Part 40

561 28 4
                                    

BC's Corp

"Bos. Tuan Felix dah hantar proposal dia dekat email bos." Freen masuk ke dalam office Becky sambil membawa secawan kopi di tangan.

"Okay Freen. Nanti saya baca. Tolong bagitau Irin saya nak file projek cawangan baru." Arah Becky. Kemudian dia kembali melanjutkan pekerjaannya.

Freen menuju ke ruangan Irin untuk menyampaikan arahan Becky. Namun susuk tubuh kecil itu tidak terlihat. Freen hendak menelefonnya tetapi telefon Irin berada di atas meja. Akhirnya Freen turun ke resepsionis mencari keberadaan Irin kerana Irin hanya akan berada di biliknya ataupun di restaurant.

Memandangkan dia tidak berada di dalam biliknya, Freen turun ke resepsionis untuk menunggu Irin.

Ketika dia tiba di resepsionis dia melihat Irin bersama dengan wanita yang pernah menjadi bahan gosip di pejabat itu satu ketika dulu. Siapa lagi kalau buka Alice. Wanita yang tidak sengaja menamparnya kerana percakapan Becky. Freen mendekati Irin dan Alice.

"Irin, bos panggil. Aku cari kau dari tadi lagi. Kau dari mana?" Freen menatap Irin dengan tanda tanya di matanya.

"Sorry. Aku dari restaurant. Jumpa manager."

"Alice, baliklah. Nanti Becky marah lagi. Kau tau dia macam mana kan." Seketika tadi ketika Irin masuk ke dalam bangunan pejabat, dia menemukan Alice sedang memaksa pekerja resepsionis untuk bertemu dengan Becky.

"Kali ni ja. Tolong ya. Aku nak jumpa dia kejap je." Alice memegang tangan Irin memohon untuk membawanya bertemu Becky.

(Alice dan Irin merupakan sahabat baik. Semenjak Irin bekerja dengan Becky, Alice selalu melihat Becky sehinggakan Alice dan Irin mula dekat dengan kawan-kawan Becky. Awalnya Becky tidak terlalu kisah dengan kehadiran Irin dan Alice kerana Noey dan Nam selesa untuk berteman dengan mereka. Namun tiba satu masa yang membuatkan Becky mula membenci Alice. Ketika mana mereka berlima berkumpul bersama di rumah Nam, Alice dengan sengajanya masuk ke bilik yang Becky tempati. Tujuannya untuk memiliki Becky. Dia dengan sengajanya menyentuh Becky ketika Becky sedang tidur. Tapi Becky sangat beruntung kerana dia tersedar ketika itu dan mendapati Alice telahpun berada di atas tubuhnya. Ketika itu juga dia marah dan tidak pernah berjumpa dengan Alice.)

"Pandai2 kaulah. Aku tak nak terlibat. Daripada aku kena marah dengan bos singa aku tu, baik aku buat kerja." Irin berjalan menuju ke arah lift bersama Freen. Setelah itu dia masuk ke biliknya dan mengambil semua file yang diperlukan Becky lalu bergegas ke office Becky.

Tok, Tok, Tok

Irin mengetuk pintu bilik itu dan terus masuk setelah mendengar jeritan Becky dari dalam.

"Bos, maaf lambat. Saya dari restaurant tadi." Irin menunduk meminta maaf keraan Becky bukanlah seorang yang suka melambatkan pekerjaan. Jadi Irin sedikit takut dengan Becky ketika bekerja

"Tak apa. Mana file tu. Saya nak tengok." Irin menberikan file di tangannya pada Becky.

Becky membacanya dengan teliti. Setiap baris di baca dengan tekun memahami setiap maklumat di dalamnya.

"Tolong suruh bahagian pemasaran uruskan semua ni. Saya nak by 2 weeks dah siap semua. Saya nak kena siapkan projek ni sebelum bulan depan sebab bulan depan saya kena siapkan projek company ni. Saya dah tak banyak masa nak urus cawangan restaurant baru. Kalau tidak, awak akan penat sorang2." Ulas Becky panjang lebar dan hanya dianggukkan oleh Irin.

"Okey. Make sure siap dalam 2 minggu. Awak boleh keluar."

Irin mengambil file dari tangan Becky namun dia masih berdiri di hadapan Becky.

"Kenapa Irin. Ada apa2 lagi?" Becky menatap Irin lalu menyandarkan tubuhnya pada kerusi.

"Emm. Dekat bawah ada Alice bos." Mendengar nama itu, Becky hanya mampu menggertapkan giginya.

"Keluar." Kini suara Becky lebih tegas. Dia kembali melakukan tugasnya. Irin pun berjalan ke arah pintu untuk keluar. Namun sebelum itu, Becky memerintahnya untuk memanggil Freen.

"Panggil Freen. Now."

"Baik bos." Irin keluar dengan cepat lalu menuju keluar.

Ketika ini dia melihat sosok Alice yang mula mendekati bilik Becky. Mahu tidak mahu dia segera mencari Freen.

Sementara itu di bilik Becky. Pintunya diketuk dari luar menandakan seseorang sudahpun tiba. Namun belum sempat Becky mengarahkan gerangan itu untuk masuk, pintu sudahpun dibuka.

"Hai my dear. I'm here." Alice masuk ke bilik itu tanpa ada rasa malu.

"Tak cukup lagi ke kena dengan aku hari tu."

"It's okay. I maafkan you. Lagipun, dah biasa. You sihat?" Alice mendekati Becky lalu duduk di atas meja Becky.

"Sudahlah Alice. Aku penat nak layan kau. Kau baliklah. Aku banyak kerja " Becky mengambil kertas di atas mejanya lalu membacanya.

"Bec, you ni tak mesralah. I datang penat2 nak jumpa you tau. You tak nak jumpa I ke? Janganlah samakan yang dulu dengan sekarang." Alice bangun dari duduknya lalu mencuba memegang wajah Becky.

Becky menolak tangan Alice yang hendak memegang wajahnya. Namun semakin ditolak, semakin Alice memaksa

"Alice, kau ni dah...."

"Bos." Pintu bilik Becky dibuka begitu saja menampakkan Freen yang berdiri di depan pintu dengan tangan yang masih memegang gagang pintu.

"Oh. Hi there. You yang hari tu kan. I minta maaf sebab tertampar you." Alice memandang Freen lalu dia mendudukkan dirinya di sisi kerusi Becky. Memandangkan kerusi yang diduduki Becky mempunyai tempat untuk meletakkan tangan. Alice mendudukkan dirinya di situ.

Freen masuk ke dalam dan menutup pitnu bilik Becky.

"It's okay." Freen menghampiri meja Becky dan menatap lekat pada Alice.

Becky pula, jangan ditanyakan lagi. Wajahnya sudah pucat ketika Freen muncul dan semakin pucat apabila Freen mendekati mejanya.

Freen yang sedari menunjukkan muka seriousnya, kini sedikit tersenyum pada Alice. Lalu dia bergerak ke sisi Alice dan semakin melebarkan senyumnya.

"Cik Alice. Boleh duduk di sana kejap? Saya ada hal nak bincang dengan Becky" Freen menunjukkan kerusi yang berada berhadapan dengan Becky.

Kemudian Alice melihat arah yang ditunjukkan Freen lalu menganggukkan kepalanya. Lalu Alice mengikuti arahan Freen. Memandangkan ia berfikir bahawa Freen ingin berbahas tentang pekerjaan. Jadi dia memberikan ruang pada mereka.

Walaupun Alice seperti itu, namun dia memiliki sikap tolak ansur jika melibatkan pekerjaan.

Setelah Freen melihat Alice duduk di kerusi yang ditunjukkannya, dia menatap Becky dengan senyuman manisnya.

"Kenapa dia senyum." Batin Becky.

"Ada apa Freen. Apa ada masalah." Becky memutarkan kerusinya menghadap Freen di sebelahnya.

"Ada. Banyak." Jawab Freen sambil mendekati Becky.

Tanpa diduga, Freen duduk di atas riba Becky. Alice yang sedari tadi melihat mereka berdua ternganga dek terkejut dengan tindakan Freen.

"Freen. Ada Ali..." Suara Becky tersekat apabila Freen secara tiba2 mencium bibirnya dengan rakus.

"BECC." Alice berdiri dari duduknya dan memanggil Becky dengan sedikit jeritan

"Freen. Umm." Lagi2 ucapan Becky dihalang ciuman Freen. Becky cuba menolak tubuh Freen namun Freen menahan tangan Becky.

Alice yang berasa tidak terima dengan kelakuan mereka berdua akhirnya lebih memilih untuk pergi. Badannya terasa panas di sekujur badan.

"Freen."

Kali ini Freen membuka blazer Becky dan mencampaknya ke sisi. Lalu kembali mencium Becky dengan kasar. Tangannya dimainkan di dada Becky. Sedikit membelai dada milik kekasihnya membuatkan tubuh Becky seketika memanas.

"Freen." Panggil Becky lagi

"Shut up Bec." Freen kembali melumat bibir Becky tanpa ampun. Ini membuatkan Becky hanya menerima serangan dari Freen yang tidak mahu berhenti

Kemudian apa yang jadi, hanya min yang tahu.

TBC

Satu Rasa HatiWhere stories live. Discover now