NL❤️IS (Special Chapter 1)

1K 55 6
                                    

Tiga minggu berpantang..

Izzah seronok ketika berpantang. Beratnya turun 10kg selama 3 minggu. Ibu memuji Izzah kerana anaknya sangat berdisiplin dan tidak banyak membantah sama juga seperti Naura dahulu. Kedua-duanya mudah untuk dijaga dan yang membuatkan ibu risau pantang bersama suami itu. Bukan Nuh yang ibu risaukan, tetapi anaknya Izzah Syakirah. Kalau si isteri mudah menggoda tidak mungkin suami mampu berdiam. Tambah pula, isteri semakin cantik.

"Ibu, Nuh dekat mana?" Soal Izzah yang baru sahaja selesai menidurkan anaknya. "Dekat luar tu, basuh kereta.." balas abah yang baru masuk ke rumah. "Rajinnya basuh kereta, pagi lagi ni.." kata Izzah perlahan. "Dia kata nak keluarkan peluh. Nak jogging, malas. Itu yang basuh sendiri.." Izzah angguk faham. "Nak abah panggilkan ke?" "Tak apelah abah, Izzah saja aje tanya." Balas Izzah. "Lara tidur dah ke?" Tanya ibu. "Dah ibu.." "Rehatlah kamu tu.." "Izzah nak mandi.." "Mandi ajelah, ibu ada sini. Kalau terjaga Lara tu, kami dengar aje.." kata ibu. "Errr..nak Nuh mandikan.." "Kamu jangan macam-macam Izzah.." "Izzah rindu Nuh lah ibu.." "Allahuakbar anak aku!!" Abah ketawa. Izzah pula tersebik wajahnya. "Jangan sampai ibu yang mandikan kamu nanti.." "Hurmm, gurau pun tak boleh ibu ni.." "Nuh tu puasa tau Izzah. Kamu menduga macam ni, kamu ingat dia boleh tahan?" Ibu geram. "Tak tahan pun, bini dia juga. Ikutlah dia nak buat apa, halal untuk disentuh tau ibu.." Urut dada ibu dibuatnya. "Ibu ada makan ulat bulu ke dulu abah??" "Awak pun macam ulat bulu juga dulu.." balas abah yang terhinjut bahu menahan tawa. Geleng kepala ibu dibuatnya. "Iyalah, Izzah mandi sendiri.." Izzah berjalan malas. 'Nak mandi dengan you, sayang..' kata Izzah dalam hati.

Seusai mandi, Izzah mengenakan kain batik dah t-shirt sahaja. Waktu pantang, lebih mudah jika memakai begitu. Nuh pula baru sahaja selesai mencuci kereta dan masuk ke bilik untuk mandi. Telan liur dibuatnya melihat tubuh Izzah yang jelas tampak ramping dengan memakai kain batik. "Dah siap cuci kereta ke?" Nuh angguk kepalanya. "You memang kena pakai kain batik macam tu ke sayang?" Soal Nuh. Izzah pelik sambil dia memandang dirinya. "Salah ke cara I pakai kain batik?" Tanya Izzah. "Errr, bukan macam tu.." "Habis tu?" "Memang kena ikat kuat macam tu ke? Tak sakit perut you?" Soal Nuh. Izzah mula menghampiri suaminya. Jarak mereka semakin dekat. "You nak cakap apa sebenarnya sayang?" Tajam renungan Izzah. "Err..I nak mandi dulu." Nuh harus segera mandi manakala Izzah sembunyi senyum. 'Ingat I tak tahu ke apa you fikir??' Kata Izzah dalam hati.

Izzah sedang bersandar badan di kepala katil. Dia menunggu suaminya seperti biasa untuk bertungku. Tiba-tiba Lara menangis sepertinya terkejut. Izzah segera bangun untuk mengambil Lara dan dibawa ke katil. 'Awak ni, mimpi apa ni terkejut??' Izzah tersenyum sendiri. Diam Lara ketika di pelukan Izzah. Izzah meletakkan Lara perlahan di tengah katil dan dalam pada masa yang sama Nuh keluar daripada toilet. 'Haihh, dugaan betullah tengok posisi bini sekarang ni..' Nuh geleng kepala. "Kenapa tu sayang?" "Hurmm, terkejut.." Nuh senyum lalu dia melihat anak perempuannya itu. "Kesian anak babah, mimpi apa lah tu.." Izzah senyum. "Tapi, mama lagi kesian dekat babah dia.." "Kenapa pula?" "He he he.." Izzah tayang sengih. Izzah lingkarkan tangannya di leher Nuh yang masih bertuala itu. Nuh cuba beriak biasa. "Tak rindu I ke?" Bisik Izzah di telinga Nuh. "You depan mata I, tak sempat nak rindu.." "Ohh, iya ke?" Nuh angguk. "You dah lama tak kiss I.." kata Izzah. "I kiss Lara sama macam I kiss you juga.." "Tak sama.." kata Izzah. "Sama aje, sayang.." Izzah geleng kepala. "Apa bezanya?" Duga Nuh. "Sebab bermula dengan kiss, kita dapat Lara tau.." Nuh tertawa kecil. "So, you rindu yang itulah??" Izzah angguk laju. Nuh merenung wajah isterinya dan mereka berbalas pandangan. "I tak tergoda tau.." Nuh terus menjauhkan diri daripada Izzah. Dia sebenarnya sudah tidak boleh mengawal diri. Jika dilayan lagi, mahu lain jadinya. "Sayang!!!!!" Laju Nuh memakai pakaiannya. 'Fuhh! Baru peluk leher. Lain pula penangan Izzah selepas bersalin..' Nuh berpeluh.

Nuh keluar dari bilik kerana terdengar suara Syakir. Fael pula tersengih melihat Nuh yang ingin mengambilnya itu. "Sayang betul dia dengan pakcu dia ni.." kata Syakir. "Jangan jealous sangat.." balas Nuh. "Mana Fadel?" "Dengan abah dekat luar. Suka sangat dapat jalan dekat rumput tu.." "You kenapa Naura??" Tanya Nuh. "I nak jumpa Yara.." Nuh memandang Syakir. "Kenapa nak jumpa Yara?" "Cuci mata.." "Silap besarlah you.." "You sama aje dengan Syakir.." Naura menjeling. "Abang tak tahu Yara dekat mana sekarang.." kata Syakir. Naura cebikkan mulutnya lalu terus dia ke bilik Izzah. Dia kecewa kerana Yara tidak dapat dikesan.

Nuh Luqman (COMPLETE)Where stories live. Discover now