Sambungan part sebelum..
Sampai sahaja di rumah, Freen terus menuju ke dapur.
"Dah kenapa perempuan ni. Masuk2 pergi dapur. Lapar lagi ke?" Becky yang melihat Freen menuju ke arah dapur hanya mampu hairan dengan tingkah Freen. Sedari tadi, Freen hanya senyap tanpa sepatah kata.
Malas nak berfikir banyak, Becky terus naik ke tingkat atas untuk mandi dan merancang untuk meneruskan kerja pejabatnya.
Sementara di dapur, Freen bertemu dengan bibik untuk berbicara.
"Bik, malam ni bibik tak payah masak. Lagi satu, kalau bibik nak balik kampung, bibik baliklah. Nanti saya tolong cakap dekat Becky."
"Wah. Ye ke Freen. Akhirnya bibik boleh rehat panjang. Tapi malam ni kamu nak makan apa kalau tak masak." Soal bibik.
"Tak apa. Tu biar Freen urus. Bibik rehat je." Balas Freen.
"Kalau macam tu, bibik nak balik sekarang lah. Alang2 anak makcik tengah ada dekat bandar. Terima kasih Freen. Cakap dekat Becky juga ya. Terima kasih sebab bagi bibik balik kampung." Bibik terus masuk ke dalam biliknya dan berkemas2. Tidak sampai 20 minit, anak bibik sudahpun sampai di hadapan rumah Becky.
Freen yang melihat senyuman di bibir bibik turut bahagia. Lalu Freen menutup pintu rumah dan duduk di tepi kolam.
Kampung
Kini di hadapan sawah yang menghijau, dua orang lelaki tua yang tengah menghirup kopi sambil melihat ke arah sawah yang menyejukkan mata.
"Neo, anak aku duduk dengan anak kau?" Soal Nick, papa kepada Freen yang kini menemani sahabatnya mengambil angin di tepi sawah.
"Ya. Waktu aku stay sini awal2 dulu, aku minta tolong dia duduk dengan anak aku. Sebab kesian duduk sorang2. Lepas tu hari tu aku balik, dia still dekat situ, so aku suruh dia stay terus." Neo mengangkat gelas di atas meja lalu menghirup kopinya sedikit demi sedikit.
"Dia sihat? Lagipun susah2 je kau ni. Kesian Becky nak kena tengok2kan anak aku pula. Dia tu busy."
"Kau rasa menyusahkan. Tapi bagi Becky, itu menyenangkan. Sebab dia ada kawan." Balas Neo.
"Dah kau tak payah fikir. Nanti kita pergi tengok Freen. Aku bawa kau." Sambung Neo. Kini mereka berdua bersantai bersama dengan pelbagai cerita yang dikeluarkan.
RUMAH BECKY
Becky sedari tadi hanya fokus kepada laptopnya dan tidak sedar bahawa hari sudah hampir malam. Sedari tadi Becky hanya sendiri dan tidak sedar di manakah Freen berada.
Becky turun dari biliknya menuju ke dapur sambil memanggil bibik.
"Bik, oh bik." Tidak ada sahutan dari bibik, Becky mengetuk pintu biliknya. Namun tidak ada jawapan lalu dia mebuka pintu yang tidak berkunci itu lalu melihat isi dalaman bilik yang tidak bercahaya lalu dia menutup kembali pintunya.
"Mana bibik ni. Rumah cerah. Tapi panggil tak menyahut." Gumam Becky. Lalu Becky melangkah menuju ke pintu sliding yang terbuka luas menyebabkan angin sejuk dari luar memenuhi kawasan rumah.
Di situ, Becky melihat Freen yang sedak membaca novel sambil bersantai di kerusi tepi kolam. Becky mendekati Freen lalu duduk di hujung kakinya dan mengangkat kaki Freen dan memangkunya lalu dia mengusap kaki Freen dan mengurutnya sedikit.
"Haii. Busy ke dekat atas. Dah nak malam baru turun. Freen meletakkan novel di atas ribanya lalu menatap Becky.
"Sikit. Habiskan proposal projek baru. Emm. Bibik mana? Saya panggil tak jawab."
YOU ARE READING
Satu Rasa Hati
FanficKarya pertamaku, maaf jika kurang ekspektasi kalian. Becky seorang gadis introvert yang mula berjumpa dengan Freen yang mulanya bersahabat sehingga muncullah kasih sayang di antara mereka. Becky yang awalnya mempunyai rasa cinta dan sayang terhadap...