NL❤️IS 41

1.7K 108 61
                                    

"So? Kau rasa ada orang lain yang buat?" "Boleh jadi. Aku sebenarnya syak sorang laki ni." "Siapa?" Tanya Yara. "Kalau betullah dia, Izzah kena lebih hati-hati.." "Siapaa?" Soal Yara sekali lagi.

Syakir menunjukkan gambar di telefeon bimbitnya kepada Yara. "Kau yakin?" Tanya Yara. "Apa guna adanya kau Yara, atau patut aku tukar kerja dengan kau?" Yara menggeleng kepalanya. "Senang kerja kau kann?" Kata Yara. "Untunglah aku bagi kau clue.." balas Syakir. "Hurmm, lawa betul isteri kau lepas dah ada anak ni. Kenapa aku tak jumpa dia dulu eh?" "Kau jangan sampai ada kes bunuh dalam bilik ni.." Syakir mendengus kasar. "Ha ha ha.." Yara ketawa lepas. "Aku tak sailang isteri kawan baik sendiri tau. Tapi, betullah kan orang kata..isteri orang ni cantik.." Syakir menjeling tajam ke arah Yara. "Sekali lagi kau puji, arwah kau dekat sini.."

"Tok!!! Tok!!!" Pintu bilik kerja Syakir diketuk.

"Alahaiii..rezeki aku dapat tengok bini kau.." kata Yara perlahan. Syakir menolak kepala Yara ke meja. "Sakit gilaa!!!" Naura memandang suaminya. "Tak baiklah abang buat tetamu macam tu.." Yara tersenyum memandang Naura. "Yara..minumlah. I buat dengan kasih sayang tau.." Syakir mengetap giginya menahan marah. Naura sengaja. Biar suaminya tahu rasa sakitnya bagaimana. "Keluar cepat, sayang.." Yara menahan tawanya. Dia tahu Syakir seperti apa. Naura pula menjeling suaminya. "Dah tua pun jealous!" Melopong mulut Syakir mendengarnya. Naura terus sahaja keluar daripada bilik itu. Yara menggeleng kepala dengan dua orang itu. "Kau tengah gaduh dengan bini kau kan?" Tanya Yara. "Diamlah kau.." "Ha ha ha.." "Tengok cara Naura layan aku pun aku tahu tau.." "Dah..sambung balik pasal tadi.."

Yara kembali fokus. Syakir kemudian menunjukkan satu lagi gambar kepada Yara. "Dah ni, siapa pula?" "Cakap bodoh nanti tak boleh terima!" Syakir geleng kepala. "Ni yang Nuh tunjuk dekat aku hari tu. Aku tak pasti diorang kenal ke tak sebenarnya. Tapi, aku rasa dia ni bahaya." "Dia nak apa dengan Nuh?" "Kau rasa?" Tanya Syakir. Yara terdiam. "Boleh jadi dendam.." "Mungkin.." balas Syakir. "Huhh! Pening aku..ramai betul peminat adik ipar kau ni.." "Aku pun ramai peminat juga.." "Betullah wife kau cakap." "Cakap apa?" Soal Syakir. "Dah tua pun jealous!" "Kau balik sekarang....." Yara ketawa lepas. Terhibur betul dia dengan Izz Syakir.

########

Pagi itu, Izzah memujuk suaminya untuk ke Skyline Luge Kuala Lumpur. Nuh bukanlah tidak mahu melayan tetapi permintaan Izzah agak menakutkan dirinya.

"Jomlah sayanggg.." pujuk Izzah lagi.

"Sayangg..you kan tengah pregnant. I risaulah you nak naik tu. You tak takut ke sayang?" Izzah menjeling suaminya. "You ingat diorang buat tak safety ke sayang? You ni kan, semua tak boleh.." Izzah membelakangi suaminya ketika itu.

Terpejam mata Nuh. Nuh mendekat dan dipeluk erat isterinya. "Bukan tak boleh..tapi, I risau.." "Itu ajelah you fikir. Kita ni, kalau nak mati tak payah tunggu tempat macam tu..dalam tidur pun boleh mati.." Nuh menarik nafasnya. 'Habislah kalau dah masuk bab mati, aku kalah..' getus hati Nuh.

"Apa I dapat kalau I bawa you pergi?" "You tak ikhlas!" Balas Izzah. Nuh tersenyum. "Pandang I sini.." Izzah menggeleng kepalanya. "Nak pergi tak ni sayang?" "You tipu I.." "Tak..cepat sini.." Izzah menurut sahaja. Nuh merenung wajah isteri tercinta. "Kita pergi..tapi, you janji tak lasak sangat. I risau jadi apa-apa dekat you.." Izzah senyum. "Boleh, I janji.." "Kalau you mungkir janji?" Tanya Nuh. Izzah berfikir sejenak. "You nak apa?" Nuh senyum nakal. "Ohhh, yang lasak dekat sana tu you takut, yang you tu melasak, menggasak dengan I tak takut pula??" Perli Izzah. Dia geram sahaja dengan suaminya itu. "Banyak benda lain lagi sayang yang menarik.." kata Izzah. "Hurmm..tak ada yang lebih menarik selain you, sayang.." Izzah kecilkan matanya. "Mengada.." Nuh tayang sengih. Chupp!! Izzah mencium bibir suaminya sekilas. "Thank you sayang layan permintaan I.." "Janji sayang I ni happy..jom siap.." Izzah laju mengangguk.

Nuh Luqman (COMPLETE)Where stories live. Discover now