"Ni tunang I.." kata Izzah ramah. Nuh memandang kemudian dia mengalihkan pandangan ke arah Izzah.
"Jom sayang..teman I dekat bilik.." Izzah menurut sahaja dan mereka meminta izin untuk pergi.
Izzah memandang Nuh pelik kerana Nuh hanya berdiam sahaja. Izzah tadinya mencari Nuh kerana appointment pada pagi itu telah dibatalkan. Oleh kerana itu, Izzah kembali ke bilik Nuh untuk menemani Nuh. Izzah teringat bahawa Nuh ingin mengambil angin di luar dan tidak sangka Izzah menemui Nuh dengan Dilla di luar tadi.
"Sayangggg.." panggil Izzah.
Nuh pamer senyum. "Kenapa sayang??"
"Kenapa you diam? Ada apa-apa nak cerita dengan I tak?" Soal Izzah. "Tak ada apa pun sayang. Seronok sangat dapat tengok pemandangan luar..speechless jadinya." balas Nuh.
"Baru tiga hari, sayang. You ingat you duduk penjara ke?" kata Izzah. Nuh tertawa kecil. "Tengok you, I rasa tenang aje. Tak ada rasa nak cepatkan lagi ke date kahwin kita?" Nuh mencuba nasib. "Sebulan tu, kira cepat tau sayang. You nak cepat macam mana lagi?" Soal Izzah.
"Hurmmm..malam ni, tak boleh?" Izzah memandang tajam ke arah Nuh. "Makin gatal you ni.." Izzah menggeleng kepalanya. "He he he..mana tahu you nak juga.." "Sabar Nuh Luqman. Bagi I mandi bunga wangi-wangi dulu, baru kita kahwin. I pun nak juga manjakan diri I. You kan tak nak I nampak siang. I kena lah cantik-cantikkan diri I. Baru hilang mata hitam you tu.." Nuh terdiam. Kelu lidahnya. Izzah pula menahan tawa melihat wajah Nuh yang nampak bingung itu.
"You ni kannnnnn.." Nuh geleng kepalanya. "Kenapa??? Tak tahan?" Usik Izzah.
"Sayangggg..I memang tak boleh tahan dah ni. I geram aje dengan you ni.." balas Nuh. Izzah tertawa lepas.
"Boleh I tanya?" Soal Nuh. Izzah mengangguk. "Siapa perempuan tadi tu?" Tanya Nuh.
"Ohhh..hari tu I terserempak dengan dia masa tengah buat round. Dia dengan sorang budak kecil. Comel sangat. Hurmm, sebabkan jumpa budak tu..I decide nak keluar dengan Nazreen untuk beli hadiah Ayla." jelas Izzah.
"Ohhh..anak dialah ye sampai sayang I ni nak keluar dengan laki tu?" Duga Nuh. "Hurmm, bukan anak dia." Nuh terdiam. "Habis tu siapa?" "Anak saudara dia." balas Izzah. Nuh mengangguk kepalanya. Cukuplah sampai di situ sahaja. Tiada apa yang perlu dia tahu tentang Dilla Darya. Ya..Dilla Darya merupakan kekasihnya dahulu. Dilla Darya yang meninggalkan dirinya kerana keluarganya menghalang hubungan mereka hanya kerana Nuh masih lagi baru mencipta kariernya. Nuh mengalah kerana baginya restu keluarga amat penting dan dia juga sudah tidak ingat apa-apa tentang Darya. Pertemuan tadi, hanya satu kebetulan akan tetapi yang membuatkan Nuh tertanya bagaimana Darya boleh berada di Sabah. 'Apa motif kau Darya?' getus hati Nuh.
"Kenapa you tanya?" Soal Izzah.
"Tak ada apa pun, sebab I pelik you ramah dengan dia. I ingatkan kawan rapat you.." balas Nuh.
"Tak lah. I kenal macam tu aje. Sebab semalam pun masa beli air dekat bawah, I jumpa dia juga." jelas Izzah. Nuh semakin pelik. Nuh melepaskan keluhannya. "Jangan ramah sangat dengan orang tak kenal, sayang. Bahaya. Kita tak tahu niat dia apa." Izzah memandang tepat ke arah Nuh.
"Sayanggg.." panggil Izzah.
"Hurmmm.." balas Nuh.
"I berani dengan perempuan aje tau. Lagipun, I tengok dia baik sebab itu juga I berani nak bersembang dengan dia." jelas Izzah. Nuh pamer senyum. "I suruh you hati-hati aje. Zaman sekarang ni macam-macam sayang. Kawan baik pun boleh rampas suami kawan baik sendiri. Tak salah nak baik tu, tapi berpada-pada." pesan Nuh. Izzah pamer senyum. "Thanks sayang, ingatkan I. Nanti I akan lebih berhati-hati." balas Izzah. "I sayang you, I tak nak apa-apa yang tak elok jadi dekat you..I kena pesan juga supaya you alert.." "Eeeeeeee..you ni..jomlah kahwin malam ni.." ajak Izzah. Nuh mencebikkan mulutnya. "Sebulan lagi, sabar sikit.." Nuh memulang balik ayat itu kepada Izzah. Izzah tertawa.
YOU ARE READING
Nuh Luqman (COMPLETE)
Romance❗️Untuk lebih faham, sila baca Izz Syakir terlebih dahulu..❗️ ❌Dilarang Plagiat hasil perahan idea saya❌ Cerita dan watak hanyalah rekaan semata mata dan tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun telah meninggal dunia.