Dr. Amara memberitahu Nuh bahawa Izzah perlu bermalam lagi sehari kerana dia ingin memantau keadaan Izzah. Izzah semakin sihat dan memandangkan esok Izzah perlu checkup, Dr. Amara merasa lebih senang jika ianya dibuat terus. Selepas itu, bolehlah Izzah berehat di rumah dengan tenang.
Nuh tidak kisah asalkan isteri dan anaknya berada dalam keadaan baik-baik sahaja. Ketika itu, Izzah masih lena dan Nuh melemparkan pandangan di luar tingkap. Tiba-tiba pandangan Nuh tertancap kepada dua orang figura yang menarik minatnya. Nuh segera menghubungi seseorang.
"Kau dapat apa-apa info?" "Tak.." balas Yara. "Aku rasa, benda ni akan menarik minat kau." Kata Nuh. "Maksud kau?" Tanya Yara. "Aku dah sent dekat kau..harap aku cepatkan kerja kau.." kata Nuh. "Thanks Nuh.." balas Yara. Panggilan dimatikan dan Nuh semakin berminat dengan apa yang dia lihat sekarang. 'Aku tahu kau siapa..' getus hati Nuh.
Nuh melepaskan keluhannya. Dia sebenarnya tidak tidur daripada pagi lagi tadi. Kepalanya juga sudah merasa berat. Nuh kemudian duduk di kerusi yang berada di sisi isterinya. Direnung wajah itu. Semuanya cantik pada pandangan Nuh. Tidak ada apa yang kurang pada diri Izzah. Izzah sangat sempurna dimatanya dan yang membuatkan Nuh jatuh cinta adalah Izzah menjadi dirinya. Dia tahu menjaga diri dan dalam diri Izzah, dia mempunyai hati yang sangat baik dan selalu positif. Nuh tersenyum sendiri. 'Babah dengan mama nak tengok awak esok..' kata Nuh sendiri. Nuh menyembamkan mukanya di tilam itu.
Izzah sebenarnya sudah sedar daripada tadi. Dielus lembut rambut suaminya. Nuh merasa sesuatu di kepalanya. Dia terus memandang ke arah Izzah.
"Sayang..." Izzah pamer senyum. "Nak air?" Izzah mengangguk. Nuh terus menuangkan air dan disuakan ke mulut isterinya. "Kenapa air masak aje?" Tanya Izzah. "Sayang nak air apa?" Tanya Nuh. Izzah senyum nakal. Matanya dilirikkan ke tempat yang tidak sepatutnya.
"Mintalah apa aje sayang, tapi bukan yang ni.." Izzah tertawa kecil. "Faham ye?" "I dah banyak tau belajar daripada you.." Izzah kerutkan dahi. "You yang banyak ajar I.." Nuh tersengih. "Orang kata dalam perkahwinan kena ada give and give bukannya give and take. So, I ajar you supaya kita terus memberi dan memberi. Barulah harmoni rumahtangga. Kalau I aje yang memberi mesti tak best, so biar kita sama-sama memberi juga merasa." Balas Nuh. "So, give and take tu tak boleh pakai dah?" Tanya Izzah. "Hurmm, bagi I, ianya lebih sesuai untuk situasi dekat tempat kerja atau dengan kawan-kawan. Untuk suami isteri, memberi dan memberi itu lebih tepat." Jelas Nuh. Izzah pamer senyumnya. Dia merenung wajah suaminya itu.
"I rindu you, sayang. Tak bercakap dengan you sehari, I rasa pelik. Rindu semua milik you sayang.." Tangan Izzah membelai wajah suaminya.
"I pun macam tu sayang. I tak nak kacau you, Amara kata you kena banyak rehat. You janganlah goda-goda I buat masa sekarang.." rayu Nuh.
"I bukan goda hari-hari. You tu aje nak tenangkan I lah itulah inilah." Izzah menjeling suaminya.
"He he he..salah I lah ni?" "Tak lah salah, tapi kita kan masih pengantin baru..mestilah macam tu." "Macam apa tu sayang?" "Errrr..mulalah tu.." "Ha ha ha.." Nuh ketawa.
"Mesti you penat kan?" Nuh pamer senyumnya. "Dapat cakap dengan you, hilang semua rasa tu." "Tidur jomm?" Ajak Izzah. "Dekat mana?" Tanya Nuh. Izzah berganjak ke tepi sedikit bagi memberi ruang kepada suaminya. Nuh tidak menolak kerana dia juga mahu berada dekat dengan isteri tercintanya itu. "Good night sayang.." "Good night too, abang.." Nuh tersenyum dan dia mencuit manja pipi isterinya.
#########
Keesokan pagi, Nuh bangun dahulu daripada Izzah. Izzah masih dalam lenanya dan saat itu Nuh memandang raut wajah itu. "Thanks sayang, sebab mengandungkan anak kita.." bisik Nuh. Dia kemudian bangun dan tiba-tiba tangannya ditarik.
YOU ARE READING
Nuh Luqman (COMPLETE)
Romance❗️Untuk lebih faham, sila baca Izz Syakir terlebih dahulu..❗️ ❌Dilarang Plagiat hasil perahan idea saya❌ Cerita dan watak hanyalah rekaan semata mata dan tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun telah meninggal dunia.