Seminggu Nuh tidak berjumpa dengan Izzah kerana Nuh perlu pulang ke semenanjung kerana mama tidak sihat. Dia risau dengan keadaan mama. Sudahlah dia anak tunggal dan dia jugalah harapan keluarganya.
"Mama..ikutlah Nuh pergi Sabah..Nuh boleh tengokkan mama.."
"Papa kan ada, Nuh..jangan risau sangat..mama demam sikit aje.." balas mama.
"Demam sikit mama cakap? Sampai pengsan tau..kalau papa tak ada dekat rumah masa tu macam mana?" Soal Nuh. Nuh sedang duduk di sebelah mama yang sedang bersandar di headboard katil itu.
Kelmarin mama jatuh pengsan kerana badannya sangat lemah. Sudah beberapa hari demam tetapi mama bertahan. Kebetulan juga papa berada di rumah dan terus sahaja mama dibawa ke hospital. Mak Jenab pula berada di luar rumah ketika itu.
"Mak Jenab kan ada.." mama dan Nuh menoleh ke arah suara itu. Mereka tersenyum.
"Nuh tahu Mak Jenab ada. Tapi, dua dua perempuan..Nuh jauh Mak Jenab, ada papa aje dekat sini. Nuh risau sangat.."
"Risauu?" Soal mama. Nuh mengangguk.
"Kalau macam tu kan..carikan mama menantu..agaknya mama ni, kalau ada menantu..sihat terus.." balas mama. Mak Jenab pamer senyum.
Nuh menggaru keningnya. "Menantu yeee.." mama laju mengangguk kepalanya.
Mak Jenab kemudian meminta izin untuk berehat seketika selepas selesai kerjanya. "Terima kasih Mak Jenab.." kata mama kepada Mak Jenab.
Orang gaji yang sudah lama bekerja dengan keluarga Nuh. Sejak Nuh kecil lagi sehinggalah umur Nuh sekarang ini sudah menjangkau 37 tahun. Terlalu banyak jasa Mak Jenab. Mak Jenab seorang isteri yang ditinggalkan tanpa khabar berita suaminya. Ibaratnya gantung tidak bertali. Puas Mak Jenab mencari sehinggalah satu masa Mak Jenab berputus asa. Hidup atau mati dia tidak tahu. Sewaktu dahulu, dia ditinggalkan dengan alasan untuk mencari kerja di bandar akan tetapi selepas seminggu..langsung tiada khabar berita sehinggalah sekarang. Ketika Mak Jenab ditinggalkan, Mak Jenab tidak mempunyai pekerjaan sehinggalah satu hari papa memandu kereta yang ditemani oleh mama hampir melanggar Mak Jenab yang terlihat seperti tidak terurus di tengah jalan.
Kedua orang tua Nuh terus mendapatkan Mak Jenab ketika itu dan mereka membawanya ke hospital. Mak Jenab mengalami tekanan perasaan kerana dia mencari suaminya saban hari. Selepas beberapa hari di hospital, papa dan mama membawa Mak Jenab menetap di rumah mereka. Selepas keadaan Mak Jenab pulih semuanya, barulah Mak Jenab mendapat kekuatan untuk bercerita segalanya kepada papa dan mama. Papa dan mama membantu Mak Jenab mencari suaminya. Pelbagai cara dilakukan tetapi tetap juga tidak ditemui.
Mak Jenab akhirnya redha dengan takdir yang sudah tertulis untuk dirinya. Mak Jenab memulihkan dirinya dengan mendekatkan diri kepada Allah. Papa dan mama juga banyak membantu dan akhirnya Mak Jenab bekerja di rumah itu. Papa dan mama tidak pernah menganggap Mak Jenab sebagai orang gaji dan segala kerja rumah dilakukan bersama sama. Mama seronok kerana ada juga dia peneman di rumah. Menantu? Belum sampai jodoh Nuh untuk berumah tangga.
"Boleh mama tanya?" Soal mama kepada Nuh.
"Apa tu mama?"
Mama memandang anaknya itu dengan senyuman. "Anak mama ni baik, handsome...semua cukup..masih tak ada sesiapa? Atau masih frust dengan Naura?" Teka mama.
Nuh tersenyum. "Jangan cakap macam tu mama..Naura dah bahagia dengan Syakir..lagipun, Nuh tak sempat ada hubungan dengan Naura pun. Nuh hormat Naura sebagai sahabat mama. Tapi...."
"Tapi apa Nuh?" Soal mama.
"Kalau Nuh cakap, mama terkejut tak?"
"Tak cakap lagi macam mana mama nak terkejut?" Balas mama.
YOU ARE READING
Nuh Luqman (COMPLETE)
Romance❗️Untuk lebih faham, sila baca Izz Syakir terlebih dahulu..❗️ ❌Dilarang Plagiat hasil perahan idea saya❌ Cerita dan watak hanyalah rekaan semata mata dan tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun telah meninggal dunia.