Min senang hati hari ni.. Sebab min dpt feedback tntg cerita min ni.. So min decide nak update satu part lgi.. Thanks utk semua yang membaca.. Komen banyak2 supaya min semangat nak tulis.. Let's go readers..
Bec's Corp
Tok. Tok. Tok.
Pintu ruangan Becky diketuk beberapa kali sebelum seseorang membuka pintu bilik itu.
"Masuk." Jawab becky namun matanya masih fokus kepada skrin komputer di depannya.
"Erm, bos ni kopi." Freen meletakkan kopi yang dibancuhnya dia atas meja becky. Becky hanya mengangguk dan meneruskan kerjanya.
Freen yang mendapat anggukan dari bossnya terus melangkah hendak keluar dari biliknya. Namun ditahan oleh panggilan dari Becky.
"Freen. Saya nak tanya sikit. Boleh?" Becky mengambil kopinya dan berjalan ke arah sofa di ruangannya itu. Dia mengajak Freen untuk duduk bersamanya di sofa tersebut. Freen hanya menurut.
Setelah satu minit berdiam, Becky melihat ke arah Freen yang masih menunggu soalan dari Freen.
"Em. Kenapa?" Hanya itu soalan Becky.
"Ha? Kenapa apa. Seminit dia senyap. Tu ja soalan dia. Minah ni, aku siku nanti. Sabar Freen. Anak orang." Batin Freen.
"Kenapa apa?" Freen mengerutkan keningnya dengan persoalan Becky yang tidak jelas.
" Tak ingat apa2 yang jadi?" Soalan Becky masih dalam lingkungan tarik tali dengan Freen.
"Bec, straight to the point boleh? Saya tah faham dengan soalan awak." Freen menghembus nafasnya sedikit kuat.
Becky kembali menghirup kopinya lalu melemparkan soalan yang bermaim di fikirannya.
"Kenapa cium pipi saya semalam."
Zup. Mata Freen terbeliak mendengar soalan Becky. Tak sangka soalan yang keluar dari mulut Becky.
"Dia sedar? What the... Freeeenn apa yang kau dah buat.. Kau nak letak mana muka kau.." Batin Freen memberontak. Nak ja dia lari balik kampung..
"Mana ada. Saya tak cium awak." Dalih Freen. Sedangkan telinganya sudah tersangat merah.
Becky yang mendengar jawapan Freen hanya tersenyum nipis.
"Don't lie. Saya sedar Freen. And saya tak marah. Saya nak tahu je."
"Sorry. Saya just mimpi buruk semalam. And saya just takut." Freen menggenggam tangannya.
"Kenapa. Apa jadi dalam mimpi awak." Becky semakin tertarik untuk mengetahui mimpi Freen. Becky meletakkan cawan kopinya lalu menghadap Freen yang menunduk melihat tangannya.
" Ceritalah. Tak payah simpan.. Nanti lagi sakit."
"Saya mimpi awak kena langgar. Saya kena pilih nak selamatkan awak or seorang lagi dalam mimpi saya tu. Saya tak kenal siapa. Tapi macam orang yang saya rapat juga. Saya nak selamatkan awak. Tapi awak suruh saya selamatkan orang tu. At last, awak kena langgar. Saya just takut. Saya tak boleh bayang benda tu. Saya rasa lega bila saya buka mata semalam, awak ada sebelah saya. Bila awak peluk saya, ketakutan saya hilang. Sorry." Freen cerita dengan panjang lebar. Becky pula tidak ada niat mengganggu dan hanya mendengarkan Freen bercerita.
Setelah habis Freen bercerita, Becky tersenyum ke arah Freen dan membelai kepalanya.
"It's okay. Saya tak marah. Jangan fikir bukan-bukan. Tu hanya mimpi. Saya ada depan awak."
Mendengar jawapan Becky, Freen melihat mata Becky lalu membalas senyumnya.
"Lepas ni, kalau ada apa2, bagitau ok? Nanti balik dengan saya ya. Ayah tak balik lagi." Freen menganggukkan kepalanya. Becky memberanikan diri untuk mencium hujung kepala Freen. Tanpa menunggu lama, mereka kembali melakukan kerja masing-masing. Becky sangat bahagia kerana dia dan Freen sudah semakin dekat. Hanya kerana ciuman di pipi, dia dan Freen semakin rapat.
TBC
YOU ARE READING
Satu Rasa Hati
FanficKarya pertamaku, maaf jika kurang ekspektasi kalian. Becky seorang gadis introvert yang mula berjumpa dengan Freen yang mulanya bersahabat sehingga muncullah kasih sayang di antara mereka. Becky yang awalnya mempunyai rasa cinta dan sayang terhadap...