Part 23

640 28 0
                                    

Bec's Corp

Becky baru sahaja keluar dari bilik meeting bersama Irin. Becky berjalan menuju biliknya dan diikuti Irin.

"Irin, saya nak awak siapkan semua dokumen untuk kita buka branch baru untuk restaurant kita. Kalau boleh siapkan by this week. Suruh Eric design baru dari restaurant sekarang. Kita buat cara lain. Make sure design tu pon ada di meja saya dalam 3 hari. Kalau x boleh, hujung minggu mesti siapkan."

Telefon Becky berdering tanda panggilan masuk. Becky menjawab panggilan tersebut.

"Yes my hero." Becky emmberi isyarat tangan untuk Irin meneruskan tugasnya sementara dia menuju ke rooftop bangunan pejabatnya.

"Bec, bila nak balik sini? Nenek tanya pasal kamu ni." Neo yang menelefon Becky.

"Tak sempat ayah. Becky tengah busy untuk launch restaurant baru. So, Becky kena siapkan dalam 3 minggu. Becky free nnti, Becky balik."

"Tempat baru lagi? Business maju sekarang?" Soal Neo di seberang.

"Lately ni adalah hasil sikit. So, Becky boleh buka yang baru. Nanti ayah tolong bagitau nenek, maybe hujung bulan Becky balik. Becky bawa Freen sekali. Okay?." Tengah rancak bersembang dengan ayahnya, Irin menelefon Becky.

"Ayah, Becky letak dulu, Irin call." Habis saja bercakap dengan ayahnya Becky menjawab panggilan Irin.

"Ada apa Rin."

"Bos, ada masalah dekat bawah. Bos boleh datang cepat sikit?" Becky mengerutkan keningnya. Lalu turun ke bawah dengan pantas.

Sampai sahaja di bawah, Becky melihat seorang wanita yang sedang mengamuk di lobi pejabatnya.

"Panggil Beckylah. Kenapa korang tengok aku macam tu. Aku nak jumpa Becky sekarang. Aku ni tak perlukan temu janji semua tu, Becky confirm okay nampak aku. Sekarang baik korang panggil dia sebelum lagi banyak masalah aku buat." Ujar wanita itu.

Staf Becky mula berbisik2 dengan apa yang mereka sedang lihat.

"Cik, cik tenang dulu. Bos tak boleh dikacau. Dia busy lately ni. Memang susah untuk jumpa dia." Wanita di receptionist itu cuba menenangkan wantita itu.

Becky yang sedari tadi mendengar apa yang wanita itu cakap, kini mendekati receptionist.

"Aku Becky. Kenapa?" Becky memasukkan kedua2 tangannya ke dalam poket seluarnya.

Sontak wanita itu terus memusingkan badannya lalu tersenyum memandang Becky.

"Haii Bec. Remember me? Lama I tak jumpa you. I miss you." Baru sahaja wanita itu hendak memeluk Becky, Becky mengangkat tangannya tanda menghalang perempuan itu dari mendekat.

"Siapa bagi kau izin buat bising dekat sini?" Becky hanya menatap datar.

"Bec, I buat bising sebab diorang tak nak dengar. I nak jumpa you, diorang tak bagi." Sambung wanita itu dengan muka yang tidak ada rasa bersalah.

"Staf aku bagitau yang aku busykan. Means aku busy. Datangnya kau dekat sini, membuatkan kerja semua orang tergantung. If syarikat aku rugi, kau nak tanggungjawab." Suara Becky mula meninggi.

"Bec, apa ni. I nak jumpa you je lah." Wanita itu mula melenting.

"Eh pekak. Aku pernah cakap dengan kau aku tak suka kan. Kau amnesia ke apa Alice. Lagi satu. Mana maruah kau. Tak malu ke buat perangai depan orang ramai. Ramai yang tengok kau tau. Ke kau tak malu. Aku ni tak adalah baik sangat. Tapi kalau kau nak aku pijak2 air muka kau sekarang, aku sudi."

Freen yang baru sahaja turun, mendengar apa yang Becky cakap. Tidak pernah sekalipun, Becky bersikap kejam seperti ini. Baginya, Becky sememangnya kasar, tapi bukan kejam. Freen tertanya2 apa yang berlaku antara Becky dan wanita itu.

"You jangan kurang ajar Bec. Walaupun I macam ni, I ada maruah okay. You jangan ingat maruah I memang untuk you pijak2."

Mendengar perkataan Alice, Becky mendekatinya. "Sudahlah. Bising kau tau tak. Sebelum aku buat benda yang kau tak suka, baik kau blah. Silap2 hilang maruah kau."

Becky tersenyum sikit mengejek wanita itu.

"Kau melampau Bec."

Plak

Tamparan keras diberikan kepada Becky. Namun sayang, entah sejak bila Freen berada berhampiran Becky. Membuatkan tamparan itu mengenai Freen.

Becky yang terkejut dengan kejadian itu, membulatkan matanya.

"What the hell. Oii pompuan. Kau boleh tengok2 dulu tak." Mata Becky mula memerah.

"Freen. Hei." Becky memegang bahu Freen yang masih memegang pipinya. "You okay?" Becky menurunkan tangan Freen yang menutupi pipinya.

"Cik, saya rasa lebih baik cik balik dulu. Maafkan dia sebab cakap macam tu. Dia tengah marah." Freen melihat wanita yang bernama Alice itu lalu cuba bertoleransi dengannya. Dan tanpa diduga, Alice mendengar kata Freen.

"And awak Bec. Balik sekarang." Muka Freen kini berubah. Jika tadi bercakap dengan manis, tapi sekarang tidak ada lagi senyuman. Freen meninggalkan Becky dan naik ke biliknya untuk mengambil barang.

"Aik, aku pula yang kena. Masak aku." Gumam Becky sendiri.

Becky berlari ke arah lif untuk naik ke biliknya dan mengambil semua barang yang diperlukan dan bergegas turun ke bawah setelah Irin memberitahunya pesanan dari Freen.

"Bos, Freen cakap, 'Now or Never." Mendengar pesanan itu, membuatkan Becky sedikit kecut.

Sampai sahaja di bawah, Becky melihat Freen berdiri sambil mendekap tangan di dada.

"Jom." Baru sahaja Becky mahu membuka pintu kereta untuk Freen, Freen terlebih dahulu, membukanya dan masuk ke tempat duduk penumpang.

Becky yang melihat hanya mampu menggaru belakang kepalanya. Lalu Becky pun masuk ke dalam kereta dan menjalankannya menuju ke rumahnya.

TBC

Nanti min cerita siapa Alice ya. Yang pasti bukan Ex. Sorry min lama x update. Min busy sangat2. Thanks utk yg still menunggu cerita dari min.

Satu Rasa HatiWhere stories live. Discover now