NL❤️IS 62

1.9K 100 42
                                    

Beberapa bulan kemudian..

Izzah kini hanya menunggu hari untuk bersalin. Nuh juga sudah mula bercuti bagi menemani isterinya itu. "I takutlah sayang.." kata Izzah. "Janganlah takut, I kan ada. Doa banyak-banyak.." Nuh cuba menenangkan Izzah. "Amara kata, potensi besar baby kita ni.." "I percaya you boleh. I ada teman you nanti.." Izzah pamer senyum. "Thank you.." Nuh kerdip perlahan matanya. Mereka berada di rumah ibu sejak dua minggu yang lalu. Izzah ingin meluangkan masa bersama dengan ibu kerana selepas semuanya selesai, dia dan Nuh akan terus menetap di semenanjung. Awalnya, Izzah ingin sahaja berpantang di rumah sendiri akan tetapi Nuh berasa kasihan jika melihat kedua mertuanya ingin berulang alik. Bukan tidak mengajak mereka tinggal bersekali tetapi ibu dan abah lebih selesa di rumah sendiri. Jarak rumah mereka juga tidaklah jauh tetapi tidak mengapalah Nuh dan Izzah memilih duduk bersama dengan orang tuanya.

"Assalammualaikum.." "Waalaikumsalam.." balas Nuh. "Mana Naura?" Soal Nuh. "Hari ni, tak ikut pergi office. Ada dekat rumah dengan anak-anak.." Nuh angguk faham. Mengandung kali kedua, Naura boleh dikatakan hari-hari akan mengikut Syakir ke pejabatnya. Tidak hanya dia, anak-anaknya juga turut dibawa sekali. Kata Naura, Syakir semakin handsome dan bahaya jika ada perempuan lain memandang suaminya itu. "Kena ikat dengan bini nampaknya.." "Tu bukan ikat, pembawakan anak.." balas Syakir. "Kau mesti ada buat salah kan?" Syakir memandang tajam ke arah Nuh. "Kau ingat aku jenis cuci mata?" "Memang pun. Kes Alma dulu tu, buktikan kau siapa tau.." balas Nuh. Syakir geleng kepala.

"Aku dengar, Alma nak kahwin. Betul ke?" Tanya Syakir kepada Nuh. "Haah, betul apa yang kau dengar.." "Dengan siapa?" Soal Syakir. "Tak kan kau.." balas Nuh. "Boleh jadi, aku ada tiga kosong lagi tauu.." "Elok Naura ikut kau, sebab inilah kau yang sebenarnya.." "He he he.." Syakir tayang sengih. "Kejap, kau nak ambil lauk ibu masak kan?" Soal Nuh. "Iya, ibu kata Naura teringin ayam masak palembang..." "Ni petang tak masuk office ke?" Tanya Nuh kepada Syakir. "Tak, lepas ambil lauk balik terus.." balas Syakir. "Pergilah ambil, kesian Naura tunggu lama.." "Yang kau kesian tu, bini aku tau.." "Dah tu? Biras aku juga.." balas Nuh. "Dengan siapa Alma kahwin?" "Kau ni......." Nuh geram. "Kau memang nak try janda ke? Asal dengan Leila dulu tak try??" Tanya Nuh. "Kau bodoh kenapa?" Syakir geram. "Tahu pula kau marah.." Syakir malas mahu melayan. Laju sahaja langkahnya menuju ke dapur.

Syakir melihat ibu sedang mengemas dapur seperti kebiasannya ibu lakukan sebaik sahaja selesai memasak. "Ibu..." "Haaa, sampai pun.." "Tadi dah sampainya, sembang dengan Nuh dekat depan. Abah mana?" "Dekat bilik rasanya. Ni lauknya, ibu masak lebih tu. Senang nanti panaskan aje.." "Thanks ibu, sudi masakkan untuk isteri Syakir.." "Dua-dua anak ibu. Kesian Naura tu, ibu tolong sikit aje tu.." Syakir tersenyum. "Tak meragam ke Fael dengan Fadel tu?" Tanya ibu. "Merengek macam tu ajelah ibu. Syakir pun tak sampai hati juga. Kalau Naura tak ikut Syakir pergi office, Syakir suruh maid datang.." "Eloklah macam tu, anak-anak tengah lasak. Tolong mana yang boleh.." Syakir angguk tanda faham.

Tidak lama, Syakir meminta izin untuk pulang ke rumahnya. Ketika mereka berada di pintu, tiba-tiba terdengar suara Izzah menjerit kuat. "Sayang!!!!!" Panggil Izzah. "Kenapa tu?" Syakir panik, jarang juga Izzah hendak memanggil seperti itu. Nuh terus berlari ke arah Izzah. "Kenapa sayang?" "Air...." Balas Izzah. "Ohh, nak air ke? Kejap I ambil.." Izzah mengetap bibirnya. "Hoiii! Dia nak bersalin dah lah gila!!" Kata Syakir apabila melihat Nuh agak blur. Ibu geleng kepala dibuatnya. "Haa????!!" "Kau ingat ni sinetron indonesia nak haaa haaaa???!" Syakir geram. "Habis tu? Aku nak buat apa ni?" Soal Nuh. "Tengok ajelah dia bersalin atas katil tu..boleh aje dekat situ.." kata Syakir sambil menyilang kedua tangannya. "Nuh, Syakir......." Ibu hilang sabar. "Pergi hospital sekarang!!!" Arah ibu tegas. "Haa? Betul ke ibu??" "Cepatlah sayang!!!!!!" Izzah geram. "Tak simpan sikit bodoh kau ye Nuh.." perli Syakir. Laju Nuh mencempung Izzah untuk dibawa ke hospital.

Nuh Luqman (COMPLETE)Where stories live. Discover now