Alma menelan liurnya. Dilihat ada tompokan darah yang keluar daripada seluar Izzah. Alma segera bangun dan meminta bantuan medik. Izzah terus dibawa ke unit kecemasan. Alma panik dan dia berharap tiada perkara serious terjadi kepada Izzah. Sekiranya sesuatu yang buruk berlaku, Alma pasti Nuh akan menyalahkan dirinya.
20 minit kemudian..
Alma masih di ruangan menunggu untuk menanti khabar Izzah. Dia agak takut dan yang pastinya bukan salah dirinya. Dia cuba menyelamatkan Izzah tadi.
"You buat apa dengan wife I Alma???!" Tanya Nuh kasar. Alma terus bangun dan melihatkan wajah Nuh seperti mahu menelan dirinya dia kelu untuk berkata.
"Aku tanya ni Alma...kau buat apa??!!!!!" Semua mata memandang ke arah mereka ketika itu. Nuh tidak peduli dengan sekelilingnya ketika itu dan apa yang dia sangat risaukan adalah Izzah.
"I..I ta-kk bb-uat apa-apa pun Nuh.." balas Alma gagap. "Tak buat apa-apa? Kau buat apa dekat sini??! "Atau memang kau dah rancang benda lain???!" Alma tersentak dengan tuduhan Nuh itu.
"Nuh.." panggil Amara. Nuh menoleh dan dia terus sahaja dia menghampiri Amara.
"Kenapa Amara?" Soal Nuh cemas. "Kita cuba yang terbaik. Sekarang ni, keadaan Izzah agak lemah." Balas Amara. "Boleh I tengok Izzah?" Amara mengangguk.
Sayu Nuh Melihat Izzah yang terbaring lesu dihadapannya itu. Izzah hanya senyum segaris memandang Nuh yang jelas tampak risau. "Sayanggg.." panggil Izzah lembut. Nuh mengucup dahi isterinya. "Sorry sayang.." Nuh geleng kepalanya. "You kuat, baby pun kuat.." mengalir air mata Izzah. "Kalau jadi ap-a.." "Rehat sayang..jangan banyak cakap." Izzah terdiam apabila jari Nuh berada di bibirnya. Air mata Izzah diseka dari terus mengalir.
"Jom Nuh..kita bagi Izzah rehat kejap, in shaa Allah semua okay.." kata Amara tenang. Nuh tidak membantah dan dia juga tidak mahu mengganggu Izzah. Apa yang terbaik untuk Izzah, dia akan ikut sahaja.
Sebaik sahaja Nuh keluar dia melihat Alma masih di situ. Nuh duduk untuk menenangkan dirinya dan tiba-tiba Alma datang duduk bersebelahan dengan Nuh.
"I minta maaf Nuh walaupun sebenarnya I tak salah dalam hal ni.." kata Alma. "Tak salah? Kau reti minta maaf? Kau nak apa Alma? Aku tak faham kenapa kau ada dekat sini? Ke kau sakit jiwa?" Tanya Nuh sinis.
"Apa salah I Nuh? You patut dengar apa yang I nak cakap, bukannya you hukum I tanpa you tahu cerita sebenar.." Alma harus pertahankan dirinya. Nuh memandang tepat ke arah Alma. "Hukum? Dalam bilik tu, isteri dan anak aku Alma. Jadi apa-apa dekat diorang, anggaplah kau dengan aku tak pernah kenal..dan itu kenyataaan yang kau perlu hadap Alma.." balas Nuh tegas. Alma terdiam. Nuh terus sahaja bangun tinggalkan Alma di situ.
"I datang sini sebab nak minta maaf dengan Izzah. Lepas apa yang dah jadi antara kita, I faham semuanya. Betul, I tak boleh nak terima sebab you dah berkahwin. I pernah ada perasaan dekat you dan bukan semudah tu I nak buang you Nuh. Tapi, bila I fikir balik dan tak nak kita bermusuh. I datang sini dan I nak betulkan semuanya balik. I tak sangka pula lain yang jadi. Izzah hampir kena langgar dan I tarik dia, sebab tu dia jatuh. You rasa I boleh fikir apa masa tu Nuh?" Jelas Alma. Nuh terdiam seketika.
"Kau ingat aku percaya ke Alma? Tak payahlah kau nak menangis bagai, cukuplah apa yang kau dah buat dan tolong berambus!" Alma terkejut dan dia hanya mampu memandang Nuh sahaja.
YOU ARE READING
Nuh Luqman (COMPLETE)
Romance❗️Untuk lebih faham, sila baca Izz Syakir terlebih dahulu..❗️ ❌Dilarang Plagiat hasil perahan idea saya❌ Cerita dan watak hanyalah rekaan semata mata dan tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun telah meninggal dunia.