Part 44

355 24 0
                                    

Kicauan burung menyapa pagi hari Freen yang sedang berada di dapur. Freen terbangun di awal pagi dan terus menolong bibik untuk menyediakan sarapan pagi.

Becky? Jangan ditanya lagi, dia masih terselubung dengan selimut tebal miliknya. Tambahan pula dia menghabiskan pekerjaannya pada pukul 3 pagi, membuatkan Becky masih berada di alam mimpi. Bahkan ketika Freen mengejutnya untuk bangun, dia hanya bangun untuk mencium pipi Freen sebentar lalu kembali menari selimutnya. Akhirnya, Freen hanya membiarkan Becky tidur dengan puas.

"Bibik. Tolong siapkan kopi ya. Saya nak selesaikan masakan saya, lepas tu nak kejutkan Becky. Pukul 10 nanti dia ada meeting dekat luar." Ujar Freen panjang lebar.

"Baik. Nanti bibik siapkan dan hidangkan semua makanan."

"Nanti bibik makan sekali ya. Saya naik kejut Becky sebentar." Freen menutup api dapur dan melepaskan apron yang dipakainya lalu menaiki tangga ke biliknya.


Skip

RUMAH NENEK BECKY

Neo ayah Becky yang kini sedang berbaring menonton televisyen di ruang tamu, didekati ibunya.

"Neo, ibu nak bincang sikit dengan kamu." Nenek Becky menatap anaknya yang sedang berbaring di atas sofa.

"Bincang apa bu. Cakaplah, saya dengar." Jawab Neo dengan matanya yang masih fokus pada TV.

"Becky tu makin besar. Tak reti2 nak kahwinkan ke?"

"Ha? Kahwin?" Neo yang berbaring, terus bangun untuk duduk sambil memandang wajah datar ibunya.

"Seriously ibu. Becky tu baru 23. Tak rasa cepat ke?" Sambung Neo.

"Ya 23, tapi dah nak masuk 24. Kau tu kahwin pun 24. Kau nak biar Becky tu umur berapa baru nak bagi kahwin." Nada perbicaraan Nenek Becky sedikit menaik membuatkan Neo mula faham dengan tindakan ibunya itu.

"Emm. Saya faham bu. Tapi ada benda yang saya tak pasti ibu setuju atau tak." Ucap Neo sedikir menggaru kepalanya. Dia tidak tahu macam mana cara untuk menjelaskan pada ibunya. Dia risau, jika hubungan Becky dan Freen tidak diterima ibunya.

"Apa lagi alasan kau nak bagi." Soal nenek Becky.

"Tak. Bukan alasan. Cuma.. Emm.. Macam mana nak cakap eh. Cuma.. Cuma.." Neo mengurut lehernya kerana gugup.

"Cuma, cuma. Cakaplah. Aku tetak juga budak ni nanti." Ibunya sudahpun bangun mengangkat tangan ingin menampar Neo.

"Sabar. Sabar. Orang tua tak baik marah2." Neo menangkap tangan ibunya lalu mengusap perlahan.

"Kau cakap cepat. Kalau tak, aku halau kau malam ni." Ugut nenek Becky.

"Okay2. Main halau2 pula. Macam ni bu. Nak kahwin tu tak ada masalah. Cuma. Becky ni lain sikit." Terang Neo. Dia memandang ibunya yang keningnya mula bertaut.

"Lain macam mana? Becky tak nak kahwin ke?"

"Bukan tak nak kahwin. Ibu kan tahu Becky tinggal dengan Freen." -Neo

"Ya. Ibu tahu. So?" - Nenek Becky.

"So, sejak tu, dua orang tu macam rapat la juga." - Neo.

"Lepas tu. Masalahnya dekat mana." Soal Nenek Becky yang membuatkan Neo mula menggaru kepalanya lagi.

"Alaa orang tua ni. Dia tak faham pula." Batin Neo.

Nenek Becky yang melihat anaknya hanya dia kembali meninggikan suara. "Budak ni. Aku ketuk juga nanti. Masalahnya apa yang sampai jadi susah sangat nak suruh anak kamu tu kahwin."

Nenek Becky mula mengambil pasu bunga di sebelahnya ingin melemparkannya pada Neo.

"Okay2. Yang masalahnya Becky dan Freen tengah bercinta." Sekali nafas, ayat itu akhirnya keluar dari mulut Neo dengan tangannya menghalang kepalanya dari terkena leparan pasu ibunya yang tidak terjadi.

"Bercinta?" Hanya itu tanda tanya yang muncul dari fikiran nenek Becky.

"Ibu. Oh ibu." Neo yang melihat ibunya hanya dia tak bergeming, menggoncang sedikit tubuh ibunya.

"Ibu okay tak. Itulah Neo cakap. Kan ada masal...."

"Kau suruh Becky balik. Bawa Freen sekali. Aku nak dia ada dekat sini petang ni." Tegas dan sedikit nada marah mula terdengar. Lalu nenek Becky bangun dari duduknya dan bergegas ke dapur.

"Ha sudah. Masalah lagi. Bec, tolong ayah." Gumam Neo sambil mencari contact nama Becky. Setelah itu dia menyampaikan suruhan ibunya pada Becky.

Sementara itu, di rumah Becky, Becky dan Freen baru sahaja keluar dari rumah dan ingin masuk ke dalam kereta. Namun panggilan di telefon Becky berbunyi membuatkan Becky mengangkat telefonnya dengan segera.

"Kejap. Ayah call." Ucap becky pada Freen dan dibalas anggukan oleh Freen.

"Hello my sweet daddy. Kenapa?" Soal Becky dengan senyuman.

Tetapi seketika senyuman hilang apabila mendengar arahan ayahnya yang terdengar cemas di seberang sana.

"Ok ayah. Baii." Becky mematikan panggilan tersebut lalu memandang Freen.

"Kenapa?" Soal Freen melihat wajah Becky yang tidak lagi tersenyum.

"Ayah cakap nenek suruh balik. Bawa baby sekali." Balas Becky.

"Hari ni?" Soal Freen dengan pandangan yang bingung.

"Yup. Kena sampai sana petang ni juga." - Becky.

"Oh. Kalau macam tu, kita kemas baju sikit, lepas tu kita gerak ya." Ujar Freen dan dibalas anggukan oleh Becky.

Tanda tanya kini menghujani fikiran Becky. Apa tujuan neneknya menyuruhnya pulang tanpa kenunggu hujung minggu. Ayahnya pula hanya menyuruhnya pulang tanpa sebarang maklumat membuatkan Becky semakin risau.

Becky dan Freen mula mengemas baju2 mereka yang akan dibawa. Setelah selesai, mereka terus bergerak dengan kereta Becky menuju ke kampung halaman mereka.




TBC

Satu Rasa HatiWhere stories live. Discover now