Part 3

750 39 0
                                    

RUMAH NEO

Dua beranak yang masih bersarapan di meja makan sambil rancak berborak dan bergelak tawa tiba-tiba berhenti disebabkan oleh notifikasi yang muncul di skrin telefon Neo. Neo membacanya dengan cepat lalu melihat anaknya dengan tatapan yang tajam.

"Kenapa ayah? Apa yang jadi? Semua okey? Siapa mesej ayah?" Soal Becky bertubi-tubi sambil merenung mata ayahnya.

"Apa yang kamu dah buat Bec?" Soal Neo dengan meletakkan sudu di tangan dengan muka yang kecewa.

"Apa yang Bec buat? Kenapa serious sangat?"

"Ayah tak sangka Bec.. " Ayat Neo berhenti di situ membuatkan Becky semakin resah gelisah sedangkan seingatnya, dia tidak melakukan apa-apa pun.

"Tak sangka apa pula ayah. Becky memang tak tahu apa-apa. Ayah cakaplah bagi terang."

"Memanglah kau tak tahu apa-apa. Sebab nenek mesej bagitahu Freen dah kat sini. Tu ja." Neo menjawab dengan selamba sambil menghirup air di sebelahnya.

Becky mendengar apa yang dibalas ayahnya hanya melongo. Lalu dia menatap ayahnya dengan geram.

"Kenapa tengok ayah macam tu? Ayah gurau ja. Hehehe.. Piss." Neo tersengih sambil mengangkat dua jarinya.

"Ada juga yang botak kepala malam ni." Jawab Becky lalu bergegas keluar ke pejabatnya. Melayan ayahnya hanya akan buat dia pening kepala.

Neo yang masih berada di meja makan hanya mampu menahan tawanya sambil menggelengkan kepalanya kerana berjaya mengenakan anaknya.

BC's Corp

Becky yang baru sahaja sampai terus bergegas ke bilik Irin. Irin melihat bossnya datang terus berdiri.

"Morning my boss." Irin menyapa becky sambil tabik hormat di kepalanya.

"Dah kenapa pula awak tabik pagi-pagi ni. Buang tabiat? Makan apa tadi yang aktif semacam." Tanya Becky dengan wajah malasnya.

"Boss, sportinglah sikit. Tak bestlah boss ni." Balas Irin sambil duduk kembali.

"Ikut kaulah Irin. Ni aku nak bagitahu. Nanti ada sorang perempuan nama Freen kalau tak silap. Kalau dia dah datang bawa dia pergi bilik aku. Faham?"

"Roger boss. Dia sampai nanti, saya terus bawa dia pergi bilik boss. Btw, boss nak kopi tak? Saya boleh buatkan." Tanya Irin lagi.

"Tak apa. Kau buat kerja kau. Aku masuk dulu." Becky bergegas ke biliknya. Kalau dia berlama-lama dekat situ, akan lebih menjadi-jadi perangai Irin. Daripada dia melayan, baik dia buat kerja.

Becky yang sudah masuk kebiliknya, terus duduk di kerusi kebesarannya. "Hah.. Banyaknya kerja nak buat. Kalau dapat cuti ni mesti best." Becky membuka blazernya dan menggantung di kepala kerusi duduknya.

Becky mula fokus melakukan kerjanya yang bertimbun di atas mejanya. Walaupun bekerja dari pagi sehingga petang, kerjanya masih sahaja tidak berkurang.



TBC

Satu Rasa HatiWhere stories live. Discover now