Becky masih lagi berselimut di dalam biliknya kerana dia berjaga malam menghabiskan kerjanya sehingga jam 4 pagi.

Kini jam menunjukkan jam 9.10 pagi, Becky mula bangun dan terus menuju ke bilik air dan bersiap-siap untuk turun ke bawah untuk bersarapan. Namun, ketika dia turun, dia tidak melihat sesiapa pun di dalam rumah melainkan orang gajinya yang masih setia mengemas rumah.

"Bik, mana ayah dengan nenek? Freen pun pergi mana. Saya tak nampak sesiapapun dalam rumah." Tanya Becky setelah duduk di meja makan.

"Tuan dengan Nenek pergi kerumah Freen. Papa dan mamanya sudah balik. Jadi mereka tolong hantar Freen sambil-sambil menjenguk papa Frren."

"Okey. Tak apa. Kamu kemaslah. Saya nak pergi sana." Becky mengambil sekeping roti lalu terus keluar menuju ke rumah Freen.

Setibanya di rumah Freen, Becky melihat Freen sedang menyiram tanaman-tanaman di sekitar rumahnya. Lalu muncullah idea jahil Becky untuk mengganggu Freen. Becky mendekati Freen dengan perlahan lalu terus menarik rambut Freen sehingga kepala Freen tersentak ke belakang. Lalu Becky pun berlari menjauhi Freen lalu tersenyum miring. Lalu masuk ke dalam rumah Freen.

Freen yang melihat Becky menjahilinya hanya menatap tajam. Lalu dia pun mengikuti Becky masuk ke dalam rumah. Begitu sampai di depan pintu rumah dia melihat Becky dengan marah.

"Freen, kenapa muka kamu macam tu?" Tanya nenek Becky yang melihat Freen datang dalam keadaan marah.

"Becky tu nek. Dia tarik rambut Freen. Freen tak kacau dia pun." Adu Freen kepada nenek Becky lalu nenek Becky melihat ke arah cucunya.

"Becky, kenapa kamu buat macam tu. Tak kesian ke dekat dia."

"Alah nek. Becky gurau je. Tak kan tak boleh. Kan uncle, aunty." Becky melihat ke arah mama dan papa Freen yang hanya tersenyum ke arah Becky.

Freen terus menghentakkan kakinya lalu menuju ke arah kolam renang di ruang tengah rumah tersebut. Becky yang melihat Freen kesal, terus mengikuti Freen dan melihat Freen yang hanya merenung ke depan sambil merendamkan kakinya di dalam kolam.

"Sorry." Hanya itu yang keluar dari mulut Becky.

"It's okay. Boss buat apa dekat sini. Pergilah sembang dengan diorang." Becky duduk di sebelah Freen melihat ke depan.

"Tak apalah. Diorang ada hal nak sembang. Saya teman awak je." Balas Becky.

"Saya nak tanya sikit boleh?" Sambung Becky seraya menatap ke arah Freen.

"Tanyalah."

"Saya nak kawan dengan awak boleh?" Tanya Becky lalu kembali menghadap ke depan. Freen yang mendengar soalan Becky terus melihat ke arah Becky dengan dahi berkerut.

"Saya tak banyak kawan. So, memandangkan Ayah saya dan papa awak bersahabat, tak salahkan kita berkawan. Walaupun dulu maybe kita berkawan. Tapi rasanya itu dah lama. Dan saya pun dah tak ingat. So, boleh saya jadi kawan awak?"

Freen hanya tersenyum dan menganggukkan kepalanya tanda setuju. "Tapi, awak kena janji, jangan buat macam tu lagi. Saya tak suka."

"Baik boss." Jawab Becky lalu mendabik tangannya di kepala tanda memahami permintaan Freen. Lalu mereka berdua tertawa bersama-sama. Mereka terus bertukar cerita sampailah petang, barulah Becky pulang ke rumahnya. Neo dan nenek Becky sudah lama pulang sejak tengah hari tadi. Namun, melihat Becky yang betah bersembang dengan Freen, jadi mereka hanya membiarkan saja.

Satu Rasa HatiWhere stories live. Discover now