"Amboi, banyaknya kamu borong Kek Lapis Sarawak Izzah.." kata ibu. Izzah tersenyum. "Nuh suruh beli banyak-banyak, Izzah apa lagi ibu. Siapa lagi nak habiskan duit suami kalau bukan isteri dia kan?" Izzah menjeling Nuh yang berada di sebelahnya itu.
"Haah, eloklah perangai macam tu. Jangan boros sangat Izzah. Duit sekarang macam air aje. Saving tetap kena ada. Walaupun dua-dua gaji besar, untuk masa depan tetap kena ada tau. Ada anak nanti, komitmen lagi bertambah." Pesan ibu.
"In shaa Allah ibu. Semua Nuh dah buat untuk kitorang berdua. Lebih dari cukup, In shaa Allah.." ibu tersenyum. "Ibu tahu, ibu saja aje pesan. Ibu kenal anak ibu, handbag dekat dalam bilik tu macam tukar baju aje dia buat." Izzah mengetap bibirnya. Nuh tertawa kecil. "Nuh tahu, ibu." Izzah menjeling manja suaminya. Tiba-tiba Izzah tersenyum. "Sayang, I beli dua tau handbag dekat Naura..please????" Izzah tayang muka comelnya. "No problem, sayang. Tapi...." Izzah mengecilkan matanya.
"Tapi apaaa??" Nuh senyum meleret. "Kalau satu beg RM4k, I nak 4 round. Faham tak maksud I?" Bisik Nuh perlahan. Membulat mata Izzah. "Habis tu, kalau 2 bag RM8k..8 round ke?" Nuh mengangguk laju. "8 round, 8 skill.." balas Nuh selamba. "Gila ke apaa??" Izzah menggeleng kepalanya. "Ha ha ha.." Nuh tertawa lepas.
"I gurau ajelah. I dah bayar pun. You kirim guna air liur aje eh sayang..." Nuh mengerling manja ke arah isterinya. Izzah pula tersengih. "Along kan adaaaa.." balas Izzah. "Banyak diorang nak pakai duit sayang bercuti dekat sana.." balas Nuh.
"Sayang...I pernah tengok account along tau. Hilang anak mata I tau. Banyak kot duit orang tua tu.." Nuh menggeleng kepalanya. "Jangan sampai I pula yang hilangkan anak mata you, sayang.." balas Nuh nakal. "Errrrr..ni malas ni.." kata Izzah. Nuh memandang isterinya. "Apa yang malas?" Tanya Nuh. "Masuk bilik jom sayang???" Izzah senyum menggoda. "Nak buat apa dalam bilik?" Soal Nuh lagi. "Buat anaklah sayang, I tengah gatal ni.." balas Izzah selamba.
"Layanlah Nuh, orang tengah gatal tu." Sampuk abah yang baru sahaja muncul. Nuh tersenyum sipu. Izzah terus menarik tangan suaminya. Ibu dan abah menggeleng kepala melihat anak perempuannya itu. "Ikut perangai awaklah tu ibu." Ibu mencebikkan mulutnya. "Gatal aje, ikut kita. Dia dulu rajin juga ajak kita masuk bilik." Balas ibu. Abah tertawa mendengar. "Masuk bilik jom??" Ajak abah kepada ibu. Pap!!! Ibu memukul perlahan bahu abah. "Ha ha ha.." Abah melepaskan tawanya.
Syakir sekeluarga selamat sampai ke Paris dan sedang berjalan di tempat-tempat menarik di sana. Seronok Izzah melihat abangnya itu bercuti. Rasa lama pula dia tidak bercuti ke luar negara. 'Try ajak Nuh nak?' Getus hati Izzah. 'Tapi, nantilah..banyak lagi masa.' Kata Izzah dalam hati.
"You fikir apa tu sayang? Tak nak share dengan I ke?" Soal Nuh. Izzah pamer senyum.
"Bukanlah tak nak share, tapi I seronok tengok along bercuti. Elok pula budak bulat dua orang tu diam aje. Bukan main sengih bergambar. Pandai sangat tu tengok kamera." Kata Izzah.
Nuh tersenyum. "Iya, I pun geram betul. Seronok sangat jalan overseas tu. Anak papa sangat tu. Kuat berjalan." Balas Nuh. Izzah tertawa kecil.
"I rindu diorang lah sayang...." Izzah memeluk suaminya erat. Mereka sedang berbual sambil melayan mata untuk tidur.
"I pun sayang.." Nuh mengucup dahi isterinya. Tiba-tiba Nuh memegang perut leper Izzah. Dibacakan doa. Izzah tersentuh dengan layanan Nuh. Boleh dikatakan setiap hari dan setiap malam selama mereka berkahwin itu, Nuh berbuat begitu. "Terima kasih, sayang..selalu bacakan doa.." Izzah mengusap kepala suaminya. Nuh memandang isterinya penuh kasih.
"I tahu, anak ni bukan urusan kita. Tapi, I doa banyak-banyak untuk itu. I tahu, kalau kita selalu berdoa..cakap yang baik-baik, pasti Allah kabulkan doa kita. I berserah semuanya jika Allah berkehendak lain. Tapi, I tak nak kita cepat putus asa tau. Kita usaha selagi boleh." Izzah senyum mendengar bait-bait kata suaminya. "In shaa Allah, sayang. Cakap yang baik-baik, dapat juga yang baik-baik nanti." Nuh kerdipkan matanya.
YOU ARE READING
Nuh Luqman (COMPLETE)
Romance❗️Untuk lebih faham, sila baca Izz Syakir terlebih dahulu..❗️ ❌Dilarang Plagiat hasil perahan idea saya❌ Cerita dan watak hanyalah rekaan semata mata dan tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun telah meninggal dunia.