NL❤️IS 21

2K 117 62
                                    

Dua minggu kemudian..

Masa berlalu begitu pantas dan segala persiapan berjalan dengan lancar. Izzah telah memohon cuti selama satu minggu begitu juga dengan Nuh. Pernikahan mereka akan dilangsungkan seperti yang mereka rancangkan.

Sepanjang tempoh dua minggu itu, ahli keluarga tidak menginzinkan mereka berjumpa. Syakir yang menghantar dan mengambil Izzah daripada kerja. Syakir dan Naura juga berkampung di rumah ibu dan abah. Lebih mudah kerana Naura juga ingin membantu ibu.

"Assalammualaikum.."

"Waalaikumsalam.."

Nuh melepaskan keluhannya. "Kenapa mengeluh tu?" Soal Izzah.

"I rindu you, sayang. Dah dekat dua minggu kita tak jumpa."

Izzah tertawa. "Tak ape sayang, lepas ni hari-hari you jumpa I tau..tatap muka I setiap saat."

"I serious tau sayang.." kata Nuh. "I pun serious sayang, I pun rindu you. Selalu breakfast ada orang teman I..ni I tapau aje tau.." balas Izzah.

"Kesiannya tunang I ni. Lagi dua hari kita dah start cuti kan. Lepas tu, tak ada orang dah boleh halang kita. I nak kurung you betul ni.." kata Nuh.

"Kita tengok siapa kurung siapa.." balas Izzah nakal. Nuh ketawa kecil. Masing-masing diam seketika. Menghitung hari bergelar suami isteri tidak lama lagi.

"Izzahh.." panggil Nuh lembut.

"Ye sayangg.." balas Izzah.

"Nervous tak?" Izzah tersenyum sendiri. "Nervous juga tapi ada you in shaa Allah I okay.." balas Izzah.

"You? Apa you rasa?" Soal Izzah.

"Macam-macam sayang. I takut I mampu tak untuk jadi suami yang terbaik untuk you. I harap you selalu ada dengan I." Balas Nuh.

"In shaa Allah sayang. I trust you, sayang. I pun ada kekurangan juga tau. Harap you boleh sabar dengan I." Nuh tersenyum. "In shaa Allah kita sama-sama buat yang terbaik untuk rumahtangga kita.

"Nuh..."

"Hurmm..kenapa sayang?"

"I tak pernah tanya you nak bawa I honeymoon dekat mana. Tak nak beritahu I?" Soal Izzah.

"Surprise. I harap you suka sangat, sebab I dah lama idamkan tempat tu.."

Izzah mengerutkan dahi. "Bagilah clue sikit.." Izzah masih mencuba.

"Tak nak..tak lama lagi you tahu.." balas Nuh. "Ermm..alaaa, tak best lah macam ni..tak baik tau rahsia..you nak honeymoon tu dengan I tau..yang you nak rasmikan pun, I ni juga tau.." kata Izzah.

Nuh memejamkan matanya. Izzah suka memancing kelemahannya. "Nak tahu?" "Mestilah nak.." balas Izzah. "I bagi clue sikit..bukan laut dan bukan resort.." Izzah mengerutkan dahi.

"Habis tu? Kalau bukan dua tu apa?? Oyuu Hotel ke?" Tanya Izzah selamba. Nuh ketawa lepas. "Sayanggg..you ni kan..kalau Oyuu Hotel tu, you kentut pun bilik sebelah boleh dengar tau. Belum lagi bunyi yang macam-macam tu.." Izzah turut ketawa. "Dah tu? Clue you pun tak membantu.." Izzah geram sahaja.

"Hari tu you kata ikut aje mana I nak bawa kan..so, tunggu ajelah. I rasa you mesti suka."

"Yakinnya?" Soal Izzah. "Of course sayang, I tahu taste you macam mana.." balas Nuh. "Will see.." balas Izzah. Beberapa minit kemudian, panggilan dimatikan. Izzah tersenyum sendiri. Dia excited tetapi dalam pada masa yang sama dia juga berdebar untuk ke fasa baru itu. Izzah selalu mengingati pesanan ibu dan abah. Contoh terbaik adalah kedua ibu bapanya. Bagi Izzah tidak mudah, tetapi dalam berumahtangga kita perlu berusaha mencari keserasian antara satu sama lain. Berkenalan lama tidak menjamin untuk kita betul-betul mengenali pasangan kita. Berusaha dan berserah semuanya kepada Allah.

Nuh Luqman (COMPLETE)Where stories live. Discover now