Izzah masuk ke biliknya sebaik sahaja Nuh berlalu pergi. Izzah menyemak semula jadual kerjanya pagi itu kerana dia takut terlepas pandang. Baru lima minit Izzah duduk, pintu biliknya diketuk.
Tok!! Tokk! Pintu bilik itu dibuka dan dia melihat Amara di situ. "Morning Amara.." "Morning Izzah.." "Breakfast?" "I dah breakfast, tapi you nak I teman ke?" Tanya Izzah. "Tak apa Izzah, I just tanya aje." "Jomlah, I okay aje. Lagipun, boleh I bagi you rasa Tuna yang husband I buat.." kata Izzah. "Sweet tau korang ni.." balas Amara. "Tengah baru orang kata, Amara.." Amara tertawa. "Iyalah, masih mood honeymoon kan? Shall we?" Izzah mengangguk.
Izzah menemani Amara ke kafe untuk bersarapan pagi itu. Walaupun Amara masih baru di situ tetapi Izzah selesa dari hari pertama Amara merawatnya ketika pengsan dahulu. Amara sama seperti Izzah cuma Amara lebih berpengalaman. Raut wajah Amara yang cantik dan rata-rata di situ ramai tidak percaya bahawa Amara sudah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata. Setahu Izzah, anak Amara juga sudah berumur 9 tahun dan seorang perempuan.
"So, klinik you dekat Terengganu tu macam mana?" Tanya Izzah. "Ohh, I memang dah standby cari doktor lain. So, klinik buka macam biasa aje.." balas Amara. "Anak you okay tak dekat sini?" "Alhamdulillah, dia jenis pandai sesuaikan diri. Izzah tersenyum.
"You okay tak Izzah? Makan semua okay? Loya?" Tanya Amara. "Alhamdulillah..ada masa aje Amara. Kadang tu rasa pening tu datang, tapi tak lama. Tapi, ada masa nak berkepit aje dengan suami. I suka bau dia." Amara tersenyum. "Normal kan benda tu? I dulu pun macam tu. Rindu pula rasa nak mengandung." "Boleh lagi tu, Amara." "Lepaskan you dululah.." mereka berdua tertawa.
Seusai makan dan baru sahaja mereka berdua ingin ke bilik masing-masing tiba-tiba terdengar bunyi bising di bahagian luar hospital itu. Izzah dan Amara berpandangan lalu mereka berdua terus pergi ke tempat kejadian.
Izzah terkejut apabila melihat Dilla terjatuh tersembam di jalan raya itu. Dia dan Amara kemudian menghampiri Dilla. Nazreen terkejut kerana lori menghantar stock itu mengundur tiba-tiba dan melanggar seseorang. Nazreen segera meminta tolong dan Dilla terus dibawa ke emergency. Izzah dan Amara juga turut ke berada di sana.
"Nazreen.." panggil Izzah.
"Sorry Izzah, I tak perasan. "Tak tak..relaks. Jangan panik." Izzah risau melihat keadaan Nazreen begitu. "I pergi tengok patient tu kejap Izzah." Izzah mengangguk. "Calm down, Nazreen. Jangan macam ni." Izzah menyuruh Nazreen duduk seketika. Izzah membiarkan Nazreen tenang dahulu.
10 minit kemudian..
"You okay?" Tanya Izzah. "Better.." balas Nazreen. "Tak apa, ambil masa you." Nazreen mengangguk. Izzah mengerling jam tangannya dan dia masih punya masa. Kalau diikutkan appointment pada pagi itu bermula jam 10:00 pagi.
"Driver I tak perasan tadi. I pun sama." Izzah masih mendengar. "Benda nak jadi, Nazreen. Kita tak minta pun." Nazreen senyum tawar. "Kesian dia, I tak tahu macam mana."
Tidak lama kemudian, Amara datang menghampiri mereka berdua. Amara memberitahu bahawa keadaan Dilla tidaklah teruk tetapi ada juga luka di tangan dan lutut. Nazreen menarik nafas lega. Dia tidak sangka boleh terjadi perkara seperti itu.
Silapnya juga tidak mengingatkan pemandunya untuk menarik handbrake dan dia juga tidak perasan bahawa Dilla berada di belakang lori itu.
"Mujur driver you sempat tarik handbrake, kalau tidak mungkin keadaan Dilla agak teruk." Kata Amara. "Boleh ke I masuk tengok?" Tanya Nazreen kepada Amara. "Boleh.." balas Amara. Terus sahaja Nazreen berlalu masuk ke bilik rawatan itu.
YOU ARE READING
Nuh Luqman (COMPLETE)
Romance❗️Untuk lebih faham, sila baca Izz Syakir terlebih dahulu..❗️ ❌Dilarang Plagiat hasil perahan idea saya❌ Cerita dan watak hanyalah rekaan semata mata dan tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun telah meninggal dunia.