BKI - KUL (Kota Kinabalu - Kuala Lumpur)
Nuh sekeluarga akhirnya sampai di semenanjung. Izzah tersenyum puas sebaik sahaja sampai di Kuala Lumpur. "Suka sangat balik KL tu.." kata Nuh. "Suka..sebab rumah kita kan dekat sini.." balas Izzah. Nuh senyum memandang isterinya. Ada perkara yang dia perlu bincangkan dengan Izzah dan dia berharap Izzah akan bersetuju.
"Sayang..." panggil Izzah. "Iya sayang.." "Singgah Makcik Anne tau nanti.." Nuh kerut dahi. "Makcik mana pula ni sayang?" Izzah julingkan matanya ke atas. "Aunty Anne lah sayang.." balas Izzah. Nuh geleng kepala. "Ingat nak pinangkan dengan anak mak cik mana tadi.." usik Nuh. "Berani???" Soal Izzah. "I okay aje, you juga bagi izin hari tu.." "Masa tu aje.." balas Izzah geram. "Ohh..ingat boleh sampai bila-bila..kalau boleh, I nak janda tau sayang.." Izzah mengetap bibirnya. "Janda banyak pengalaman, tak banyak sangat I nak kena ajar...." Nuh senyum meleret. "Mama!!!!!" Jerit Izzah sehingga banyak mata tertumpu ke arahnya. Nuh masih tertawa. Laju Izzah meninggalkan suaminya yang sedang menunggu beg di ruang bagasi itu. Papa dan mama geleng kepala dan mereka tahu pasti Nuh mengusik isterinya.
"Jangan dilayan Nuh tu.." masam sahaja wajah Izzah. "Suka sangat dengan janda..orang suruh hari tu tak nak, cinta matilah..tak ingat janjilah..argggh!!!" Papa turut ketawa. Tidak menyangka dia bahawa Izzah isteri kepada anaknya itu semakin manja semenjak mengandung. "Awak jangan ketawa sangat papa.." "Tahulah papa ni cucu ikut perangai siapa.." balas papa. "Papaaaaa..." ngongoi Izzah. "Dah jom..driver tunggu dah tu.." kata Nuh lalu terus dia merangkul pinggang isterinya. "Sayang..kenapa dah tak muat I nak peluk ni.." terhenti langkah Izzah. Jelingan maut diberikan kepada suaminya. "Ha ha ha.." Nuh ketawa. "Love you, sayang.." ucap Nuh sambil dia kucup pipi isterinya. "Jommmm.." Izzah akur sahaja. 'Lawan nanti, tak dapat pula tengok gajah mandi..' kata Izzah dalam hati.
1 jam kemudian..
Mereka pulang ke rumah kedua orang tuanya terlebih dahulu. Nuh ingin Izzah berehat sebelum pulang ke rumah mereka. "Balik rumah sana bila?" Soal papa. "Petang sikit papa, biar Izzah rehat dulu." Balas Nuh. "Eloklah..letih tu walaupun kita ni naik flight aje..tapi, letih menunggu tu yang tak tahan.." kata papa lagi. "Betul tu papa..Nuh risau tapi itulah, makin besar perut makin aktif juga Izzah tu.." "Layan ajelah Nuh. Macam itulah orang mengandung. Nak bawa perut, emosi lagi..kamu tu, jangan suka mengusik dia sangat.." "He he he..seronok papa.." balas Nuh sambil tersengih. "Jangan suka sangat, kamu juga yang rugi nanti.." Nuh faham maksud papa itu. "Nuh naik bilik dulu, papa.." "Iyalah.." balas papa.
~Flashback~
"Jaga diri kau dik..risau aku kau ni.." pesan Syakir kepada Izzah. "In shaa Allah, doakan aku tau along.." Izzah tersenyum melihat abangnya. Mana tidaknya, kiri dan kanan bertampal koyok. Bermula alahan Syakir nampaknya dan Naura tidak mengalami apa-apa alahan setakat itu.
"Kesian kau along..orang dah cakap tak payah datang.." "Siapa drive ni?" Tanya Nuh. "Malam tadi dah drive.." Naura geleng kepala. "Elok kau alahan sampai 9 bulanlah along.." perli Izzah.
Lain yang ditanya, lain pula dijawabnya. 'Syakir..Syakir..'Tidak pernah Syakir menyuruh Naura memandu akan tetapi hari itu dia terpaksa juga meminta bantuan isterinya. Kepalanya berat betul dirasakan. Izzah melarang untuk datang ke Airport tetapi Syakir tetap juga berdegil untuk datang kerana ingin berjumpa dengan adiknya itu.
~End of Flashback~
"Kaki okay tak sayang?" Soal Nuh. "Picitkan boleh tak sayang?" Tanya Izzah. Nuh angguk dan terus sahaja dia mencapai minyak untuk mengurut kaki isterinya. "Macam mana kalau perut I dah besar ye?" Soal Izzah. "Mesti comel.." balas Nuh. "Sekarang pun I dah kerap rasa sakit kaki, kejanglah..you bayangkan kalau I dah 9 bulan nanti.." "I kan ada, I ada selalu untuk temankan you..dah nak sampai masa you bersalin nanti, I tak masuk office dah.." kata Nuh. "Takut pula I..kalau I mati macam mana?" Nuh memandang tajam. "I tanya aje.." balas Izzah dan kemudian dia melarikan pandangan. Takut pula dengan pandangan suaminya itu. "You dah janji untuk ada dengan I kan???" "Memanglah sayang..tapi, bukan kerja kita soal hidup mati ni.." balas Izzah. "I tahu, tapi In shaa Allah semuanya selamat. Cakap yang baik-baik. I nak kita besarkan anak-anak kita sama-sama." Izzah pamer senyum. "Ramainya anak-anak.." "Tak kan sorang..kita dah deal kan nak try kembar pula.." balas Nuh. "Ohh, yang ni made in Sabah..nanti mana tahu made in KL pula.." balas Izzah. Nuh senyum. "Mana tahu kan..." tambah Nuh lagi.
YOU ARE READING
Nuh Luqman (COMPLETE)
Romance❗️Untuk lebih faham, sila baca Izz Syakir terlebih dahulu..❗️ ❌Dilarang Plagiat hasil perahan idea saya❌ Cerita dan watak hanyalah rekaan semata mata dan tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun telah meninggal dunia.