Part 16

559 26 4
                                    

Cukup 10 vote, min update next part.

Kini hujung minggu pun tiba, Becky dan Freen masing2 hanya igin bersantai di rumah. Mereka hanya menonton tv dan menghabiskan masa dengan bersembang rancak.

Beberapa jam selepas itu, sebuah kereta meluncur laju di perkarangan rumah Becky.

"Haii. I'm home." Tuan Neo masuk ke rumah sambil menjerit.

Becky dan Freen yang sedang bergelak ketawa terkejut dengan kehadiran Neo yang tiba2.

"What the... Bila ayah balik. Bukan nak stay lama lagi ke.. Lagi satu, kalau tak jadi ayah tarzen boleh?" Becky menuju ke arah ayahnya lalu memeluk Neo.

"Kalau ayah ni tarzen, kamu anak tarzen." Neo mengacak rambut Becky.

"Freen, sihat?" Freen membungkuk sedikit badannya tanda hormat kepada Neo.

"Sihat uncle. Lagipon duduk sini, ada orang jaga kan." Freen melemparkan senyumnya kepada Becky.

"Freen, Becky ada buat apa2 dekat kamu ke? Anak uncle ni bukan boleh percaya sangat. Nampak ja pendiam macam ni. Tapi, hmm, hampeh."

"Amboii ayah.. Depan2 mengata ni. Dah laam hidup ke?" Becky memandang tajam ke arah ayahnya.

"Hehehe.. Gurau la Beck. Dah lama tak bergurau."

"Becky ok uncle. Dia layan saya baik." Becky yang mendengar jawapan Freen, melihat ayahnya sambil menaik turunkan keningnya..

"Baiklah. Kalau macam tu, tengah hari nanti kita makan dekat luar. Ayah belanja.."

Becky dan Freen hanya mengangguk setuju.

"Sebelum tu, esok petang ayah balik kampung semula tau.. Ayah balik ni sebab ada meeting. So, Freen, stay je malam ni."

"Ayah ni. Apa kata ayah pencen je, lepas tu, balik duduk kampung kan senang. Mentang2 bos, suka hati tak masuk kerja." Becky kembali duduk di sofa ruang tamu.

"Hmm.. Macam bagus idea kamu. Lepas ni, kamu tolong urus company ayah eh.. Ayah terus cuti abis kerja esok."

"Eh2 pakcik tua ni. Senang nampak buat kerja." Becky menggelengkan kepalanya. Tak faham dengan pemikiran ayahnya.

"Ayah ikut cadangan kamu. Lagipon nenek tak ada yang jaga. So, ok la tu. Nenek pon dah tua. Tak kesian ke?" Neo duduk di sebelah anaknya. Sementara Freen sudahpun bergerak ke dapur untuk membantu berhidang makan tengah hari.. Membiarkan ayah dan anak berbincang.

"Dia guna nenek pula. Yelah2 Bec uruskan." Becky hanya bisa pasrah. Neo tersenyum mendengar jawapan Becky yang sanggup menguruskan bisnesnya dan dia dapat berehat lebih awal dari mengurus bisnesnya.

MEJA MAKAN

"Freen, lepas2 ni, kamu keluar ja dari rumah sewa kamu tu, kamu duduk sini dengan Becky ya." Neo memasukkan makan ke dalam mulutnya selepas bercakap dengan Freen.

"Uncle sure? Freen taknak nanti uncle tak selesa." Freen menatap Neo meminta kepastian.

"Uncle dah bincang dengan Becky. Uncle nak berehat dekat kampung. Company, dia akan urus, so, Freen tinggal sini bantu uncle jaga Becky okay?" Kali ini Neo memohon kepada Freen kerana hanya Freen yang mampu menjaga dan memahami Becky.

"Baiklah, Freen setuju asalkan Becky setuju." Freen menyambung makannya sambil melirik Becky sedikit yang dari tadi hanya fokus kepada makanan di pinggangnya.

"Bec okay?" Soal Neo menyebabkan fokus Becky kepada makanan beralih kepada perbualan mereka.

"Bec okay je. Lagipun dah biasa ada Freen. So, no problem. Small matter." Becky menyambung makannya semula tanpa mengendahkan perbualan Neo dan Freen.

Keesokkan harinya, hari2 Becky dan Freen berjalan seperti biasa. Menghabiskan masa dari pagi hingga ke petang di tempat kerja.

Kini petang pun telah tiba, Freen dan Becky menghantar Neo di muka pintu rumah. Seperti yang dikata oleh Neo, dia akan duduk di kampung buat masa yang lama memandangkan hari ini merupakan jari terakhir dia bekerja.

"Becky, ingat ayah harap kamu boleh jalankan tanggungjawab kamu pada perusahaan. Jangan lupa jaga diri, jaga Freen, jangan macam2. Ayah harapkan kamu je ni." Neo merenung mata anaknya sambil memberikan nasihat pendek pada Becky.

"Ayah jangan risau, Becky akan buat sehabis baik. Tugas ayah sekarang, jaga nenek dan rehat sepuas2nya." Mata Becky sedikit berkaca memikirkan dia dan ayahnya akan berpisah buat masa yang sangat lama. Walaupun mereka boleh sahaja berjumpa bila2 masa.

"Uncle, nanti tolong tengok2kan orang tua Freen ya. Dan Freen akan jaga Becky juga."

Neo tersenyum sambil menganggukkan kepalanya. Tanpa menunggu waktu yang lama, Neo memeluk Becky dan Freen, lalu masuk ke dalam kereta dan bergerak menuju ke kampung halamannya.

Freen yang melihat Becky seperti bersedih, merangkul lengannya sambil mengusap perlahan.

"Bec, jangan sedih okay. Saya kan ada. Nanti kita balik kampung ya." Freen cuba memujuk Becky. Melihat mata Becky yang memerah membuatkan dia berasa kasihan.

"Ya. Saya tak sedih. Jom masuk tengok movie." Becky menarik tangan Freen. Dalam sekelip mata, Becky yang tadinya sedih, terus beriak biasa.

"Aik, bukan dia nak menangis ke tadi. Dah ok pula. Tak betul agaknya." Batin Freen.

Freen mengikuti langkah Becky menuju ke ruang tamu dan menonton movie yang dipilih sendiri oleh Becky.

TBC

Satu Rasa HatiWhere stories live. Discover now