Keesokkan harinya, Freen yang sudahpun sampai di Bec's Corp baru sahaja melepasi meja resepsi. Freen menyapa beberapa karyawan yang sudah mula memulakan tugasan harian mereka.
Freen yang masih menunggu lif untuk ke tingkat 8, terpana dengan seorang yang segak bergaya yang tak lain tak bukan adalah Becky yang baru sahaja turun dari keretanya di hadapan bangunan tersebut.
Becky berjalan dengan eligen dan tampak cool lalu berdiri di sebelah Freen yang masih menatapnya.
"Ada yang tak kena dengan muka saya?" Tanya Becky sambil memandang lurus ke hadapan sambil menunggu lif menuju ke atas.
Freen yang di tegur, menunduk lalu menggelengkan kepalanya. Setelah beberapa saat, lif pun tiba, Freen dan Becky pun masuk bersama-sama menuju ke tingkat 8.
"Ikut saya masuk bilik saya. Kita tunggu Irin kat sana." Sambung Becky lalu berjalan menuju ke biliknya diikuti Freen yang melihatnya sedari tadi.
Setelah 2 minit menunggu, Irin pun tiba di dalam bilik Becky. "Boss, kenapa ya? Ada apa-apa yang boleh saya bantu?"
"Tolong tunjukkan bilik dia. And passkan dokumen client-client kita pada Freen. Dan awak Freen, make sure awak fahamkan semua dokumen tu. Saya harapkan awak."
"Baik boss." Jawab kedua-duanya lalu keluar dari bilik Becky.
Sepanjang hari, Freen bertungkus -lumus memahami semua dokumen yang diberikan oleh Irin. Sehinggalah waktu kerja sudah habis, Freen terus bergerak pulang setelah mengemas mejanya.
Sepanjang minggu ini, Freen hanya ditugaskan untuk memahami semua dokumen-dokumen tersebut. Becky pula seringkali ulang-alik ke pejabat Freen untuk memberikan dokumen baru. Memandangkan dia berasa tidak mahu menyusahkan Freen. Sedangkan dia yang boss, tapi tidak mahu menyusahkan pekerjanya. (Baik betul boss ni)
Pagi-pagi hari Freen sudahpun tiba di rumah Tuan Neo. Seperti yang diminta Tuan Neo, Freen akan mengikut Tuan Neo dan Becky untuk pulang ke kampung.
Kini mereka bertiga sudahpun berada di dalam kereta menuju ke kampung halaman Tuan Neo. "Bec, ayah akan stay dekat kampung dua minggu ya. Ayah nak cuti lama sikit."
"Hmm." Becky yang memandu hanya membalas pendek dan fokus memandu. Sambil-sambil tu, dia memandang Freen diam-diam di cermin pandang belakang kereta.
Setelah 2 jam lebih berkendara, mereka pun tiba di rumah Nenek Becky. Nenek Becky yang melihat kereta yang dikenalinya terus keluar menyapa anak dan cucunya.
"Neo, Bec. Balik juga kamu. Kamu balik dua orang saja? Cucu mak seorang lagi mana? Tak ajak sekali?" Tanya nenek Becky sambil tersenyum.
"Ada mak. Freen tengah tidur dalam kereta. Penat sangat kot kerja minggu ni." Jawab Neo lalu diangguk oleh Nenek Becky. Lalu mengajak anak dan cucunya untuk masuk ke dalam rumah.
"Bec, kejut Freen dulu. Ajak dia masuk. Papa dengan mama dia pergi keluar sekejap. Malam nanti baru balik. So bagi dia tidur dekat dalam dulu. "
Becky yang mendengar arahan neneknya, terus mendekati keretanya dan membuka pintu kereta. Neo dan nenek Becky pula sudahpun masuk kedalam rumah. Becky yang sudah cuba untuk mengejut Freen sebanyak 4 kali, tanpa fikir banyak, Becky terus mengendong Freen yang terus tidur mati lalu membawanya ke biliknya.
Neo dan nenek Becky hanya menggeleng dan tersenyum. Lalu meneruskan perbincangan mereka yang tertunda.
YOU ARE READING
Satu Rasa Hati
FanfictionKarya pertamaku, maaf jika kurang ekspektasi kalian. Becky seorang gadis introvert yang mula berjumpa dengan Freen yang mulanya bersahabat sehingga muncullah kasih sayang di antara mereka. Becky yang awalnya mempunyai rasa cinta dan sayang terhadap...