Part 9

416 21 6
                                    

"Tapi ada satu yang tak okay.."

"Apa?" Freen berpusing menghadap Becky yang masih belum sambung perkataannya.

Becky yang berasa Freen menatapnya turut memusingkan badannya dan merenung mata Freen.. Lalu dia tersenyum tipis.

"Jom balik. Dah nak malam ni. Nanti kita kesejukan." Balas Becky lalu terus meninggalkan Freen yang sudahpun memayunkan bibirnya. Kemudian, Freen pun berlari kecil mengejar Becky yang sudah jauh di hadapan..

"It's not fair Bec. Tak baik buat orang tertanya-tanya."

"I'm not telling you to ask." Jawab Becky selamba

"Annoying becky. Ish" Batin Freen.

Setelah 40 minit memandu, merekapun tiba di rumah Becky dan Freen terus menuju ke atas. Becky pula kembali ke bilik kerjanya sehingga lewat malam.

Setelah hampir satu jam becky berperang dengan kerjanya, dia terus menuju ke biliknya di tingkat atas. Setibanya di biliknya, Becky terkejut dengan kehadiran Freen yang tidur di biliknya.

"Mengantuk sangat agaknya sampai salah masuk bilik." Becky hanya membiarkan Freen tidur di katilnya lalu menuju ke bilik air untuk mencuci mukanya. Setelah selesai urusan di bilik airnya, Becky duduk di penjuru katilnya lalu melihat Freen sekilas lalu tersenyum tipis. Disebabkan terlalu mengantuk, Becky meregangkan lehernya lalu terus baring di sebelah Freen.

Jam 3 pagi, Becky terjaga dari tidurnya. Becky sememangnya sering terjaga malam. Becky yang terjaga hanya merenung atap rumahnya tanpa bergerak. Setelah 15 minit merenung, Becky melihat ke sisinya memastikan Freen sedang tertidur ataupun tidak. Dirinya ingin memeluk tubuh wanita di sebelahnya. Namun, diurungkan niatnya memandangkan dia dan Freen tidaklah sedekat itu untuk memberinya green light untuk memeluk Freen. Becky terus memejamkan matanya kembali untuk menyambung lenanya.

Baru sahaja dia memejamkan matanya,dia dikejutkan dengan benda lembut yang mendarat di pipinya.

Becky yang masih memejamkan matanya berfikir sama ada dia tengah bermimpi atau tidak. "Freen cium aku? Aku mimpi ke?"..

Namun merasakan gerakan di sisinya, dia memberanikan diri membuka matanya dan melihat ke arah Freen yang kembali melelapkan matanya dan membelakangi Becky.

Becky yang masih tidak percaya hanya mengedipkan matanya. Keberaniannya seakan berkumpul sekelip mata, lalu Becky terus memeluk Freen dengan senyum di bibirnya dan meneruskan tidurnya.

Kedua2nya tidur dengan lena tanpa sebarang pergerakan sehinggalah pagi.

Matahari yang sudahpun terpacak di langit biru, membuatkan Becky mengerjapkan matanya dan terus bangun ke arah bilik air di biliknya. Becky bersiap2 lebih awal lalu terus turun ke bawah untuk membaca laporannya memandangkan beberapa hari meninggalkan pejabatnya, dia terpaksa bekerja lebih masa hari ini.

"Bec, nak makan sekarang ke?" Pembantu rumah Becky yang dikenali sebagai bi mi mendekati Becky yang sedang duduk di ruang tamu.

" Tak apa bi. Saya tunggu Freen bangun. Kejap lagi dia turun saya makan."

Bi mi menganggukkan kepalanya lalu terus ke dapur menjalankan tugasnya di rumah itu.

Freen yang masih tertidur di dalam bilik Becky mula membukakan matanya dan meregangkan badannya dan melihat ke tempat tidur Becky dan tidak melihat Becky.

"Dia dah bangun?" Freen melihat sekeliling bilik dan tidak melihat tanda-tanda becky lalu dia terus membersihkan bilik Becky sebelum turun ke bawah.

TBC

Satu Rasa HatiWhere stories live. Discover now