Izzah telah mencipta benteng ruang antara dia dan Nuh. Dia masih merajuk dengan Nuh setelah apa yang dikatakan Syakir tadi. "Sayang.." panggil Nuh. "You jangan peluk I.." "Sampai hati you.." "You tu yang sampai hati.." Izzah membelakangi suaminya. "Mana I ada cerita dengan Syakir apa-apa. You tahu abang you suka usik you kan???" "Tak percaya!!!" Rengus Izzah. "Pandanglah I sini..." "Tak nak!!!" Nuh pejamkan matanya. "Izzah Syakirah..." Izzah buat-buat tidur. Nuh cuba meruntuhkan timbunan bantal yang telah dibuat oleh Izzah tetapi dihalang oleh Izzah. "Jangan dekat!!" "I tak bawa you pergi flying fox esok.." "I boleh pergi sendiri.." "Tak baik keluar tanpa izin suami tau, lagi pun you tak tahu tempatnya.." "Ada I kisah? I boleh aje waze.." balas Izzah. "Tempat tu tinggi tau, sayang.." kata Nuh. "Biar I terjun!!" "Allahuakbar sayang..." mengucap Nuh dibuatnya. "I nak tidur. Jangan kacau I.." 'Dasar punya abang ipar....' Nuh geram. Nuh hanya membiarkan Izzah. Bukan tidak mahu memujuk, sengaja dia biarkan. Mood Izzah mudah berubah dan kebiasaannya sekejap sahaja.
Beberapa minit kemudian, Izzah sudah lena dengan tidurnya manakala Nuh masih berjaga sambil bermain dengan handphone. Nuh meletakkan telefon bimbit dan dia perlahan-lahan menepikan timbunan bantal itu. 'Mana boleh tidur tak peluk isteri..' kata Nuh dalam hati. Seusai itu, Nuh merapati Izzah dan dia memeluk Izzah erat dalam pelukannya. Dikucup wajah isterinya. 'Macam-macam tau ragam mak buyung ni..' getus hati Nuh. Nuh tersenyum sendiri. Tiba-tiba Izzah bergerak membetulkan baringnya. Nuh jarak sedikit bagi memberi ruang kepada Izzah. Laju tangan Izzah memeluk Nuh dengan mata yang masih terpejam. Nuh pamer senyum. 'Tidur pun cantik..' Nuh merenung Izzah lalu membelai wajah putih bersih itu dan akhirnya Nuh juga terlena bersama. Penat dirasakan Nuh kerana dia memandu daripada Terengganu dan telah sampai ke Kuala Lumpur jam 3:00 petang. Mereka check-out awal sedikit kerana ingin membeli buah tangan untuk dibawa pulang kepada ahli keluarga.
Dua jam kemudian..
Izzah terjaga kerana dia mimpikan sesuatu lalu dia memandang wajah suaminya. 'Macam mana boleh peluk ni?' Izzah memandang sekeliling. "Mana pergi bantal tu semua?" Omel Izzah sendiri. "Hurmm..biarlah.." Izzah malas mahu berfikir. Apa yang penting ketika itu dia harus kejutkan Nuh. "Sayanggggggg.." panggil Izzah lembut. Nuh tidak menyahut. "Bangunlah sayang.." rengek Izzah. Nuh buat-buat lena. "You nii.." "Jangan kacau I.." balas Nuh. "Ohhhh, balas yee.." Izzah geram. Dia terus menindih badan Nuh. "Wow!!! I suka tau posisi ni sayang.." Nuh bercakap dengan mata yang masih terpejam. Izzah mengetap bibirnya. "You jangan nak menggatal.." "You yang serah diri.." "I tak cakap pun nak you.." "Habis tu? Kenapa you naik atas I?" "I nak kejut you.." "Menarik tau cara you kejut bangun tidur ni, sebab I rasa lain yang dah bangun.." Izzah geram. Nuh pula senyum meleret. Sengaja dia mengusik Izzah dan dia tahu pasti Izzah inginkan sesuatu.
"Sayang nak apa?" Soal Nuh lembut. Izzah merenung suaminya. "Mana you tahu?" "I kenal isteri I tau.." Izzah juihkan bibirnya. "Nak apa ni?" Tanya Nuh lagi. Izzah menunduk manakala Nuh tersenyum melihat reaksi comel itu. 'Geram betul dengan dia ni..' kata Nuh dalam hati. "Sayang nak apa?" Nuh mendongakkan wajah Izzah agar memandangnya. "I nak..nakk.." "Nak apa?" Tanya Nuh. "I nak naik beca.." Nuh diam seketika. "Mesti you tak bagi kan?" "I tak cakap apa-apa pun.." balas Nuh. Sebenarnya Nuh sedang berfikir di mana dia perlu membawa Izzah. "Tapi.." Nuh terus fokus semula memandang isterinya. "Tapi apa?" "Tapi, I nak yang ada lampu-lampu.." Nuh sembunyi senyum. Nampaknya dia tahu ke mana harus membawa Izzah. "Nak pergi Melaka?" Izzah angguk perlahan. "Boleh ke sayang?" "Boleh.." balas Nuh. "Malam ni boleh?" Nuh telan liurnya. 'Tak penat betul bini aku ni..' getus hatinya. "I tak kisah, tapi sayang I ni okay tak?" Izzah tersenyum. "I okay ajelah.." balas Izzah ceria. "Kita siap sekarang, nanti tak lambat sangat sampai.." kata Nuh. "Kita tidur sana boleh? I nak makan roti canai yang viral tu.." Nuh angguk kepala tanda boleh. "Iyalah..I ikut semua permintaan you, sayang.." "Macam terpaksa aje.." Izzah buat-buat merajuk. "Tak, itu tandanya I menghargai you tau. Janji isteri I ni happy aje.." "Betul ni?" Tanya Izzah. "Betul.." balas Nuh bersungguh. "Tapi kan sayang..." Izzah merenung suaminya. "Tapi apa?" Soal Izzah. "Tak kesian ke dekat pak cik bawa beca tu?" Izzah kerutkan dahi. "Kenapa pula? Sekarang ni, bukan pak cik tau..abang beca.." balas Izzah. "Mana you tahu abang?" Tanya Nuh. "Kenapa kalau pak cik pun??" Soal Izzah pula. "Bukan apa..you kan dah berat, penat dia kayuh nanti.." Nuh mengusik. "I benci you!!!!" Izzah turun daripada badan suaminya. Dia geram manakala Nuh ketawa mengekek.
YOU ARE READING
Nuh Luqman (COMPLETE)
Romance❗️Untuk lebih faham, sila baca Izz Syakir terlebih dahulu..❗️ ❌Dilarang Plagiat hasil perahan idea saya❌ Cerita dan watak hanyalah rekaan semata mata dan tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun telah meninggal dunia.