Part 14

441 28 2
                                    

Seperti yang dijanjikan, Becky membawa Freen ke taman yang dipilih Freen. Freen yang sangat fokus melihat pelbagai jenis bentuk lampu di taman tersebut, sangat bahagia. Ini adalah pesta lampu yang pertama baginya. Selama di kampung, Freen tidak berpeluang untuk menikmati keindahan tersebut.

Becky berjalan di belakang Freen dan dia hanya melihat tingkah Freen yang sedikit keanak-anakan. Dalam masa yang masa, Freen mengambil pelbagai jenis gambar sebagai koleksi di dalam telefonnya. Senyuman dibibirnya tidak pernah lekang sedari tadi.

"Becky, pergi sana jom. Dekat sana banyak lagi." Freen mendekati Becky lalu menarik tangan Becky dan berlari sedikit. Becky pula, hanya pasrah ditarik Freen.

Setelah 30 minit berjalan, Freen duduk di bangku yang ada di taman tersebut. "Kenapa?" Becky memegang bahu Freen lalu duduk di sebelah Freen.

Freen memayunkan bibirnya lalu menatap Becky. "Laparrr." Rengek Freen.

Becky tertawa kecil lalu bergegas ke kedai berdekatan untuk membeli makanan untuk Freen. Freen hanya boleh menunggu dan melihat gambar-gambar di telefonnya lalu tersenyum. Dalam diam, dia mengambil beberapa gambar Becky untuk disimpan.

"Kenapa senyum-senyum. Ada lelaki mengorat ke tadi?" Becky duduk di sebelah Freen kembali dan menghulur air dan makanan yang dibelinya tadi.

Freen mengambil makanan tersebut lalu tersenyum kepada Becky. "Bukan lelaki. Cuma someone yang special. Kenapa?"

"Nothing. Siapa yang special untuk awak tu." Becky menghirup air ditangannya dan melihat sekelilingnya untuk menghindar menatap Freen.

"Sibuklah awak ni. Rahsia. So, tak boleh tahu." Mendengar balasan Freen, Becky bangun lalu meninggalkan Freen.

"Becc.... Tunggulah." Freen mengambil beg dan makanannya lalu mengejar Becky yang berjalan sangat laju menuju parking.

Kini dalam kereta, masing-masing hanya senyap tanpa sebarang suara. Hanya suara radio yang mnemani perjalanan mereka. Freen melihat ke arah Becky yang hanya sepertinya sangat kesal dengan Freen.

"Dia marah aku ke? Senyap je dari tadi." Batin Freen. Berasa tidak tenang, Freen menekan-nekan lengan Becky dengan jarinya.

"Apa?" Tegas suara Becky.

"Sah, dia marah dengan aku." Batin Freen. Freen menggelengkan kepalanya lalu melihat ke luar tingkap. Takut untuk mengusik Becky.

Tidak mengambil waktu yang lama, kini mereka sudahpun tiba di rumah Becky. Becky masuk ke dalam rumah terlebih dahulu dan terus ke arah dapur dan membuka peti sejuk dan mengambil minuman dari peti sejuk itu. Freen pula, sudah masuk ke dalam bilik Becky terlebih dahulu.

Becky meregangkan urat lehernya dengan menggerakkan kepalanya ke kiri dan ke kanan lalu dia meninggalkan dapur dan bergegas ke biliknya.

Freen yang sedari tadi menunggu Becky untuk masuk ke biliknya, terus masuk ke bilik air untuk bersih-bersih. Disebabkan Becky terlalu lama, jadi dia menyelesaikan halnya terlebih dahulu. Awalnya dia berniat untuk meminta maaf kepada Becky, namun kerana lama menunggu, Freen hanya mampu bersabar.

Freen sudahpun selesai menukar pakaiannya dan mencuci muka. Dia berdiri di samping katil dan meletakkan telefonnya di atas meja sisi katil lalu menarik selimut. Baru sahaja ingin merebahkan badannya, Becky membuka pintu biliknya dengan kuat lalu melihat tajam ke arah Freen dan berjalan dengan laju menuju ke arah Freen.

"Bec, saya nak mint...." Belum sempat menghabiskan ayatnya, Becky menyambar bibir Freen lalu merebahkan badan Freen di atas katil. Sementara Becky menindih tubuh Freen. Ciuman yang sedikit kasar dari Becky membuatkan Freen sedikit kewalahan.

"Bec..." Seolah tuli, Becky terus-terusan mencium bibir Freen mengabaikan panggilan Freen. Becky seakan melepaskan marahnya dengan berciuman.

"Bec, wait." Lagi-lagi Freen tidak dapat menghabiskan ayatnya. Becky semakin tidak terkawal. Tangannya kini sudahpun masuk kedalam baju Freen dan mencengkam pinggang Freen. Berasa dirinya sia-sia sahaja memanggil Becky, Freen hanya pasrah dan membalas ciuman Becky yang membuatkan kepalanya kadang ke kiri lalu bertukar ke kanan untuk membalas ciuman Becky.

Ciuman yang panjang kini hanya berhenti ketika Becky sudahpun penat dengan aksinya. Becky melepaskan ciumannya, lalu menyatukan dahinya dengan dahi Freen. Becky mengangkat kepalanya setelah meneutralkan nafas lalu merenung mata Freen.

"Bec, sorry okay. Saya tak ada niat nak buat awak marah. Saya bergurau ja tadi." Freen membelai pipi Becky dengan lembut. Akhirnya dia boleh meminta maaf terhadap Becky. Setelah serangan Becky yang sedikit ganas, akhirnya dia meminta maaf. Walaupun dia perlu menghadap kerja gila Becky.

"Hmm." Becky merebahkan kepalanya di bahu Freen dengan badannya yang masih menindih tubuh Freen. Freen mengelus kepala Becky dan hanya membiarkan Becky berada di atasnya. Tidak mengambil masa yang lama, Becky kini telahpun lena dibuai mimpi. Freen terus mengelus kepala Becky tanpa membangunkannya dan turut mengikuti Becky ke alam mimpi.

TBC

Tolong vote ya. Min akan update next part kalau vote mencapai 10 ya. Min tak minta banyak. 10 sahaja. Hanya untuk memberi semangat untuk min terus update ya.

Satu Rasa HatiWhere stories live. Discover now