NL❤️IS 42

1.6K 97 47
                                    

Dua minggu berlalu (Sabah)..

Nuh dan Izzah kembali bekerja seperti biasa. Rutin harian Nuh menghantar dan mengambil Izzah dan jika Nuh pulang lambat, Syakir akan mengambil Izzah. Sepanjang Izzah mengandung, dia akan bekerja dalam normal syif sahaja. Tiada lagi on call seperti selalunya.

Berganti hari, perut Izzah sedikit membuncit dek kandungan yang semakin membesar. Izzah akui, berat badannya meningkat tetapi masih terkawal. Nuh juga tidak jemu melayan kehendak isterinya itu. Apa sahaja yang diminta oleh Izzah, pasti Nuh turutkan.

"Sorry sayang..I lambat 10 minit.." Nuh pamer senyum. "Tak apa, I okay aje..tadi sempat sembang dengan Dilla.." balas Izzah. "Darya?" Izzah mengangguk. "Dia sihat?" "Sihat aje sayang, berseri-seri. Orang tengah dilamun cinta katakan.." tambah Izzah lagi.

"Nazreen selalu datang sini?" Soal Nuh. "Mestilah sayang, Nazreen yang tolong bawakan kuih-kuih Dilla tu.." balas Izzah. "Alhamdulillah, I harap diorang bahagia selamanya." Izzah angguk senyum. "Baby sihat tak?" Nuh elus lembut perut isterinya. "Mama dia makan banyak hari ni.." kata Izzah ceria. "Makanlah sayang. I suka you makan banyak.." "I dah gemukkk.." "Siapa cakap?" "Alongggg.." Nuh geleng kepala. "You tahukan abang you macam mana.." Izzah mencebikkan mulutnya.

"Dia tu makin kuat mengusik I sekarang ni.." Nuh pamer senyum. "You lagi kenal abang you tauuu." Izzah memaut lengan suaminya. "Biarlah along tu..I gemuk pun sebab you yang bagi I makan telur.." "Haa? Telur?" Punyalah banyak I bagi you makan, kenapa telur juga jadi pilihan you?" "He he he.." Izzah tayang sengih. "Tahu kenapa?" Soal Izzah. "Kenapa telur?" Nuh ingin tahu. "Sebabkan telur you, I kenyang sembilan bulan.." Terhinjut bahu Izzah menahan tawa. Nuh tersenyum sendiri.

"Patutlah you jadi doktor kan sayang.." kata Nuh. Izzah kerutkan dahinya. "Apa kena mengena?" Tanya Izzah. "You ni terlebih belajar biologi I rasa..." Nuh mengusik isterinya. "Errrr..you tidur luar.." "Ha ha ha." Nuh tertawa. "Rugilah..you chat apa dengan I masa lunch tadi?" Nuh senyum nakal. Izzah pejamkan matanya. "Esoklah you tidur luarrr, malam ni tak boleh.." Ha ha ha.." Nuh ketawa lepas. 'Macam-macamlah you ni sayang..' kata Nuh dalam hati.

Izzah mengajak Nuh ke pasar malam petang itu. Macam-macam yang Izzah mengidam. Nuh tidak kisah untuk membeli tetapi faham sahajalah orang mengandung ini makannya bukanlah banyak mana. Sudahnya nanti, akan membazir sahaja.

Ketika Izzah sedang menunggu Yong Tau Fu itu siap, dia disapa seseorang. Izzah menoleh dan dia melihat Amara di sebelahnya.

"Amara..." Izzah memeluk Amara. "You ni, macam setahun tak jumpa I.." balas Amara. "Lamalah juga m, 4 hari tau you cuti.." kata Izzah. "Itulah, I balik semenanjung kejap." Izzah angguk faham. "Hai Nuh, sihat?" Tanya Amara. "Alhamdulillah.." balas Nuh. "You sorang ke Amara?" Tanya Nuh. "Tu ha.." Amara menunjukkan tangan ke arah Aus Athari iaitu suaminya. Aus ketika itu sedang berjalan ke arah mereka bertiga.

"Tak sangka jumpa kau dekat sini.." kata Aus. "Itulah, aku rasa lama dah Amara kerja dekat hospital..baru ni nampak muka kau.." kata Nuh pula. "Busy sikit Nuh. Nasib juga ada orang yang aku kenal dekat Sabah ni..bila-bila kita lepaklah." Amara menjeling suaminya. "Tak nampak ke Izzah mengandung tu.." kata Amara. "Ohhh..sorry, faham faham.." Izzah dan Nuh tersenyum. "Lepak dekat rumah pun boleh aje. Kita buat dia.." kata Nuh. "Yang tu aku setuju.." balas Aus. "Kitorang pergi dulu.." Amara meminta izin. "Jumpa dekat hospital nanti.." kata Izzah. Amara angguk sambil tersenyum.

Usai sahaja membeli di pasar malam itu, mereka berdua pulang ke rumah. Ketika dalam perjalanan itu, Izzah meminta Nuh singgah di satu kedai runcit. Dia ingin membeli aiskrim malaysia. Nuh jeda seketika. Setahunya, kedai di situ tidak menjual aiskrim tersebut.

"I rasa tak ada dekat sini sayang.." "You tengoklah dulu, mana tahu rezeki I.." Nuh senyum memandang isterinya. "I cuba, kalau tak ada macam mana?" Soal Nuh. "Kita tengok kedai lain.." Nuh kerdipkan matanya. Demi isteri tercinta, lautan dalam pun sanggup diredah.

Nuh Luqman (COMPLETE)Where stories live. Discover now