Izzah melihat cincin di jari yang telah mengikat tanda sebagai tunangan orang. Izzah tidak sangka dia akhirnya membuat keputusan itu dan pilihan hatinya ialah Nuh Luqman.
Tok!! Tokk!!! Pintu bilik Izzah diketuk.
"Ibu...masuklah.." pelawa Izzah. Ibu tersenyum memandang anak perempuannya itu. Lama pandangan itu. "Kenapa ibu?" Soal Izzah.
"Tak ada apa..ibu tak sempat jumpa anak ibu siang tadi..dah tunang dah anak ibu..tak lama lagi nak kahwin.." kata ibu sambil mengelus lembut pipi anak perempuannya.
"Ibu ni..macam lah Izzah ni jauh dari ibu..Izzah ada masa lagi dengan ibu dan abah tau.." ibu tersenyum.
"Memanglah ada masa. Tapi, tak lama dah..6 bulan tu kejap aje Izzah." Balas ibu.
Izzah mengenggam jari jemari ibunya. "Ibu macam tak happy aje Izzah bertunang..kenapa ibu?" Soal Izzah ingin tahu. Air muka ibu membuatkan Izzah tertanya-tanya.
"Kenapa cakap macam tu? Ibulah orang paling happy, dapat pula bakal menantu yang cukup sempurna bagi ibu. Ibu bersyukur. Ibu harap korang berdua bahagia sampai syurga..in shaa Allah.." ibu membalas genggaman tangan anaknya itu.
"Alhamdulillah..Izzah seronok dengar macam tu. Izzah bukan apa, tengok ibu macam tak happy aje..Izzah risau.."
"Ibu happy sangat. Nak jadi isteri dah anak ibu. Sabar banyak-banyak tau Izzah. Tak ada hubungan yang tidak diduga. Semua yang jadi atas diri kita dan pasangan, kena tahu macam mana nak selesaikan sesuatu masalah tu. Jangan cepat mengalah. Pertahankan apa yang sepatutnya jadi hak kita. Allah bagi ujian sebab dia tahu hambanya mampu untuk menghadapinya." pesan ibu bersungguh-sungguh.
"In shaa Allah, ibu. Izzah cuba yang terbaik. Izzah pun tak sempurna ibu. Izzah harap sangat Nuh boleh bimbing Izzah nanti." Balas Izzah.
"In shaa Allah..tak lama ke 6 bulan tu?" Soal ibu kepada Izzah.
"Errr..okay lah tu ibu..orang lain setahun tau..Izzah 6 bulan aje.." balas Izzah.
"Tak apelah kalau dah cakap macam tu..kalau ubah fikiran, beritahu ibu dan abah. Kita cepatkan lagi senang." Melopong mulut Izzah mendengar. 'Nak cepat dah kenapa?' Getus hatinya.
"Ermmm..ibu dengan abah dah tak nak jaga Izzah ke suruh cepat kahwin ni?" Izzah melentokkan kepala di bahu ibunya.
"Bukan tak nak jaga. Tapi, tengok masing-masing macam dah tak sabar sangat." Izzah mengerutkan dahi. "Mana ada..ibu memandai aje.."
"Ibu tengok cara Nuh pandang pun tahu..sama aje anak perempuan ibu ni..orang kata, dah gatal.." kata ibu. "Apa ibu cakap macam tu..Izzah ni mana pandai bab-bab macam tu.." balas Izzah.
"Ermm..iya ke tak pandai? Tak kan doktor pakar tak pandai ya?" Perli ibu. Izzah menayang sengihnya. "Pandai tapi tak ada pengalamanlah ibu.."
"Nanti tahulah macam mana. Kamu kuat mengusik abang kamu hari tu kan? Nanti, rasalah kamu kena usik dengan dia.." Izzah mencebikkan mulutnya. "Itupun nak balas.." gumamnya perlahan dan ibu tertawa.
Tiba-tiba handphone Izzah berbunyi dan sempat ibu melihat nama di skrin itu. "Ibu keluar dululah ye..buah hati dah call tu.." Izzah tersenyum sipu. Sebaik sahaja ibu keluar daripada biliknya, Izzah menjawab panggilan daripada Nuh itu.
"Assalammualaikum.."
"Waalaikumsalam, sayang.." balas Nuh.
"Buat apa tu?" Soal Nuh. "Tak ada buat apa..dah baring dah..nak tidur aje.." balas Izzah.
"I kacau ke you ke sayang?" Soal Nuh. "Tak lah..kalau I angkat ni, maknanya tak tidur lagi.." balas Izzah.
"Hurmm..kalau ngantuk sangat, beritahu tau.." kata Nuh risau. "Iya..dengar suara you ni hilang ngantuk I tau.." balas Izzah.
YOU ARE READING
Nuh Luqman (COMPLETE)
Romance❗️Untuk lebih faham, sila baca Izz Syakir terlebih dahulu..❗️ ❌Dilarang Plagiat hasil perahan idea saya❌ Cerita dan watak hanyalah rekaan semata mata dan tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun telah meninggal dunia.