Part 26

875 50 3
                                        

Tok tok tok..

Tok tok tok..

"Becky. Bangunnnn. Tolong aunty." Pintu diketuk dari luar cukup deras. Sampai ie dapur ketukan pintu terdengar. Bibik yang sedari tadi memasak tertanya2 mengapa mami Freen mengetuk pintu dengan kuat dan menjerit.

Becky yang masih tertidur terbangun  dek terkejut dengan ketukan di pintu.

"Bec. Buka pintu ni. Cepatlah." Suara mami Freen masih terdengar nyaring.

Becky yang mendengar terus memakai baju yang berselerak di atas lantai kerana aktiviti panas dia bersama Freen semalam.

"Ya aunty. Becky datang." Becky membuka pintu biliknya seluas2nya.

"Kenapa aunty?" Becky melihat raut wajah mami Freen yang seperti ketakutan.

"Aunty okay tak." Soal Becky.

"Freen. Dia tak ada dalam bilik. Aunty nak kejut dia. Dia tak ada." Ujar mami Freen dengan gelabah.

"Lah. Freen ke. Ingat ke apa." Batin Becky.

"Sorry aunty, Freen dia dalam bilik air Becky. Semalam dia tidur dalam ni. Dia tolong Becky sbb kena ketuk semalam tu." Balas Becky. "Sorry aunty terpaksa menipu." Batin Becky.

"Lah. Kenapa tak bagitau. Penat ja aunty risau. Buka pintu bilik dia, dia tak ada. Cari dekat bawah pun tak ada. Dalam bilik kamu rupanya." Mami freen mengurut dadanya lega.

"Bec, kenapa?" Freen yang baru sahaja selesai membersihkan badannya keluar dari bilik air dengan memakai bathrobe.

"Ni mami awak cari. Dia kata cari dalam bilik tak jumpa. Risaulah dia "

Freen mendekati pintu bilik Becky dan melihat maminya bercekak pinggang.

"Kenapa tak bagitau nak tidur bilik ni. Buat orang risau je." Mami Freen menampar manja tangan Freen.

"Hehehe. Sorrylah mami. Lupa. Lagipun semalam teman si Becky ni ha."

"Oklah. Saya mandi kejap. Nanti kita sarapan sama2." Becky melangkah menuju ke bilik airnya sementara Freen dia kembali ke bilik sebelah untuk memakai baju memandangkan beberapa bajunya yang dia bawa beberapa hari lepas masih ada di dalam bilik tersebut.

Mami Freen pula sedang membantu bibik menghidang makanan di atas meja sambilw menunggu Becky dan Freen untuk sarapan bersama.

MEJA MAKAN

Kini Becky, Freen dan mami Freen bersarapan bersama2. Mereka bersarapan bersama bibik, tetapi memandangkan bibik mempunyai tugas lain, dia sudahpun beredar lebih awal ke belakang.

"Ekhem. Mami ada soalan nak tanya." Ujar Mami Freen sambil memasukkan makanan ke mulutnya.

"Nak tanya apa mami." Freen menatap maminya dengan tanda tanya.

"Semalam mami rasa mami pukul Becky je. Tapi tu pun dengan benda lembut. Tapi tak taulah dia kena something ke tak. So tak ada masalah. Cuma kamu ni, mami rasa semalam tak ada masalah kenapa kamu kena macam Becky kena." Freen yang mendengar soalan maminya menyatukan keningnya. Begitu juga Becky. Kini keduanya memandang mami Freen.

"Mami cakap apa ni. Kenapa berbelit." Soal Freen.

"Okay2 mami straight to the point ya. Kenapa leher kamu merah. Kena apa2 ke semalam?" Soal mami Freen selamba sambil menikmati sarapannya.

Zap!!

Mata Becky dan Freen terbeliak. Mereka yang tadinya memandang mami Freen kini beralih memandang sesama sendiri. Kemudian Becky melihat leher Freen yang keungguan akibat olahnya lalu memberi isyarat kepada Freen dengan matanya.

"Alamak. Aku lupa." Freen memegang lehernya. Kini kedua2nya tegang.

"Err..leher ni. Emm. Macam mana nak cakap eh. Emm. Mami, ni err...."

"Gagap? Kalau gagap selalunya buat salah." Ucap mami Freen selamba lalu menatap anaknya.

"Bukanlah. Alaa. Mamiiii." Rengek Freen.

"Becky?" Panggil mami Freen.

"Ya. Saya?" Becky menunjuk dirinya apabila dipanggil mami Freen.

Mami Freen meletakkan sudu yang digunanya di samping pinggan. "Ada orang lain nama Becky ke dalam rumah ni?" Soal Mami Freen sambil melihat sekeliling.

"Tak. Tak ada. Em. Saya yang buat aunty."  Straight to the point. Tak ada lagi basa basi.

"Bec." Bisik Freen memanggil Becky.

"Oh. Sejak bila?" Mami Freen menatap Becky dalam.

"Sejak Freen duduk dengan saya." Becky seperti tiada rasa takut. Setiap soalan dijawab tanpa tersekat. Namun apa yang cukup dibanggakan, pandangannya tidak teralih walaupun sedikit ketika menjawab pertanyaan mami Freen.

"Serious ke seronok2?"

"Mami stop. Sini je eh. Jangan tanya dah." Freen mencelah.

"Shut up baby girl. Makan. Mami n Becky je sekarang ni." Tidak ada nada marah pada suara mami Freen. Namun tegas. Freen pula hanya menurut suruhan maminya.

"Kalau aunty tanya saya, saya serious. Tapi tak tahu dengan Freen. Tapi apa yang saya tahu, dari first saya nampak dia, saya rapat dengan dia, ada rasa tanggungjawab dalam diri saya. Saya nak yang terbaik untuk dia. Saya nak dia rasa dia dilayan seperti princess. Apa dia nak saya akan tunaikan. Even dia tak ada rasa apa2 dekat saya sekalipun, saya tetap akan jaga dan bahagiakan dia. Sebab sekali saya dah sayang, saya tak akan patah balik. So, yah I'm serious" Dengan yakin Becky menjawab pertanyaan mami Freen.

Freen yang tadinya fokus dengan makanan kini menatap Becky dengan senyuman.

"Good. Nanti kita bagitau uncle dan ayah kamu. Sekarang makan." Freen melongo mendengar perkataan maminya.

"Bukan tadi serious ke orang tua
ni. Dah okay pula." Freen menatap maminya pula

"Kenapa tengok mami macam tu?" Sedar yang Freen menatapnya, mami Freen membalas tatapan anaknya.

"Mami okay ke?"

"Okay je. Mami tanya je. Bukan nak marah. Kenapa gelabah?" Mami freen tersenyum sedikit.

"Sikitlah. Ingat nak marah tadi." Balas Freen.

"Taklah. Saja nak tau. Tapi Becky. Jangan tiap2 hari. Kurus anak aunty nanti. Tiap2 hari dikerjakan. Hancur tinggal sekeping" Ucap mami Freen selamba.

"Mamiiiiii." Jerit Freen sedikit. Kini muka dan telinganya sudah merah kerana usikan maminya.

Becky yang mendengar hanya mampu tersenyum. Sekurang2nya mami Freen tidak mempermasalahkan dirinya bersama dengan Freen. Kegelisahan di hatinya kini berkurang sedikit apabila mendapat restu dari mami Freen.

Setelah selesai sahaja bersarapan, Freen dan Becky berangkat bersama2 menuju ke pejabat.



TBC

Satu Rasa HatiTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang