Pantai
Becky, Freen, Nam, Noey dan Irin kini berada di pantai seperti yang mereka rancang. Mereka mengambil cuti selama 4 hari untuk bercuti kali ini.
"Wahh. Pantai. Lamanya tak datang sini." Jerit Nam lalu berlari menuju ke bibir pantai dan menarik tangan Freen dan Irin.
Becky dan Noey hanya memandang mereka bertiga yang mula membuka alas kaki mereka dan bermain dengan air pantai.
"Noey, aku uruskan bilik kejap. Kau tunggu diorang ya." Ucap Becky.
"Hmm. Pergilah. Aku pun nak rehat kejap. Penat drive tadi. Nanti apa2 kau call aku." Noey melangkah ke kerusi pantai yang disediakan dan merebahkan badannya.
Sementara itu Becky dia menguruskan semua urusan check-in. Dari receptionis dia boleh nampak Freen, Nam dan Irin yang masih betah berlari2 di tepi pantai. Walaupun matahari terpacak di atas kepala mereka, mereka seperti tidak peduli dengan itu.
Setelah selesai, dia mendekati Noey lalu duduk di kerusi sebelah Noey.
"Dah settle?" Tanya Noey yang baru saja bangun dari baringnya.
"Dah. Jomlah kita masuk bilik. Rehat2 dulu. Petang nanti keluar balik. Panas ni." Balas Becky sambil mengibas bajunya sambil menatap ke atas.
"Nam, Freen, Irin. Jom masuk dulu. Rehat. Petang nanti datang balik." Noey memanggil mereka dengan suara yang dikuatkan sedikit.
Mereka bertiga yang merasa dipanggil mendekat ke arah Becky dan Noey.
"Dah check-in?" Serentak soalan itu keluar dari mulut Freen dan Nam.
"Dah. Jomlah rehat dulu. Panas ni kalau nak duduk sini." Becky dan Noey pun bangun setelah mendapat anggukan dari mereka bertiga.
Setelah itu mereka menghampiri kereta mereka dan mengambil segala barang yang dibawa.
"Nam. Kau booking villa?" Soal Becky kerana ketika dia check-in, petugas itu hanya memberikan satu kunci sahaja dan memberitahunya kedudukan villa yang berada berdekatan pantai.
"Haah. Kita berlima. Jadi baik duduk villa. Mudah sikit. Boleh lepak lama2." Becky hanya menganggukkan kepalanya.
Kini mereka masing2 sudahpun masuk ke dalam villa yang cukup megah bak istaan kecil.
"Cantiknya." Ucap Irin yang menatap kagum sekeliling villa tersebut.
"Cantik kan. Apa kata awak tidur dengan saya. Saya single." Noey mendekati Irin yang masih mengagumi kecantikan villa.
"Tak ada maknanya. Irin tidur dengan aku. Kau tu bukan boleh percaya sangat. Yang ada benda lain yang jadi." Ucap Nam lalu menarik tangan Irin menuju bilik yang berada di lantai bawah.
"Nam. Mana adil. Aku ajak dulu." Noey pun mengejar Nam yang semakin jauh meninggalkan mereka dan masuk ke bilik bawah.
"Macam2 budak dua orang ni. Biarlah diorang. Jom pergi bilik kita. Rehat. Petang ni nak main pantai kan." Becky menatap Freen yang berdiri di sebelahnya.
"Nak nak. Petang ni awak teman saya eh." Jawab Freen dengan reaksi gembira. Freen sememangnya suka dengan suasana pantai. Baginya pantai adalah satu tempat yang menyenangkan.
"Ya lah baby. Saya teman. Jom." Becky menggenggam tangan Freen lalu membawanya ke tingkat atas. Memandangkan di bawah hanya ada satu pintu bilik, jadi dia terus naik ke tingkat atas untuk mencari bilik kosong.
Setelah jumpa, mereka pun berehat bersama2. Namun, Nam dan Noey masih saja beradu mulut. Berebut untuk tidur bersama Irin. Akhirnya, Irin hanya membiarkan mereka bergaduh dan mencari bilik lain untuk dia berehat. Bagasinya, dia hanya tinggalkan di bilik bawah. Dia akan mengambilnya malam ini.
Kini petang pun tiba, Becky dan Freen sudahpun siap berpakaian untuk ke pantai seperti yang dijanjikan. Mereka turun ke bawah bersama2 lalu melihat Irin yang duduk di sofa ruang tamu dengan pakaiannya yang tadi.
"Irin, awak tak nak ke pantai?" Soal Becky lalu duduk di sebelah sofa Irin.
"Haah Irin. Tadi kata nak main lagi. Ni dah petang ni. Jomlah." - Freen.
"Macam mana saya nak bersiap. Kau dengan bos tak dengar ke tu. Dia orang tu tak habis lagi." Irin menunjuk ke arah bilik bawah yang kedengaran bising.
"Kenapa tu? Apa jadi?" Soal Freen yang tertanya2 kerana mendengar suara Nam dan Noey berdebat.
"Berebut nak tidur dengan aku. Dari kita sampai tadi, sehingga sekarang, tak berhenti lagi." Jawab Irin lalu menyilangkan tangannya di dada.
"Jap saya pergi tengok dua orang tu." Becky terus melangkah ke bilik bawah.
"Tak ada. Kau kalau tidur dengan perempuan cantik, mesti ada something. Jangan harap aku nak bagi." Suara Nam sedikit kuat. Terdengar di pendengaran Becky yang semakin mendekat.
"Apa pula. Aku tak buat macam tu pun. Selama ni mana ada aku buat macam tu. Orang kejar aku ada lah." Balas Noey yang masih tidak berpuas hati.
"Aku cakap aku nak tidur dengan Irin. Kau tidur atas. Jangan sibuk." Nam duduk di samping katil setelah meletakkan bagasinya di atas katil.
"Bagilah aku. Aku minta kali ni je. Please." Noey memohon dengan kedua tangannya dikatup.
"T.A.K. B.O.L.E.H. wlekk." Nam menjelirkan lidahnya pada Noey.
"Hei2. Apa ni. Bising2 sampai ruang tamu dengar." Becky berdiri di muka pintu bilik.
"Bec, tolong aku. Nam tak bagi aku tidur dengan Irin." Adu Noey. Dia tak terima apabila dia tidak diperbolehkan untuk tidur bersama Irin.
"Pasal tidur pun korang bising dari kita sampai tadi? Sekarang ni, Irin tidur atas. Kau dan Nam, tidur sekali. Senang. Sekarang siap. Kita pergi pantai. Kesian Irin nak tukar baju pun tak boleh sebab korang bertekak." Akhirnya Becky yang membuat keputusan. Kalau dibiarkan, perdebatan mereka tak akan berhenti.
"Jangan bantah. Siap." Ucap Becky ketika dia melihat Noey dan Nam mahu membuka mulut mereka. Mahu atau tidak, mereka hanya menurut.
Setelah mereka menukar pakaian, mereka semua terus pergi ke tepi pantai bersama2. Freen, Becky, Nam dan Irin bermain bersama2. Namun Noey hanya duduk di kerusi dengan muka yang masam.
Ketika rancak bermain, Irin melihat Noey yang duduk keseorangan. Lalu dia pun mendekati Noey dan duduk di sebelah Noey.
"Kenapa tak join?" Soal Irin yang sedikit menyapu kakinya yang berpasir.
Tapi Noey hanya berdiam diri tidak membalas pertanyaan Irin.
"Ni kes tadi ke? Sampai tak nak cakap dengan saya." Suara Irin melembut. Cuba menarik perhatian Noey.
"Tak puas hati dengan minah ketot tu. Suka sailang saya." Noey menjawab dengan malas sambil menatap Becky dan yang lain.
Irin sedikit ketawa mendengar nada Noey yang seperti merajuk.
"Sudahlah. Dia kawan awak. Tak elok macam tu. Jom main." Irin bangun lalu mengambil tangan Noey.
"Tak apa. Awak pergilah. Tak ada mood." Ucap Noey. Namun tidak diendahkan Irin. Dia tetap menarik tangan Noey dan menuju ke arah Becky, Freen dan Nam.
Kini mereka berlima ketawa sambil bermain bersama2. Kadang2 mereka memercikkan air di antara satu sama lain. Ada ketika Noey menjahili Becky dengan menolaknya sampai terjatuh ke dalam air membuatkan Becky mengejar Noey dan membalasnya. Ada ketika Noey dan Becky menjahili Freen, Nam dan Irin dengan menolak mereka ke dalam air. Akhirnya membuatkan kesemuanya mandi bersama dan tertawa sehinggalah senja menjelma.
TBC
YOU ARE READING
Satu Rasa Hati
FanfictionKarya pertamaku, maaf jika kurang ekspektasi kalian. Becky seorang gadis introvert yang mula berjumpa dengan Freen yang mulanya bersahabat sehingga muncullah kasih sayang di antara mereka. Becky yang awalnya mempunyai rasa cinta dan sayang terhadap...