Part 46

394 30 1
                                    

Freen yang sudahpun pulang kerumahnya, kini sedang berkumpul bersama keluarganya di ruang tamu. Pelbagai cerita yang diceritakan Freen pada mami dan papanya.

"Papa. Freen lupa nak bagitahu. Tadi nenek cakap, dia nak datang dengan uncle Neo. Nak bincang something."

"Bincang apa? Macam penting je. Sebab nenek nak datang juga tu." Sampuk mami Freen.

"Kalau Freen cakap, mami dengan papa jangan tolak eh."

"Cakap ja. Tentang apa?" Sambung papa Freen.

"Nenek nak bincang pasal kahwin." Ucap Freen

"What!! Macam mana nenek tahu. Tapi macam mana dia boleh setuju pula?" Papa Freen yang awalnya terkejut kini mula berfikir dengan keputusan nenek Becky.

"Uncle Neo bagitahu. Nenek paksa dia." Ucap Freen pendek.

"Kalau macam tu okay la. Papa pun ada something nak bincang dengan nenek dan uncle Neo." Mendengar jawapan papanya, Freen terus tersenyum lalu meminta diri untuk mengabari Becky.

Daddy dan mami Freen hanya melihat anaknya yang sudah menghilang dari ruang tamu.

"Daddy. Macam mana dengan masalah kita ni. Boleh settle ke?" Soal mami Freen.

"Tak apa. Kita tunggu Neo datang. Kita bincang macam mana. Nak tak nak, kita terpaksa tangguh. Kalau tak, habis hidup kita." Balas papa Freen.

Kini mereka berdua hanya mampu menunggu dan berfikir apa yang mampu mereka lakukan.

MALAM

Tok Tok Tok.

Pintu rumah Freen diketuk dan Freen yang sedari tadi menyusun makanan di atas meja makan, bergegas ke arah pitnu utama rumahnya. Pintu dibuka dan terlihatlah Becky dan keluarganya di depan rumah Freen.

"Nenek, Uncle, Becky. Masuklah. Daddy dengan mami ada dekat meja makan."

"Terima kasih Freen. Jom." Ucap nenek Becky.

Nenek dan tuan Neo sudahpun melangkah ke arah meja makan sementara Becky masih berdiri di depan pintu.

"Kenapa sayang tak masuk. Jomlah. Diorang dah tunggu tu."

Becky hanya menggelengkan kepalanya sambil menatap ke arah Freen.

"Kenapa? Ada yang tak kena ke? Soal Freen

"Haah. Sangat tak kena." Balas Becky.

"Apa yang tak kena sayang." Freen mendekati Becky lalu meletakkan tangannya di bahu Becky.

"Sayang tak dapat kiss lagi sejak balik sini." Ucap Becky lalu memayunkan bibirnya.

"Alolo. Comelnya sayang saya ni. Meh nak kiss." Freen merapatkan wajahnya pada Becky. Becky pula sudahpun memejamkan matanya menunggu Freen memberikan ciumannya. Tiba2...

"Beckyyy!!" Jeritan dari nenek Becky terdengar.

"Ya nek. Coming." Becky yang mendengar jeritan neneknya menggelabah dan terus masuk melangkah ke dalam rumah Freen dan terus ke meja makan meninggalkan Freen di belakang yang tertawa kecil..

"Ya nek." Becky berdiri di dekat meja makan sambil tersenyum sumbing ke arah neneknya.

"Kau buat apa dekat sana lama2." Soal nenek Becky.

"Tak ada. Tak buat apa2." Balas Becky lalu menarik kerusi untuk diduduki.

Sementara itu, Freen baru sahaja tiba di meja makan dan terus mengambil tempat di tepi maminya dan berhadapan dengan Becky.

"Kita makan dulu. Janti kita boleh sembang panjang dekat ruang tamu." Ucap papa Freen dan hanya disetujui oleh mereka berlima.

Sepanjang sesi makan malam, mereka hanya makan dan sesekali berbual kosong. Freen dan Becky pula hanya mendengar tanpa menyampuk percakapan orang tua mereka.

Setelah menyelesaikan makan malam, mereka kini berkumpul di ruang tamu. Papa Freen sedari tadi masih buntu bagaimana caranya untuk menceritakan permasalahan mereka. Perkara yang tidak diduga menyapa mereka beberapa minggu yang lalu.

"Freen, Becky. Kamu dua orang naik atas dulu. Biar papa dengan family Becky bincang hal kamu ni ya." Ucap papa Freen.

"Okay pa." Jawab Freen singkat. "Jom kita naik tengok movie." Freen bangun dari duduknya dan menarik tangan Becky lalu menaiki tangga menuju ke biliknya.

Sementara itu di bawah, terlihat papa Freen yang masih diam tanpa sebarang kata.

"Ha. Kau nak cakap apa? Gelisah je muka tu. Kau tak setuju ke?" Soal Neo pada sahabatnya.

"Macam ni Neo. Freen dah bagitahu tujuan kau dan mak datang sini. Tapi aku minta maaf sangat-sangat. Sebab buat masa ni, aku tak boleh bagi kata putus lagi." Balas papa Freen.

Neo yang mendengar perkataan dari sahabatnya mengerutkan dahinya dengan penuh tanda tanya alasan disebalik percakapan sahabatnya itu.

"Kenapa? Kau tahu kan Becky dengan Freen dah lama suka sama suka. Kau memang bantah hubungan diorang ke? Bukan dulu kau ke yang restu diorang bersama." Ujar Neo panjang lebar. Dia tak habis fikir dengan pemikiran sahabatnya itu.

"Sekarang kamu bantah ke Daniel. Atau kamu ada masalah dengan hubungan mereka." Kali ini nenek Becky yang bersuara. (Min lupa yang min dah letak nama ayah Freen ke belum. Tapi min letak yang baru jelah kalau dah ada. Sorry readers.)

"Tak ada bu. Cuma beberapa minggu ni ada someone yang datang dan dia minta Freen untuk diri dia."

"Kau tak tolak? Tak bagitahu yang Freen dah berpunya?" Soal Neo dengan sedikit menaikkan nadanya.

"Dah. Tapi dia tak ambil kisah. Dia just cakap bagi Freen atau dia akan make sure aku tak akan boleh jumpa Freen lagi." Daniel hanya dia sambil termenung. 

Sementara itu, Becky yang kebetulan datang ke ruang tamu untuk meminta kebenaran menginap di rumah Freen, mendengar semua perbualan di antara ayahnya dan papa Freen.

Becky yang mendengar hanya membuat muka datarnya. Becky sememangnya tidak pernah toleransi dengan sesiapapun jika itu melibatkan miliknya. Kali ini dia memikirkan untuk meminta bantuan Alex untuk menyiasat siapakah yang ingin mengambil miliknya.

Setelah itu, Becky kembali naik ke atas dan terus masuk ke bilik Freen.

"Sayang. Diorang dah settle ke?" Soal Freen.

"Sudah. Cuma ada beberapa hal lagi nak bincang nanti. Tapi sekarang ayah ajak sayang balik. Sayang balik dulu ya. Esok kita jumpa, kita jalan." Balas Becky sambil mengelus kepala Freen dan mengecupnya perlahan.

"Wahh. Betul ke? Nak. Esok sayang ambil baby eh. Baby tunggu." Freen memeluk Becky sebentar lalu melepaskan pelukannya.

"Okay baby. Got to go. Love you baby." Becky mencium bibir Freen sekilas sebelum meninggalkan Freen yang sudah mula menarik selimut menutupi badannya.







TBC

Min minta maaf sebab dah lama tak update. Awalnya min ingat nak update setiap hari. Tapi makin lama min makin kehilangan idea. Jadi min kena cari ilham semula untuk habiskan cerita ni. Min tak janji untuk update secepatnya, tapi min akan cuba

Satu Rasa HatiWhere stories live. Discover now