Setelah pulang dari mall, Becky dan Freen merebahkan diri mereka di atas katil dan saling bercerita.
"Beck, are you happy? Bila saya ada dengan awak."
Becky melihat ke arah Freen dan tersenyum sedikit.
"Come. Tidur atas lengan saya." Dengan cepat, Freen menurut dan meletakkan kepalanya di atas lengan Freen sambil tangan kirinya memeluk pinggang Becky.
"Sejujurnya, sebelum ni saya rasa lonely. Tapi sejak saya ada awak. Sejak kita selalu buat apa2 bersama, saya rasa happy. Awak dah warnakan hidup saya. Kalau sebelum ni, saya buat semua sendiri, tapi sekarang saya dah ada peneman. So, jawapannya saya happy."
Mendengar jawapan Becky, Freen mengangkat kepalanya dan tersenyum kepada Becky lalu mencium pipi Becky. Namun ciuman kali ini berbeza. Entah sengaja ataupun tidak, ciuman Freen menyentuh sudut bibir Becky yang membuatkan hati Becky seketika berdetak sangat laju.
"Saya pun happy juga. Thanks selalu buat apa saya minta. Nanti kita jalan2 lagi. Saya nak pergi taman dekat hujung sana. Ada orang cakap, waktu malam, lampu dekat sana cantik2. Boleh kan." Freen masih menatap wajah Becky.
"Baiklah. Saya ikut saja. Hujung minggu kita pergi. Tapi untuk esok, still fokus untuk meeting dengan client. Okay?"
Freen mengganggukkan kepalanya sambil tersenyum lagi dan kembali mencium pipi Becky di tempat yang hampir sama seperti tadi.
Becky yang merasa tertantang hanya mampu menahan hasratnya dari mencium bibir lembut Freen.
Setelah bersembang sehingga jam 1 pagi, kini mereka pun telah tidur lena dengan posisi yang masih sama di mana Freen yang tidur di lengan Becky dan memeluknya dengan erat.
Keesokkan harinya, Becky dan Freen sudahpun sampai di tempat yang dijanjikan untuk melakukan meeting bersama client mereka.
"Becky, maaf saya lambat. Tadi jalan sedikit sesak." Client Becky kini sudahpun sampai di tempat tersebut dan terus menyalami Becky.
"It's okay Tuan Ray. Saya faham. Oh kenalkan, ini Freen PA saya yang baru." Becky kembali duduk dan mengenalkan Freen. Freen pula hanya melemparkan senyumnya lalu menundukkan kepalanya sedikit tanda hormat.
"Oh, mana Irin. Dia dah berhenti ke? Hari tu kalau tak silap, Irin PA you."
"Irin still ada, tapi saya minta dia urus restaurant. So i need new PA for our project."
"Oh tak apa. Asalkan PA you boleh buat kerja, it's okay. Cantik eh PA you."
(Gatal pula orang tua ni. Dari tadi tengok Freen pastu nak puji2. Aku rendam kepala dalam lubang tandas baru tau)
Tanpa mengendahkan perkataan Tuan Ray, Becky menukar topik perbahasan mereka. "Oh ya Tuan Ray, untuk next projek, Tuan setuju ke?"
Becky yang sudahpun memanas hanya mampu bersabar kerana sejak perbincangan mereka, clientnya sering kali melempar pandangan untuk melihat Freen. Walaupun Freen hanya fokus menulis point2 penting dari pertemuan tersebut. Tapi Tuan Ray terus menerus melihat ke arah Freen. Sehinggalah perbincangan mereka selesai dan Tuan Ray juga telah beredar, Becky menghembuskan nafasnya kasar.
Freen yang berada di sebelahnya memautkan kedua keningnya.
"Kenapa?" Hanya itu yang mampu Freen tanya.
"Awak tak perasan ke? Si tua tu usya awak dari tadi. Sampai nak terkeluar biji mata dia."
"Oh ada eh. Tak perasan pun. Saya buat kerja boss." Balas Freen dengan gelak di hujung ayatnya.
"Kalau ikutkan hati, nak ja rendam kepala dia. Pastu bakar rambut dia bagi botak berkilat.. Baru haluss."
"Awak ni, orang tu tengok ja pun. Janganlah serious sangat. Saya cantik sangatlah tu." Freen menyombongkan dirinya sambil mengemas file2 yang berselerak di atas meja.
"Tak payah nak bangga sangat. Bagus sangatlah tu bagi orang usya awak lama2." Ucap Becky dengan telinga yang sedikit memerah. Kepalanya sudah berasap mengalahkan ekzos kereta.
"Okey2 jangan marah. Saya gurau je lah. Saya minta maaf okey." Freen mengusap tangan Becky sambil tersenyum.
"So, boss nak balik office or balik rumah?"
"Kita balik. Saya malas nak masuk. Nanti bagitau Irin awak ikut saya." Becky bangun dari duduknya meninggalkan Freen yang tersenyum dengan sikap Becky.
Freen pun dengan cepat mengikuti langkah Becky yang sudah menjauh.
Rumah Becky
Becky menghempaskan badannya di atas sofa miliknya. Menyalakam TV, lalu meletakkan tangannya menutup matanya sambil berbaring.
"Kalau ya pun, bukalah stokin dan blazer tu. Panas." Freen mendekati Becky lalu menolong Becky melepaskan stokinnya. Melihat Becky tidak ada tanda2 mahu bangun. Lalu dia bergerak menuju ke arah blazer Becky untuk membuka bajunya itu. Namun tidak sempat ia membuka butang blazer Becky, Becky menarik tangan Freen dengan kuat. Alhasilnya, Freen jatuh ke atas tubuh Becky. Freen sempat ingin bangun namun ditahan oleh Becky.
"Just stay for a while. Saya nak release tension saya. Kejap ja." Becky makin mengeratkan pelukannya dan Freen hanya menepuk2 lengan Becky.
"Penat sangat?" Soal Freen sambil meletakkan kepalanya di dada Becky.
"Hmm." Mendengar balasan Becky, Freen hanya diam di atas tubuh Becky. Namun tak dapat dielakkan bahawa jantungnya semakin laju. Sedekat ini dengan Becky membuatkan dia tidak dapat mengawal detak jantungnya. Tambahan pula mendengar ungkapan Becky selanjutnya.
"You smell good. I like it."
Pipi Freen kini lebih merah dari lampu traffic 🚦.. Freen hanya berdiam diri. Walaupun badannya sempat menegang. Namun dia cuba meneutralkan dirinya kembali.
Namun, pada akhirnya, mereka terlelap di atas sofa begitu sahaja. Tanpa menghiraukan suara TV yang kuat. Bibi yang baru sahaja muncul di ruang tamu untuk menanyakan makan malam, mengurungkan niatnya apabila melihat kedua2 orang tersebut, sudah dibuai mimpi. Tanpa ada niat mengejut, bibi kembali ke dapur untuk menyiapkan makan malam yang senpat tertunda.
TBC
YOU ARE READING
Satu Rasa Hati
FanfictionKarya pertamaku, maaf jika kurang ekspektasi kalian. Becky seorang gadis introvert yang mula berjumpa dengan Freen yang mulanya bersahabat sehingga muncullah kasih sayang di antara mereka. Becky yang awalnya mempunyai rasa cinta dan sayang terhadap...