NL❤️IS 1

4.1K 154 86
                                    

~Flashback~

Perkenalan tanpa sengaja telah menemukan Nuh Luqman dengan seorang perempuan bernama Izzah Syakirah. Kemalangan kecil itu tidaklah serious tetapi ianya tetap melibatkan nyawa. Nuh Luqman telah dilanggar tanpa sengaja dan nasibnya baik kerana orang yang melanggar itu bertanggungjawab dan telah membawanya ke hospital.

"I minta maaf..I tolong you.." Izzah agak panik. Nuh tidak membantah kerana dia juga berasa sakit ketika itu. Seluruh tenaga, dia mencuba untuk membantu Nuh bangun. Badan Nuh yang berbidang itu agak berat juga jika hendak dibandingkan dengan perempuan yang kurus dan tinggi lampai itu. Perlahan lahan dia membawa Nuh sehingga ke tempat duduk belakang.

"Sorry encik..sorry sangat..salah I tak hati hati. I ada emergency call tadi..sorry again.."

"Fokus dengan pemanduan you..I okay aje dekat belakang ni.." Izzah diam dan dia fokus sehinggalah tiba di hospital.

Sampai sahaja di hospital, Izzah segera membawa Nuh ke ruang emergency dan Nuh terdengar panggilan yang dipanggil kepada perempuan itu. 'Doktor?' Getus hati Nuh.

~End of Flashback~

Nuh tersedar daripada lamunannya. Dia teringat akan kejadian yang menimpanya semalam. Walaupun sakit, tapi ia memberi satu kenangan yang amat indah untuk Nuh. 'Syakir tak cakap pun ada adik..' getus hatinya.

Selepas di-reject Naura dahulu, Nuh tidak mencari lagi. Baginya biarlah masa berlalu begitu sahaja. Bukanlah berputus asa, kita sebagai hamba perlu mencari dan berusaha..jika ditunggu, ianya bukanlah berusaha namanya akan tetapi..Nuh tidak mahu terlalu mengharap dan dia percaya..jodoh, ajal dan maut semua sudah tertulis oleh Allah untuk hambanya. Naura juga sudah bahagia bersama Syakir iaitu orang yang sangat dia cintai.

Mengingatkan Izzah Syakirah, Nuh mula tersenyum sendiri. Ibarat jatuh cinta pandang pertama. Wajah Izzah yang cantik dan jika dipandang..Izzah mempunyai aura tersendiri. Seorang yang tinggi lampai dan tidaklah terlalu kurus persis pelakon Mimi Lana tetapi berisi sedikit. Sedang Nuh mengelamun, handphone miliknya berbunyi.

"Assalammualaikum.."

"Waalaikumsalam.." balas Nuh.

"I ni..Izzah.." kata Izzah.

"Yess..I tahu.." balas Nuh.

"You macam mana today?"

"Alhamdulillah..makin better..lagi better sebab you call sekarang ni..rasa dah sihat pula.." balas Nuh sambil tertawa.

"Main main eh you ni.." balas Izzah. Dia juga tersenyum. Seronok pula bergurau dengan Nuh Luqman itu.

"You dah makan? You makan macam mana? Siapa masak?" Soal Izzah tidak henti itu.

"You ni kan..nama aje doktor tau..sekarang kan semua boleh order..I order aje lah.." balas Nuh. Izzah menepuk dahinya. 'Malu siot..' bisik hatinya.

"Manalah tahu ada isteri tolong masakkan.." Izzah cuba memancing.

"Ha ha ha..kalau I ada isteri, I tak layan call you macam ni..baik I spent time dengan isteri I aje..tengah sakit macam ni..ada orang jaga..seronok tau.." jelas Nuh. Izzah menggigit bibirnya sendiri. 'Silap cakap pula..' getus hatinya.

"Izzah..." panggil Nuh.

"Yup..."

"Dressing ni, I boleh buat dekat hospital you kan?" Soal Nuh. Izzah mengerutkan dahinya.

"Actually, klinik biasa pun boleh. You boleh pergi mana mana klinik yang dekat dengan you.." kata Izzah.

"Any problem tak kalau I nak datang hospital juga?" Tanya Nuh lagi.

Nuh Luqman (COMPLETE)Where stories live. Discover now