NL❤️IS 44

1.6K 111 81
                                    

"Ada apa-apa lagi nak cakap?" Tanya lelaki itu. Izzah membuka matanya dan dia terkejut apabila topeng lelaki itu dibuka. Pandangan itu tidak jelas kerana keadaan sangat gelap. "Saya merayu, tolong jangan apa-apakan saya." Rayu Izzah berkali-kali.

"Dah terlambat..enjoy untuk malam ni.." Kata lelaki itu dengan tawa sinisnya. Tubuh Izzah ditindih dan tangisan Izzah semakin kuat. Dia tidak mampu untuk berbuat apa-apa. "Maafkan I Nuh..." badan Izzah menggigil ketakutan.

Tiba-tiba tubuh Izzah ditarik dan dipeluk erat seperti tidak mahu dilepaskan. Izzah semakin takut tetapi bau itu dia sangat kenal.

"Suami you, sayang.." bisik Nuh di telinga Izzah. Izzah melepaskan pelukan dan direnung wajah itu dengan jarak sangat dekat. Dielus setiap inci wajah di hadapannya itu. "Bb-betul ke you sayang?" Soal Izzah gagap. Nuh mengambil handphone dan dihalakan cahaya ke wajahnya. Izzah terus memeluk Nuh. "Kenapa nak jauh dari I?" Tanya Nuh lembut. Izzah menangis kerana dia masih lagi takut.

"I minta maaf, sayang. I tak minta izin daripada you. I marah, I merajuk dengan you." Ngongoi Izzah di pelukan suaminya. Nuh hanya diam. Dia memberi ruang kepada Izzah untuk meluahkan segalanya.

"Cakaplah dengan I, kenapa you diam???" Izzah menggoncangkan bahu suaminya.

Nuh merenung wajah itu. "You tahu tak sayang, I macam nak gila cari you." Izzah menundukkan pandangannya. "Kalau jadi apa-apa macam mana? Cuba bukan I yang masuk tadi? Siapa nak selamatkan you sayang?" Tegas suara Nuh tika itu.

"Kenapa you nak marah I? You yang buat hal.." kata Izzah mendatar. Pandangan masih tertunduk. Nuh mendongakkan wajah Izzah agar berhadapan dengannya. Nuh mencium rakus bibir itu. Walaupun sehari tidak berjumpa, perasaan rindu itu hanya Allah yang tahu. Rindu dan risau semua menjadi satu.

"I minta maaf sayang. I tahu punca daripada I. Tapi, janji dengan I tolong jangan buat macam ni lagi. You boleh marah I, tak nak tengok I..tapi, bukan lari daripada I." Seketika, dahi mereka bertemu. Kasih Nuh Luqman terhadap isterinya sangat mendalam. Dia hampir hilang arah apabila mengetahui Izzah ke Kundasang berseorang diri. Faham sahajalah keadaan jalan di situ ditambah pula dengan beberapa perkara lain yang Izzah sendiri tidak tahu. 'Hati suami mana yang boleh tenang..'

"Macam mana sayang tahu I dekat sini?" Tanya Izzah. Nuh senyum tawar. "Tak perlu tahu, janji I yang jumpa you dulu.." Izzah pelik. "I lari dalam Sabah aje, bukan luar negeri atau negara." Balas Izzah. "Sampai hujung dunia pun I tetap akan cari you. You jangan ingat boleh lari dari I lagi." Nuh memberi peringatan.

"You tak sayang I. You tak cari pun I.." Nuh diam seketika. "I call you tau sayang, tapi sayang tak nak angkat pun. Whatsapp pun blue tick aje.." balas Nuh.

"You boleh aje datang rumah cari I.." Nuh kelu. "You yang tak bagi I dekat dengan you.." kata Nuh lagi. "Kalau you sayang, you tak kisah pun apa I cakap. Ni tak, you betul biarkan I sendiri." Izzah tidak mahu kalah.

Nuh hanya senyum sahaja. "I salah, janganlah marah lagi. I rindu sangat dengan you ni.." Nuh akhirnya mengalah kerana tidak mahu terus berbalah. "You jangan tidur dengan I.." Izzah bangun dan menghalau Nuh keluar dari biliknya itu.

"Sayangggg.." Terpejam mata Nuh. 'Sabar Nuh, kau tahu isteri kau macam mana..' kata Nuh dalam hati. "Bukalah pintu ni sayang.." rayu Nuh di luar pintu itu. "Tak nak!" Nuh diam seketika. 'Apa nak buat ni?' Kata Nuh sendiri. Tiba-tiba lampu homestay itu menyala. Nuh dan Izzah merasa lega. "Bukalah sayang pintu ni.." rayu Nuh lagi dan Izzah hanya diam sahaja. Nuh akhirnya duduk di lantai dengan harapan Izzah akan membuka pintu bilik.

10 minit kemudian..

Pap!! Tiba-tiba blackout sekali lagi. Izzah mula takut. Laju dia membuka pintu untuk mendapatkan suaminya. "I minta ampun sayang.." Nuh menarik nafas lega. 'Nasib blackout lagi, kalau tidak sampai esok tidur sini..' kata Nuh dalam hati. "Dah..jom kita turun. I rasa semua blackout balik ni." Izzah angguk laju.

Nuh Luqman (COMPLETE)Where stories live. Discover now