NL❤️IS 20

2.1K 119 52
                                    

"In shaa Allah..tak mungkin lupa, kaulah saksi susah senang aku. Aku percaya, orang baik macam kau..mesti jumpa dengan perempuan yang baik-baik juga." Kata Nuh.

"In shaa Allah..amiin.." Ghazi menadah tangannya.

"Bila kau nak balik Sabah?" Tanya Ghazi.

"Malam ni juga. Tak bolehlah jauh-jauh sekarang ni..lain macam rindunya.." balas Nuh.

Ghazi tertawa. "Teruk penangan orang bercinta ye?" Perli Ghazi. "Sayang bro.." balas Nuh. Ghazi mengangguk faham. "Dah tu, apa lagi tak settle? Aku dah janji nak teman kau sehari ni."

"Tak banyak dah tempat nak pergi. Aku dah deal diorang by whatsapp. Nanti, diorang follow up dengan aku." Jelas Nuh. Ghazi tidak bertanya banyak kerana dia tahu kerja Nuh selalunya pantas dan terbaik.

"Jomlah kita gerak.." ajak Nuh. Mereka kemudian menuju ke satu tempat untuk urusan seterusnya.

Sampai sahaja di tempat itu, Nuh dengan pantas membuat pilihan demi keselesaan dia dan bakal isterinya. Urusan selanjutnya? Ghazi yang akan membantu.

"Cepat eh kerja kau..ni tak tahu tak sabar nak kahwin ke atau nak balik Sabah.." kata Ghazi.

"Dua-dua." Balas Nuh ringkas.

"So, Pak Ngah dengan Mak Ngah dah tahu ke belum ni kau nak balik malam ni juga?" Soal Ghazi. Nuh menayang sengihnya. "Kejap lagi aku beritahu." Balas Nuh.

"Teruk dah kau ni.." Ghazi menggeleng kepalanya. "Nak aku carikan jodoh tak?" Usik Nuh. "Hurmm..banyak masa kau eh? Kejap.." Nuh memandang Ghazi.

"Kes accident kau macam mana?" Nuh menghembus nafasnya perlahan.

"Masih dalam siasatan, tapi daripada apa yang bakal abang ipar aku cakap..kemalangan tu dirancang dan dia gunakan orang upahan. Cumanya, kes ni jadi lambat sebabkan kemalangan itu seolah aku terbabas sendiri."

Ghazi terfikir sesuatu. Pelik. "CCTV? Kereta mahal-mahal dashcam tak ada?"

"Hurmm..CCTV tak jelas dekat situ. Dashcam aku diorang dah hapuskan dulu. Itulah yang buat lagi susah."

"Kau ada musuh ke?" Soal Ghazi ingin tahu. "Mana lah ada. Tapi, tak tahulah aku orang yang nak bermusuh dengan aku.." katas Nuh.

"Kau kena hati-hati Nuh. Ni nasib baik tak ada apa yang serious. Aku risau orang tu still nak mencuba lagi."

"Aku lebih risau dekat bakal isteri aku. Hati aku cakap, orang tu aim Izzah."

"Satu benda kau kena tahu Nuh, kalau dia aim Izzah..dan pastinya dia aim kau juga. Kelemahan kau adalah Izzah dan kelemahan Izzah adalah kau. Bahasa paling mudah nak faham, aku tak dapat..kau pun tak kan boleh dapat." Jelas Ghazi.

Nuh terfikir sesuatu. Betul juga apa yang dikatakan Ghazi. "Kau dengan Izzah kena alert dengan orang sekeliling. Aku bukan nak takutkan, tapi risau leka..kita yang masuk perangkap dia." Tambah Ghazi lagi. Nuh memandang Ghazi. "Apa dia nak sebenarnya?" Soal Nuh sendiri.

"Manusia Nuh. Kalau hati dah busuk, jadilah macam tu. Kita memang tak tahu niat dia, tapi sebagai orang islam sebab itu kita tak boleh menyimpan perasaan dendam. Aku faham, parut kekal menjadi parut. Tapi, Allah bagi kita akal untuk berfikir. Itulah bezanya kita dengan binatang. Tapi itulah, kejam orang sekarang ni lagi teruk daripada binatang.." Ghazi menggeleng kepalanya.

Nuh Luqman (COMPLETE)Where stories live. Discover now