Freen kini berada di dapur. Dia sudahpun terbangun dari jam 6 pagi. Freen sampai di rumah sangat lambat. Alhasilnya, ketika dia tiba di rumah, Becky sudahpun tertidur. Irin dan Nam mengajaknya untuk menonton movie di mall dan berakhir hampir jam 12 tengah malam.
Freen kini sedang menyiapkan sarapan untuk Becky. Setelah hampir selesai menyiapkan sarapan tersebut, Freen naik ke tingkat atas untuk mengejut Becky. Namun ketika sampai di biliknya, Freen melihat Becky yang sedang membetulkan kemejanya di hadapan cermin.
"Sayang. Morning." Freen memeluk Becky dari belakang lalu mencium bahunya.
"Hmm"
"Sayang. Awak marah saya pasal semalam ke?" Freen menatap mata Becky dari cermin.
"Macam best sangat keluar. Sampai2 balik lambat. Dah lupa siapa yang tunggu kat rumah ke?" Becky menatap Freen datar.
"Bukan macam tu. Nam dengan Irin tu. Diorang ajak baby tengok movie." Freen cuba membela diri namun tidak diendah oleh Becky.
"Sayang. Please. Baby minta maaf." Freen membuat muka comelnya cuba untuk merayu Becky.
"Ha, sayang baby nak cerita. Semalam kan. Ada someone yang datang dekat kami tiga orang. Dia cakap papa kenal dia." Ucap Freen.
"Someone? Lelaki?" Becky berbalik arah menatap wajah Freen.
"Haah. Nama dia baby tak ingat."
"Lelaki tu ke? If betul, macam mana aku nak settle benda ni?" Batin Becky. Fikiran Becky kini lebih fokus pada hal lain.
"Sayang. Jom makan."
"Ha? Apa baby."
"Makan sayang. Baby dah siapkan breakfast. Kejap lagi nak pergi office kan." Ucap Freen sambil membenarkan kemeja Becky.
"Oh ya. Jom." Tiba2 Becky yang hendak marah pada Freen, terus hilang begitu sahaja setelah mendengar apa yang dikatakan Freen.
Setelah selesai bersarapan, mereka berdua menuju ke pejabat bersama2.
Tok, tok, tok
"Masuk" ucap Becky.
Pintu bilik dibuka dan Alex pun masuk ke ruangan Becky
"Kau ikut Freen semalam?" Soal Becky sambil menyandarkan badannya pada kerusi.
"Yes bos. Semalam saya ikut. Cuma sebelum cik Freen dan kawan2 dia tengok movie, mereka masuk di salah satu cafe, dan waktu tu, saya nampak lelaki yang bos suruh saya siasat tu. Nama dia Ray. Ray dan cik Freen pernah kenal semasa diorang kecil. Boleh dikatakan satu sekolah. Tapi cik Freen tak pernah kenal dia. Ray sebatang kara. Tapi apa yang saya tahu, dia kejar cik Freen semula sejak dia jumpa balik di kolej." Terang Alex panjang lebar.
"Okay. Terus jaga Freen. Aku cuba buat apa yang boleh. Sementara tu, terus inform aku. Mulai sekarang, aku nak 24/7 kau jaga Freen. Aku bagi izin kau tidur rumah aku."
"Baik bos."
"Bos. Tak nak belanja makan ke? Dah lama tak dapat makan free ni. Sekali sekala. Saya tengah pokai ni. Kalau bos belanja, bolehlah saya makan sedap sikit."
Becky yang mendengar permintaan Alex hanya memutarkan matanya. Malas untuk melayan Alex.
"Kau keluar." Alex hanya tersengih dihalau Becky.
"Kau pergi bagitahu Freen dengan Irin, kita makan dekat cafe pukul 12." Becky menyambung kerjanya sementara Alex hanya menundukkan kepalanya sambil tersenyum lalu keluar dari bilik Becky.
"Ray. See you soon bro." Becky tersenyum sinis.
TBC
Pendek dulu. Nanti min sambung lagi.. See you readers.
YOU ARE READING
Satu Rasa Hati
FanfictionKarya pertamaku, maaf jika kurang ekspektasi kalian. Becky seorang gadis introvert yang mula berjumpa dengan Freen yang mulanya bersahabat sehingga muncullah kasih sayang di antara mereka. Becky yang awalnya mempunyai rasa cinta dan sayang terhadap...