NL❤️IS 31

1.5K 109 92
                                    

Selepas kejadian Izzah pengsan tempoh hari, dia telah diberi cuti sakit selama dua hari. Izzah perlu berehat secukupnya kerana kandungannya masih terlalu awal. Bimbang jika terjadi sesuatu kepada dia dan bayi dalam kandungannya itu. Nuh juga bercuti kerana ingin menjaga isterinya. Izzah sangat lemah dan dia sangat memerlukan suaminya di sisi.

"Ni hasil gatal hari tu dengan hari-hari sebelumlah yaa?" Ibu mengusik. Izzah tersenyum malu. Nuh juga pamer senyumnya.

"Ibu ni..kalau tak gatal, tak jadilah. Kena gatal baru jadi." Tambah abah pula.

"Kalau gatal tu laju aje ye abah..." kata ibu meleret. "Kita juga yang untung ibu, tambah cucu kita. Biarlah anak-anak buat cucu ramai-ramai. Meriah rumah kita ni." Ibu tersenyum. "Awak jangan abah, tak terkejar awak berlari dengan cucu nanti." Semua di situ tertawa.

"Rehat banyak-banyak Izzah. Awal lagi ni, ibu risau. MC dua hari aje ke?" Izzah mengangguk perlahan. "Kalau tak larat lagi, mintalah cuti. Awal-awal ni lagi kena jaga.." Izzah tersenyum memandang ibunya. Dia tahu, ibu sangat risau. "In shaa Allah ibu, Nuh jaga Izzah elok-elok. Nuh tak izinkan Izzah kerja kalau keadaan dia masih tak okay." Balas Nuh. "Eloklah macam tu..kamu rehat juga Nuh, nampak penat sangat tu.." kata abah pula. Nuh pamer senyumnya. Tidak lama itu, ibu dan abah kemudian keluar daripada bilik mereka.

"Sayang..." panggil Izzah lembut.

"Kenapa sayang??" Nuh duduk di sisi isterinya. "I nak peluk you.." Nuh terus membetulkan posisinya. Dibaring sebelah isterinya itu. "Macam tak percaya aje.." kata Izzah. "Sayang tak suka ke?" Tanya Nuh. "Eeeee..bukan macam tu, I suka sangat. Cumanya I tak sangka secepat ini." Nuh tersenyum. "Rezeki, sayang..hari-hari tau. Kita mana ada stop." Izzah mengetap bibirnya. 'Betul juga..' getus hati Izzah.

"Lepas ni, I tak izinkan you buat apa-apa kerja rumah. Biarlah I yang buat semua. Lepas tu, jangan nak drive kereta. I akan hantar you macam biasa. Kereta you? Nanti I gilir-gilir bawa. Pergi checkup semua dengan I." Izzah pamer senyum. "Thank you, abang.." Nuh senyum meleret. "I suka tau you panggil macam tu.." "Tahu..." balas Izzah. "Boleh ke I panggil macam tu?" Tanya Izzah. "I tak kisah, panggillah apa pun. Yang penting cinta you pada I tak pernah berkurang dan....." Izzah memandang suaminya.

"Anak dalam ni berbin/binti kan I tau.." "Eeee, memamglah anak you..I penat gasak you tau, siang malam." Nuh tertawa. "Lepas ni boleh gasak lagi tak?" Bisik Nuh. "Hurmmm..tak bolehlah sayang.." "Bukan boleh ke sayang?" Izzah sembunyi senyum. "Tak, sebab awal lagi. Kita kena puasa sekejap." Nuh memejamkan matanya. "Tak apalah, demi you dan anak kita..I sanggup tunggu selama mana pun." Izzah terharu. "Love you, abang.." bisik Izzah di telinga suaminya. "Love you too, sayang.."

"Nak makan tak? I masakkan untuk you." Izzah mengangguk. "Nak makan apa?" Tanya Nuh. "I nak bubur aje, sayang. Tak selera pun." Balas Izzah manja. Nuh mengelus lembut rambut isterinya. "Sorry sayang buat you penat." "Tak lah sayang, biasalah tu..normal tau orang mengandung rasa semua ni. You kena ingat pengorbanan I tau, jangan nak menduakan I pula. Nanti I dah bersalin, putus urat lagi..lepas tu hmmm faham-fahamlah yang dekat situ tu. Dah tak sama tau sayang rasanya." Nuh merenung ke dalam anak mata isterinya. "Tak kan sama sekali I duakan you! You kena ingat tu sayang." Nuh mencium rakus bibir isterinya. Izzah pula tayang sengih.

"Sedappppp.." Izzah menjilat bibirnya. Tiba-tiba Izzah teringat sesuatu. "You dah mandi wajib ke belum?" Nuh buat tidak dengar. "You tu?" Soal Nuh pula. "He he he..mandikan boleh?" "Tak takut jadi lain?" Izzah senyum menggoda. "I suka tauuu.." "Jangan pandang I macam tu, ingat sayang..pertama dan terakhir apa yang jadi dalam kereta tu. Bergoyang kereta tau." Izzah mengetap bibirnya. "Hurmm..bergoyang anak I dalam perut ni.." Nuh mengecilkan matanya. "Anak I juga.." Izzah tersenyum manja.

Nuh Luqman (COMPLETE)Where stories live. Discover now