Part 33

988 42 0
                                        

Becky baru sahaja bangun dari tidurnya. Dia mengeliat sedikit meregangkan otot2nya. Sedikit mengeluh melepaskan keluhan pagi. Kemudian Becky meraba sebelahnya mencari Freen namun, hanya tempat kosong.

Becky mendudukkan badannya lalu bersandar di sandaran katil perlahan2. Becky melihat ke arah bilik air kalau2 Freen berada di dalam sana. Namun, tidak ada satu suarapun dari dalam bilik air bahkan bunyi air sekalipun.

Becky melihat jam disampingnya lalu menurunkan kakinya dari katil. Dan perlahan2 dia bangun lalu berjalan ke arah bilik air. Sebelum itu, dia mengambil tuala yang tersidai di sebelah pintu bilik air lalu masuk ke bilik air untuk mandi.

Hampir 20 minit Becky menyelesaikan mandinya, dia keluar dari bilik air namun masih tidak melihat susuk tubuh Freen. Yang ada hanyalah sepasang baju di atas katil yang mungkin sudah disediakan oleh Freen.

Becky mengerutkan keningnya kerana hairan disebabkan oleh Freen yang sedari tadi tidak muncul2.

Becky memakai bajunya lalu turun ke bawah dan mendekat ke arah meja makan.

"Becky, dah mandi? Jom kita makan dulu." Bibik yang melihat Becky yang sudah mula berjalan sendiri hanya melemparkan senyumannya.

Becky pun duduk di salah satu kerusi di meja makan lalu mengangkat gelas berisi air kopi panas sambil matanya melilalu mencari buah hatinya.

"Bik, Freen mana? Dari tadi tak nampak." Becky menatap bibik yang sedang menghidangkan nasi goreng pada pinggan Becky.

"Freen tadi dia keluar. Joging katanya."

"Oh. Tak apalah. Bibik teman saya makan." Bibik hanya menganggukkan kepalanya lalu menemani Becky sehingga mereka berdua selesai bersarapan.

Hampir sejam Becky menunggu Freen di ruang tamu. Sedari tadi dia hanya mengolak alik siaran TV. Bibik pula berulang kali datang menanyakan kalau2 Becky memerlukan sesuatu, namun hanya gelengan yang Becky berikan.

Tidak lama selepas itu, terdengar tapak kaki yang baru sahaja tiba di hadapan pintu utama rumah tersebut.

"Huh. Penatnya. Bi.." Freen baru sahaja mahu memanggil bibik namun suaranya tersekat kerana melihat Becky yang menatapnya tajam.

Becky yang menatap lekat pada Freen kini pandangannya tertumpu pada peluh di leher dan seluruh muka Freen yang mengalir.

Glup..

Becky menelan air liurnya dengan susah payah. Melihat Freen yang berpeluh seperti itu, membuatkan dia terangsang.

"Sabar Bec, kau baru je kerjakan dia semalam. Masih siang Bec." Batin Becky.

"Pergi mana?" Tanya Becky.

"Err. Joging." Jawab Freen menunduk tidak kuat untuk menatap Becky. Bukan kerana ditatap Becky tetapi Freen teringat tentang kejadian semalam membuatkan dia sedikit ketakutan untuk menatap mata Becky.

"Pergi mandi, lepas tu turun." Freen yang mendengar suruhan Becky dengan suara yang tegas terus berlari ke tingkat atas lalu masuk ke bilik air membersihkan diri.

Tidak sampai beberapa minit Freen sudahpun kemas berbaju biasa lalu turun dan berhenti di hujung tangga. Kemudian Freen meramas kedua tangannya memandang tubuh Becky yang membelakanginya.

"Nak dekat ke tak. Dekat ke tak. Kalau tak dekat kena marah. Kalau dekat, jadi apa2 nanti." Freen meramas kuat tangannya bingung sama ada perlu mendekati Becky atau tidak.

"Buat apa kat situ lama2. Sini." Ucap Becky lembut.

Freen mendekati Becky dan duduk di sofa bersebelahan dengan sofa Becky. Becky memautkan keningnya melihat Freen yang duduk jauh dengannya. Tidak seperti biasa.

"Kenapa duduk situ? Selalu duduk sebelah saya." Soal Becky.

"Tak. Tak ada apa. Saja." Freen menyandarkan badannya pada sofa tanpa melihat Becky. Gugup, takut, semuanya bersatu.

"Sini baby." Ucap Becky lembut. Dia menepuk pelan tempat di sebelahnya. Namun Freen hanya menggelengkan kepalanya.

"Kenapa?" - Becky

Lagi2 Freen hanya menggelengkan kepalanya. Takut untuk berterus terang.

"Baby. Cakap cepat." Suara Becky sedikit tegas.

Lagi sekali hanya gelengan yang diberikan Freen.

"Cakap baby." Suara Becky sedikit meninggi.

"Takut." Dengan cepat Freen menjawab.

"Takut kenapa? Saya ada buat salah ke?" Becky menegakkan badannya yang sedari tadi bersandar lalu menatap Freen.

"Tak." Singkat jawapan Freen namun masih menunduk.

"Habis tu. Kenapa takut. Cakaplah. Saya dengar." Suara Becky kembali lembut tanda memujuk. Dia melihat Freen seperti anak yang ketakutan selepas dimarahi.

"Awak kasar semalam. Saya takut nak dekat dengan awak. Saya risau awak buat macam tu lagi." Jujur Freen namun kini dia memejamkan matanya. Takut kalau2 Becky memberikan reaksi yang tidak bagus.

Becky yang mendengar jawapan Freen menganggukkan kepalanya sambil tersenyum.

"Pasal tu ke? Haihh teruk sangat ke kena semalam." Becky bangun dari duduknya lalu mendekati Freen.

"Buka mata." Arah Becky. Freen hanya menurut. Namun ketika dia membuka matanya, dia mendapati wajah Becky sangat dekat dengannya. Becky membongkokkan badannya merapatkan wajahnya pada Freen dan automatik Freen menjauhkan sedikit kepalanya.

"Bec." - Freen.

Becky merapatkan wajahnya kembali namun kini kedua tangannya menampung badannya pada sofa. Mengurung Freen di antara kedua tangannya.

"Bec jangan." Freen menahan bahu Becky untuk menghentikan pergerakan Becky.

"Selama ni okay je." Ucap Becky selamba.

"Bec. Stop." Freen sedikit gementar lalu memejamkam matanya. Walaupun dia menahan bahu Becky, namun Becky masih sahaja mampu mendekat.

Becky tersenyum kemenangan lalu mencium dahi Freen lama membuatkan tangan Freen yang menahan kuat badannya mulai lembut.

"Saya minta maaf okay? Saya terlalu ikut nafsu sampai takutkan awak." Becky mengusap pipi Freen lalu menyelitkan rambut Freen ke belakang telinganya.

Mendengar ucapan Becky, Freen membuka matanya lalu menatap Becky yang tersenyum padanya.

"Sorry. Okay?" Ucap Becky lembut lalu mencium pipi Freen dan kembali menatap mata Freen.

Memandangkan Becky masih mengurung Freen di antara kedua tangganya, dia berinisiatif untuk mencium bibir Freen. Becky melihat ke arah bibir Freen lalu menjilati bibirnya untuk membasahkannya. Freen yang melihat itu, hanya memejamkan matanya setelah melihat Becky semakin mendekatinya.

Sebelum Becky merapatkan bibir mereka, dia kembali berbisik pada Freen.

"Maafkan sayang ya." Ucapan maaf Becky dibalas dengan anggukan oleh Freen dan Becky mula merapatkan bibir mereka.

Namun.....

"Hello masyara... Oiiii Beccc." Jerit Nam dan Noey yang baru saja sampai di depan pintu rumah Becky. Melihat Becky yang mengurung Freen membelakangkan pintu rumah. Noey yang melihat pemandangan itu hanya menjilati bibirnya.

Becky dan Freen automatik melihat ke arah pintu rumahnya yang masih terbuka luas menampakkan kedua2 sahabat Becky yang melihat ke arah mereka.


TBC

Satu Rasa HatiTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang