Setelah beberapa jam memandu, akhirnya Becky dan Freen tiba di rumah nenek Becky. Becky meamtikan enjin kereta ketika melihat ayahnya yang mula keluar dari pintu rumah.
"Beckyyyy." Jerit Neo berlari ke arah Becky. Lalu memeluk Becky dengan erat.
"Ayah. Lama tak jumpa ayah. Ayah rindu Becky tak." Ucap Becky lalu membalas pelukan ayahnya.
"Apa punya soalan tu." Balas Neo sambil melepaskan pelukannya.
"Mestilah tak. Ayah lagi rindu Freen." Sambung Neo lalu mendekati Freen lalu memeluknya.
"Ada juga kena gigit kejap lagi. Tak payah peluk lama2." Ucap Becky dengan muka tidak puas hati.
Neo ingin membalas anaknya, namun belum sempat membuka mulut, terdengar suara nenek Becky dari arah pintu.
"Ha. Baru reti nak balik. Naik. NOW." Ucap nenek Becky lalu dia melangkah masuk meninggalkan ketiga2 orang yang masih berdiri di dekat kereta.
"Kenapa dengan nenek?" Soal Becky menatap ayahnya.
"Pasal kamulah. Dengan Freen." Jawab Neo.
"Aikk. Freen pun terlibat?" Freen yang namanya disebut mula merasakan hairan.
"Yes dear. You. So, jom masuk. Sebelum kena lempar dengan nenek."
Setelah itu, mereka bertiga bergegas masuk ke dalam rumah dan melihat nenek mereka sudahpun duduk di meja makan.
"Duduk makan. Kejap lagi kita cakap dekat depan." Arah nenek Becky.
Suasana di meja makan menjadi hening. Hanya terdengar dentungan sudu dan garfu di meja. Neo dan Becky saling melemparkan bahasa isyarat kerana hairan dengan sikap nenek Becky.
Becky mengangkat keningnya pada ayahnya 'kenapa?'
Neo hanya membalas dengan mengangkat bahunya. Kemudian dia mengambil gelas di sebelah kirinya.
Freen pula hanya menikmati makanan yang dihidangkan. Tidak mahu masuk campur dalam hal family Becky.
Beberapa minit kemudian, nenek Becky sudahpun selesai makan, dan dia terus bangun dari duduknya.
"Nenek tunggu dekat depan. Neo, nanti bawa diorang pergi depan." Ucap nenek Becky lalu berjalan pergi ke ruang tamu rumahnya.
Becky dan Neo hanya menatap susuk tubuh nenek Becky yang semakin menghilang.
"Ayah. Kenapa serious sangat tu. Ayah buat apa dekat nenek?" - Becky.
"Bukan ayah. Tapi kau." Balas Neo.
"Apahal Becky pula. Becky elok2 je dekat bandar tu. Tup2 kena balik. Nasib meeting hari ni, Irin handle." Ucap Becky tidak terima dengan perkataan ayahnya.
"Freen, kamu jangan relax sangat. Dari tadi ayah tengok kamu relax je. Kamu pun sama nak kena dengan nenek." Neo tersenyum sinis pada Freen dan Becky.
"Aik. Freen pun kena. Ni problem anak beranak kan. Freen orang luar." Freen semakin hairan dengan situasi yang terjadi.
"Sudah. Makan cepat. Kita pergi depan. Kejap lagi, mengamuk orang tua tu, habis kita bertiga." Mendengar ucapan Neo, Becky dan Freen mula menghabiskan makanan mereka dengan pantas.
Setelah memastikan selesai semuanya, mereka bertiga berjalan ke arah ruang tamu untuk berjumpa dengan bos besar (nenek Becky). Becky, Freen dan Neo masing berjalan mendekati nenek Becky. Sedari tadi, tidak ada riak senang di wajah nenek Becky membuatkan Becky kembali tertanya-tanya.
"Duduk." Arah nenek Becky setelah dia melihat mereka bertiga mendekatinya.
"Emm. Nenek okay?" Soal Becky untuk memastikan keadaan neneknya.
"Nenek ada soalan." Ujar nenek Becky dengan menatap Becky datar.
"Tanya la. Becky jawab." Becky membenarkan duduknya sambil melihat ayahnya dan Freen.
"Bila nak kahwin?" Singkat dan padat soalan nenek Becky membuatkan mata Becky seketika terbelalak.
"Kahwin? What kahwin?" Bukan jawapan yang diberi malah Becky kembali menyoal neneknya.
"What kahwin? Bec, umur tu dah meningkat. Tak ada rasa nak kahwin ke?" Tatapan nenek Becky seketika tajam.
Becky yang dilihat sebegitu menatap ayahnya meminta pertolongan. "Ayah, tolong". Namun, Neo hanya mengangkat kedua bahunya.
"I'm asking you Rebecca. Look at me. Bila kamu nak kahwin?"
"Nek. I will. Tapi bukan sekarang ya." Ucap Becky lembut.
"I give you one month. Cari someone sebelum nenek yang carikan." Ucap nenek Becky lalu berdiri ingin pergi.
"Wait. Nek. Becky ada benda nak cakap." Nenek Becky memutarkan badannya menghadap ke arah Becky. Becky pula menatap Freen lekat.
Seakan faham apa yang akan Becky ingin katakan, Freen hanya mampu menggelengkan kepalanya tanda tidak setuju.
"Nek. Em, what if Becky dah jumpa someone?" Becky mengenggam tangannya sambil menatap neneknya.
"Siapa?"
Freen menggelengkan kepalanya sambil menatap Becky supaya kekal diam tentang hubungan mereka.
Becky bangun dari duduknya lalu menatap neneknya di sebelah lalu menatap Freen yang duduk di hadapannya. Kemudian, Becky bergerak ke arah Freen lalu mengambil tangannya dan digenggam.
"It's her. Freen. Orang yang Becky sayang dan cinta." Freen yang duduk sedari tadi kini bangun sambil menundukkan kepalanya kerana takut akan nenek Becky. Walaupun Freen dilayan baik oleh nenek Becky sebelum ini, namun situasi mereka pada waktu ini membuatkan dia tidak yakin dengan persetujuan neneknya.
Neo melihat Becky dan Freen yang sedang ditatap oleh ibunya berasa bangga kerana Becky berani mengambil risiko ini untuk jujur tentang hubungan mereka.
Nenek Becky yang mendengar hanya menatap Becky dan Freen dengan datar tanpa sebarang reaksi.
"Nek." Panggil Becky setelah mendapati neneknya hanya diam tanpa balasan.
"Great. So? Bila nak kahwin?" Soal nenek Becky.
"Ha?" ucap Becky. Freen yang mendengar soalan nenek Becky menatap hairan pada neneknya kerana sedari tadi nenek Becky hanya diam.
"Nenek tanya bila nak kahwin?"
"Oh kahwin. Em. Bila-bila nenek nak." Jawab Becky tanpa berfikir.
"Wait. What?" Kini Freen mula bersuara.
"Okay. Malam ni kita jumpa mommy dan papa Freen. Nenek naik dululah. Nenek penat berlakon depan kamu tadi." Ucap nenek Becky lalu terus melangkahkan kakinya ke tingkat atas.
Setelah kelibat nenek Becky menghilang, Becky dan Freen memandang Neo dengan penuh tanda tanya.
"Apa? Ayah tak tahu apa-apa. Cuma pagi tadi dia ada la tanya pasal kamu and ayah terbagitahu pasal kamu dan Freen. Tapi hal nenek setuju dengan hubungan kamu ni, diluar pemikiran ayah. Ayah tak tahu pula nenek akan setuju sebab dari pagi lepas ayah bagitahu tu, dia terus diamkan ayah." Terang Neo panjang lebar.
"Nenek dah tahu dari tadi? Kenapa tak inform Becky. Buat orang takut je lah. Kalau tahu dari tadi Becky cakap nak kahwin dengan Freen."
"Sorrylah. Ayah tak sempat nak cakap." Neo tersenyum melihat anaknya.
"So, Freen balik rumah papa dulu ya. Nanti Freen bagitahu papa dengan mommy, uncle dan family nak datang rumah." Ucap Freen.
"Okay Freen. Hati-hati." Balas Neo.
"Jom. Saya hantar awak balik." Sambung Becky dan Freen mengangukkan kepalanya lalu melangkah keluar dari rumah tersebut diikuti Becky yang terus ke arah kereta untuk mengambil barang milik Freen. Lalu Becky terus menghantar Freen kerumahnya.
TBC
Maaf min dah lama tak update. Min baru ada masa untuk update. Sebelum2 ni min just tulis sikit. Jadi part ni memang lambat siap. Sekali tulis satu baris. Jadi lambatlah boleh publish. Sorry readers buat korang tertunggu2. Min cuba update secepat mungkin.
YOU ARE READING
Satu Rasa Hati
FanfictionKarya pertamaku, maaf jika kurang ekspektasi kalian. Becky seorang gadis introvert yang mula berjumpa dengan Freen yang mulanya bersahabat sehingga muncullah kasih sayang di antara mereka. Becky yang awalnya mempunyai rasa cinta dan sayang terhadap...